AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Khamis, Februari 12, 2015

Perhimpunan pagi 11 Februari 2015

Perhimpunan pagi 11 Februari 2015 telah dikendalikan oleh En. Mohamad Sharmiezul. Perhimpunan di mulanakan dengan doa pagi oleh Muhammad Aizuddin Abd Rahman. Perhimpunan diteruskan dengan kisah Nambi Nuh. 

Sesi penyampaian sijil kehadiran cemerlang ke tempat kerja pula diadakan selepas itu.  Penerima Anugerah Kehadiran Cemerlang ke tempat kerja pada kali ini adalah:
  1. En. Mazli Mohamad Zin
  2. En. Mohamad Norman Mohd Nordin
  3. Pn. Norazreena Abd Ghani
  4. Pn. Mastura Ariffin
  5. Cik Norshfiza Abdul Wahab
  6. En.. Mohd Fahmi Ayadi Jaafar
  7. Cik Noor Erdayu Zahari
  8. Pn. Hamidah Hashim
Anugerah Kehadiran Cemerlang ke tempat kerja ini di berikan kepada kakitangan Jabatan Radiologi yang tidak mengambil cuti kecemasan dan cuti sakit sepanjang tahun 2014 yang lepas. Tahniah kepada semua penerima anugerah.

Perhimpunan pagi diteruskan dengan pengenalan kepada kakitangan baru yang melaporkan tugas, beliau adalah:
  1. Mohd Hisyam Zulkefli
  2. Muhammad Aizuddin Bin Abd Rahman
  3. Muhammad Wahi bin Abd Latib 
Akhir sekali En. Mohamad Norman membuat pengumuman mengenai:
  • Penggunaan TECH ID akan dikuatkuasakan semula. Semua kakitangan perlu mengisi tech id semasa membuat pemeriksaan radiologi. Kepada yang belum mempunyai TECH ID, borang akan di berikan untuk mendaftarkan TECH ID yang baru.
  • Satu sesi fotografi akan dilakukan untuk tapak web Jabatan Radiologi. Gambar konsep korporat akan di ambil untuk setiap kakitangan. Tarikh akan dimaklumkan kelak.
  • Terdapat sedikit pertukaran unit bagi Juru X-ray U29.
  • Penilaian SPPU akan dibuat oleh U36 bagi semua kakitangan U29.
Perhimpunan berakhir pada jam 8.30 pagi.







Tiada ulasan: