Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh Dr. Nik Azuan Nik Ismail...
Kemudian diikuti dengan satu kisah benar mengenai seorang lelaki yang tidak mengenal penat untuk berusaha mencipta kejayaan... Cerita tentang orang yang bernama Colonel Harland Sanders... Beliau sepertimana yang semua tahu adalah pengasas bagi KFC...
Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan beliau, suka duka dan sikap beliau yang tidak menyerah kalah (never give up) dan tidak pernah merasa sudah terlewat (never too late) dengan apa yang ingin di lakukan... Ianya mengisahkan tentang keupayaan seseorang, walaupun sudah tua dan meningkat umurnya, tapi masih lagi gigih, persistans dan berani mencuba benda baru...
Beliau telah berhenti sekolah gred 7 (form 1 di Malaysia) dan tak belajar secara formal selepas itu... Di sepanjang hidupnya, beliau telah melakukan bermacam-macam pekerjaan, pernah menjadi pemandu bot stim, menjual insurans dan membuka restoran... Pada umurnya 30 tahun beliau sudah mempunyai stesyen minyaknya sendiri. Semasa berumur 40 tahun pula beliau sudah mempunyai restorannya sendiri... Pernah satu ketika restoran beliau mengalami kebakaran, tetapi beliau telah membinanya semula...
Restoran beliau terletak berhampiran dengan laluan utama... Dari situ lah beliau mendapat keuntungan menjual ayam... Tetapi lama kelamaan beliau sudah tidak mempunyai untung kerana terdapat laluan baru (highway) yang telah dibuka melintasi kawasan tersebut dan kenderaan tidak lagi sibuk melalui jalan utama tempat beliau berniaga...
Restoran beliau sudah tak laku lagi... Pada masa itu umur beliau sudah 65 tahun, apa yang beliau ada hanyalah sebuah kereta dan duit pencen bulanan sebanyak $100 dan resepi istimewa ayam gorengnya... Beliau bertekad diatas kepercayaan kepada resepi ayam gorengnya itu untuk menjalankan perniagaan francise...
Beliau menutup restorannya dan memandu kereta dari sebuah restoran ke restoran yang lain untuk menjalankan perniagaan franciase ayam... Setiap ketul ayam yang dijual, beliau akan mendapat sebanyak $0.05... Beliau mula pergi ke sebuah restoran dan ke sebuah restoran yang lain untuk menjaja konsep perniagaannya... Sehingga ke restoran ke 3, 4 dan ke5, kesemua restoran tersebut tidak mahu menerima konsep penjualan ayam tersebut... Ini adalah satu konsep perniagaan yang baru, semua tidak bersetuju apabila mereka menjual ayam, duit sebanyak $0.05 perlu di serahkan kepada Colonel Sanders pula...
Sehinggalah percubaan ke 1009 dilakukan oleh beliau, barulah ada yang bersetuju untuk menerima konsep perniagaan itu... Selepas 2 tahun, belau hanya berjaya mendapat francise sebanyak 5 restoran sahaja... Tetapi itu tidak melemahkan semangat beliau untuk berusaha dengan lebih gigih lagi... Beliau terus berusaha secara konsistace dan percaya dengan tindakan dan konsep perniagaan yang beliau jalankan...
Sehingga ke hari ini, boleh dikatakan setiap negara sudah mempunyai restoran KFC nya sendiri... Berkat usaha beliau yang tidak kenal penat dan terus berusaha walaupun sudah meningkat umurnya telah mencapai kejayan sehingga ke hari ini... Kejayaannya bukan datang dengan mudah... Setiap usaha yang di lakukan tidak pernah kenal penat dan jemu (presistance)...
Sebagai moralnya, boleh disimpulkan di sini, setiap kerja yang dilakukan, kita haruslah sentiasa presistan, walaupun sudah lanjut usia atau memikirkan sudah tidak ada masa lagi, kita seharusnya terus berusaha dan jangan mudah mengalah dengan apa jua yang ingin dilakukan dan yang pastinya setiap usaha yang dilakukan dengan bersusnguh-sungguh akan membuahkan hasil pada akhirnya...
Perhimpunan telah ditamatkan dengan ucapan terima kasih oleh Dr. Nik Azuan...
AKTIVITI AKAN DATANG...
...TBA...
Jumaat, November 21, 2008
Khamis, November 20, 2008
Format terbaru Program CME Jabatan Radiologi :: Berkuatkuasa mulai tahun 2009...
Mulai tahun 2009 Jabatan Perkhidmatan Radiologi akan mengadakan CME bulanan mengikut kaedah berikut:
- CME bulanan Jabatan Perkhidmatan Radiologi akan diadakan pada hari Khamis minggu ke-2 setiap bulan waktu tengah hari. Sekiranya cuti, hari khamis minggu berikutnya adalah hari CME akan diadakan.
- Penyelia CME dalaman jabatan akan menyediakan jadual bagi penceramah dan pengerusi majlis CME.
- Sebarang pertukaran bagi jadual penceramah dan pengerusi boleh dilakukan sesama sendiri dengan persetujuan dan di maklumkan kepada penyelia CME dalaman jabatan.
- Adalah menjadi tanggungjawab penceramah dan pengerusi majlis untuk mencari pengganti sekiranya beliau tidak dapat untuk hadir pada hari berkenaan.
- Tajuk ceramah adalah bergantung kepada penceramah berkenaan (berkaitan dengan bidang tugas) dan ianya perlu mendapat kelulusan dari penyelia CME dalaman jabatan.
Semua kakitangan yang menghadiri program CME menandatangani rekod kehadiran yang disediakan. - Kehadiran CME adalah wajib bagi semua kakitangan, markah kehadiran akan diberikan. Sekiranya kakitangan tidak hadir ke CME sebanyak 2 kali secara berturut-turut, surat tunjuk sebab haruslah diberikan kepada penyelia CME dalaman jabatan.
- Penceramah CME akan diberikan markah penceramah dan pengerusi majlis CME akan diberikan markah pengerusi.
- Markah akan dikumpulkan sehingga akhir tahun dan akan digunakan sebagai markah penilaian SMPK pada tahun berkenaan.
- Berikut adalah tatacara permarkahan bagi program CME Jabatan Perkhidamatan Radiologi.
a. Kehadiran ceramah - 1 markah.
b.Pengerusi majlis - 3 markah.
c.Penceramah - 5 markah.
TANGGUNGJAWAB PENCERAMAH CME
- Memastikan topik ceramah di persetujui oleh Penyelia CME dalaman jabatan.
- Menyediakan powerpoint presentation yang diperlukan.
- Jangka masa ceramah adalah tidak kurang dari 15 minit.
TANGGUNGJAWAB PENGERUSI MAJLIS CME
- Menjadi pengerusi majlis semasa program CME dijalankan.
- Pengerusi hendaklah memastikan bahawa dewan seminar disediakan untuk sesi tersebut.
- Pengerusi memastikan semua kakitangan yang tidak bertugas diwajibkan hadir pada ceramah yang disediakan.
CME Bulan November Jabatan Radiologi
CME pada bulan ini dibentangkan oleh Safwan Hashim... Tajuk pembentangan beliau adalah mengenai CT Perfusion... CME yang di jalankan pada kali ini juga dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Zahiah... Cik Azmira Ahmad telah dilantik sebagai pengerusi majlis bagi program CME pada bulan ini... CME di mulakan dengan ucapan salam dan pengenalan mengenai penceramah yang akan menyampaikan ceramahnya...En. Safwan memulakan ceramahnya mengenai pengenalan mengenai apa itu CT perfusion dan serba sedikit tentang tujuan prosedur CT perfusion ini dilakukan... Beliau meneruskan penerangan mengenai penyakit stroke yang boleh dikesan dengan mudah menggunakan CT perfusion...
Beliau meneruskan ceramahnya dengan penerangan mengenai kaedah dan parameter yang digunakan bagi prosedur CT perfusion ini... Beliau menerangkan CT perfusion dimulakan dengan CT brain biasa; tanpa kontars, diikuti dengan prosedur CT perfusion, CTA Head dan akhir sekali post-contras CT brain...
Penerangan yang jelas dan dibantu dengan contoh imej dalam bentuk keratan rentas mudah untuk difahami untuk semua yang hadir... Kes CTA perfusion sudah dijalankan di Jabatan Perkhidmatan Radiologi sejak jabatan menerima mesin Siemens Sensation 64 slice CT agak mengelirukan sebelum ini telah menjadi mudah dilakukan dengan adanya penerangan seumpama ini... Ceramah yang diadakan juga telah banyak memberikan maklumat yang lebih jelas tentang prosedur yang dijalankan...
Ceramah yang diadakan telah menerangkan tentang teknik untuk melakukan CT Perfusion sahaja, penerangan mengenai cara untuk menginterpretasi imej yang dihasilkan akan di terangkan oleh Prof Madya Dr. Sobri pada sesi CME yang akan datang...
Di akhir sesi CME pada kali ini... Pn. Roslaili yang ditugaskan untuk mengendalikan CME Jabatan menerangkan mengenai format baru program CME jabatan yang akan bermula pada tahun hadapan... Format baru yang dicadangkan oleh Pn. Roslaili akan memberikan peluang kepada semua yang diundi untuk memberikan ceramah dan menjadi pengerusi majlis...
Terima kasih kepada En. Safwan kerana telah memeberikan satu ceramah yang menarik dan padat... Tidak dilupakan kepada Cik pengerusi majlis yang sudi untuk mempengurusikan majlis walaupun beliau hanya dilantik dalam saat-saat akhir majlis diadakan... Komitment, kesungguhan dan keberanian semua didalam menjayakan program CME Jabatan Radiologi pada kali ini amat dibanggakan... Semoga program ini akan membantu kita semua didalam menambahkan pengetahuan dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Jabatan Radiologi yang di kasihi...
Mesin CR Kodak mengalami kerosakan...
Mesin CR Kodak mengalami kerosakan pada jam 11.00 tengahari... Kejadian ini telah menimbulkan masalah yang besar kepada kakitangan yang bertugas di Unit Radiografi Am... Jabatan Radiologi yang hanya mempunyai 2 buah CR reader amat bergantung penuh kepada mesin CR ini... Sebuah lagi mesin CR telah lama mengalami kerosakan dan sedang menunggu parts untuk diperbaiki... Kerosakan mesin ke-2 ini telah menjejaskan perkhidmatan jabatan yang terpaksa menggunakan kaedah manual selama 5 jam sebelum ianya diperbaiki...Pihak kodak telah dihubungi dan berjaya memperbaiki mesin tersebut yang mengalami masalah perisian pada jam 4.00 petang... Terima kasih kepada semua pihak yang membantu didalam menyelesaikan masalah tersebut dalam masa yang singkat... Kerosakan yang dialami telah menimbulkan tandatanya, adakah Jabatan memerlukan sebuah lagi mesin CR Reader sebagai backup sekiranya keadaan seumpama ini berlaku lagi... Apa kata anda semua? Berikan maklumbalas anda...
Rabu, November 19, 2008
Lawatan IT-PACS ke Hospital Sg. Buloh...
Lawatan ini adalah siri kedua diantara 3 lawatan yang akan dibuat oleh Unit IT-PACS, Jabatan Perkhidmatan Radiologi... Lawatan kali ini disertai oleh En. Zainal, En. Mohamad Norman, En. Ruzi, En. Metdahie, Pn. Che Asmira dan Cik Wan Noor Afzan. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan pengalaman mengenai aliran kerja kakitangan radiologi hospital berkenaan dengan sistem RIS dan PACS.Lawatan telah di mulakan dengan penerangan ringkas mengenai jabatan radiologi hospital yang baru 2 tahun beroperasi, sistem rangkaian komputer dan Health Information System (HIS) dari ketua jabatan, Pn Rachel St. Maria. Ketua jabatan kemudiannya menyerahkan tugas kepada Pegawai sains, En. Norawzin merangkap pegawai IT-PACS. Penjelasan selanjutnya dimulakan dari kaunter utama jabatan radiologi iaitu mengenai Radiology Information System (RIS) dari IBA Health Group (Malaysia). Sistem rangkaian setempat ini berasal dari India. Setiap capaian sistem ini dimulakan dengan tetingkap utama. Kemudian kakitangan hospital di jabatan tertentu akan memilih tetingkap jabatan mereka masing-masing. Jikalau pesakit yang hendak diperiksa belum pernah berdaftar dengan hospital berkenaan, kakitangan di situ boleh membuat nombor pendaftaran untuk pesakit berkaitan. Kakitangan jabatan radiologi juga boleh memberi nombor pendaftaran yang baru kepada pesakit yang pertama kali berkunjung ke hospital berkenaan. Tindakan capaian sistem mesti juga dibuat di bilik pemeriksaan untuk mengsahkan waktu mula dan tamat pemeriksaan. Sistem ini mesti diawasi dengan baik supaya capaian pengguna berdaftar berkaitan tidak dipakai oleh orang lain. Tulisan dalam sistem ini cukup kecil untuk dibaca dengan jarak yang sederhana jauh.
Pegawai sains membawa kami ke kawasan kerja di mana sistem x-ray berkomputer digunakan sepenuhnya. Semua pemeriksaan x-ray tidak melibatkan pengguna filem. Imej yang dihasilkan menjadi rakaman dalam sistem dan rangkaian komputer, PACS. Ruang kerja disesuaikan dengan rekabentuk jabatan dan hospital yang berfungsi menerima kes-kes penyakit berjangkit. Setiap bilik pemeriksaan mempunyai komputer RIS untuk juru x-ray memula dan menamatkan pemeriksaan yang dibuat sebagai tambahan kepada aliran kerja juru x-ray. Mesin x-ray Siemen digabungkan dengan peralatan rakaman imej kodak. Kemudahan merakam imej panjang seperti keseluruhan turus tulang belakang juga boleh didapati di sini. Imej berkenaan dirakam dengan mengguna satu pemegang kaset Siemens dengan 4 kaset kodak saiz khas tanpa memerlukan pencantuman semula imej. Mesin pembaca kaset, kodak single loader ditempatkan di setiap bilik pemeriksaan. Mesin ini adalah lebih tahan lama, tinggi penjimatan kos selenggara dan kurang terdedah dengan kekotoran kerana tidak melibatkan mekanikal yang besar seperti mesin multiloader. Penggunaan mesin single loader ini amat praktikal di sini kerana beban kerja di hospital berkenaan yang masih rendah.
Lawatan ke Unit pemeriksaan imbasan CT dan MRI tidak mengambil masa yang lama kerana modaliti digunakan adalah hampir sama dengan PPUKM. Kawasan pemeriksaan angiografi agak luas menunjukkan mesin Siemen yang masih mengguna rakaman pengamat imej tidak seperti pengesan digital yang terdapat di PPUKM. Sistem arkib kekal angiografi dan semua modaliti lain dikendalikan sepenuhnya oleh jabatan teknologi maklumat. Lawatan ke jabatan berkenaan tidak dapat diteruskan kerana surat permohonan melalui saluran tertentu diperlukan. Lawatan diteruskan ke unit x-ray jabatan kecemasan yang juga dibawah PACS. 1 bilik pemeriksaan x-ray biasa dan 1 bilik imbasan CT terdapat di kawasan utama. 1 bilik pemeriksaan x-ray biasa pula disediakan di kawasan merah.
Kumpulan lawatan menikmati makan tengahari sebelum meneruskan lawatan ke bahagian belakang kawasan kerja. Kawasan ini menempatkan pencetak filem kodak dan pengimbas filem yang juga digunakan untuk mengimbas borang permohonan x-ray. Imej borang yang diimbas tidaklah sempurna sepertimana borang asal. Hospital ini banyak menerima pesakit-pesakit dari pusat perubatan di sekitar Sg. Buloh. Terdapat juga pesakit dari Tanjung Karang. Pesakit-pesakit ini memerlukan pencetakan filem x-ray. Akhir sekali, penjelasan diberi tentang masalah-masalah yang pernah dan sedang dihadapi oleh IT-PACS di jabatan berkenaan.
Kumpulan lawatan ke Jabatan Pengimejan Diagnostik berasa berpuas hati dengan lawatan kali ini dan berasa amat teruja dengan persiapan dan sambutan yang telah dilakukan oleh pengurusan Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Sg. Buloh. Penerangan yang jelas dan jujur tentang sistem-sistem yang digunakan amat membantu kumpulan lawatan menambah pengetahuan di dalam sistem RIS dan PACS yang digunakan. Pengalaman yang diperolehi semasa sesi lawatan ini amat berharga untuk semua ahli yang turut serta. Ianya akan membantu didalam meningkatkan kualiti dan perkhidmatan Jabatan Radiologi PPUKM amnya dan Pusat Perubatan UKM khasnya.
Kerja naik taraf tandas kakitangan...
Kerja naik taraf tandas kakitangan akan mula dijalankan mulai hari ini... Kerja-kerja pengubahsuaian akan mengambil masa selama 1 bulan... Di harapkan semua kakitangan dapat bersabar dengan masalah yang timbul disebabkan tandas tidak dapat digunakan... Kerja-kerja yang dilakukan adalah untuk kemudahan kita semua dimasa hadapan...
Selasa, November 18, 2008
Mesin Laminate mengalami kerosakan...
Mesin laminate yang baru sahaja diperolehi oleh Jabatan Radiologi telah mengalami kerosakan... Kejadian berlaku semasa proses untuk laminate sedang dijalankan oleh kumpulan 5s... Ianya mungkin disebabkan oleh keadaan suhu mesin tersebut yang tidak menentu dan mencairkan plastik laminate yang sedang digunakan...
Mesin laminate yang telah mengalami kerosakan telahpun dihantar oleh En. Yussman ke kedai untuk diperbaiki... Kejadian ini akan memperlahankan perjalanan program 5s yang agak rancak semenjak mesin laminate ini diperolehi... Diharapkan proses pembaikan tidak mengambil masa yang lama kerana kumpulan2 5s amat memerlukannya...
Buat sementara waktu, sebagai alternatif, sebarang perkhidmatan laminate boleh diperolehi di Unit Sokongan Media, PPUKM...

Kelas Angiografi
Kelas update mengenai Angiografi telah diadakan lagi pada hari ini... Kelas yang diadakan di bilik tutorial dari jam 4.00 hingga 5.00 petang telah dihadiri oleh Juru X-ray dan Jururawat yang bertugas di unit EIR...
Kelas pada kali ini telah dikendalikan oleh En. Mohamad Norman... Topik kelas pada hari ini adalah bertajuk "Guidewire" dan peralatan lain yang biasa digunakan bagi prosedur EIR... Kelas yang telah diadakan telah memberi peluang kepada semua kakitangan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman untuk digunakan semasa menjalankan tugas di Unit EIR Jabatan Radiologi PPUKM...
Mulai tahun hadapan jadual akan di susun untuk memberikan pendedahan kepada semua petugas di Unit EIR didalam membuat pembentangan tentang topik yang berkaitan dengan bidang Endovaskular dan Intervensi Radiologi... Kelas akan diadakan lagi setiap hari Selasa petang jam 4.00-5.00... Semua kakitangan di galakkan hadir untuk menambahkan pengetahuan mengenai bidang EIR ini...

Jamuan makan sempena kenaikan pangkat dan perlantikan baru...
Sebuah jamuan makan telah diadakan bagi meraikan kakitangan Jabatan Radiologi yang telah di naikkan pangkat dan yang baru menjadi warga Jabatan Radiologi...
Semua kakitangan Radiologi telah diraikan dengan nasi beryani special dari Restoran Fayas... Nasi beryani lauk ayam/kambing dan kek Secrect Recepie menjadi hidangan semua kakitangan pada tengahhari ini...
Jamuan ini adalah jamuan fasa pertama... Jamuan akan diadakan lagi bagi fasa ke dua pada masa akan datang... Nantikan kemunculannya...
Tahniah kepada semua yang telah dinaikkan pangkat... dan selamat bertugas kepada mereka yang baru dilantik dan menjadi warga Jabatan Radiologi (kerja rajin2 yer)...

Jumaat, November 14, 2008
Perhimpunan Mingguan Jabatan Radiologi
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dari Dr. Hamzaini...
Kemudian perhimpunan diteruskan dengan ucapan daripada En. Zainuddin yang bertajuk, ‘5 punca utama kenapa orang tidak dapat memperkembangkan atau tidak menggunakan potensi diri’.
Pertama, menafikan potensi diri iaitu seseorang itu lebih senang menafikan potensi diri yang mereka miliki. Contohnya apabila diberi peluang dia akan mencadangkan orang lain disebabkan oleh rasa rendah diri dan tidak yakin terhadap keupayaan diri sendiri.
Kedua, terlalu fokus kepada kelemahan sendiri hingga lupa kepada perkara yang dia boleh lakukan. Sedikit kelemahan diri yang ada pada dirinya membuatkan dia tidak boleh melakukan apa-apa yang dapat memperkembangkan potensi dirinya.
Ketiga, sikap suka bertangguh yang akhirnya terlepas peluang untuk memperkembangkan potensi diri. Contohnya, sikap selalu berkata, “tengok dululah”, “kemudianlah”, dan “takkan lari gunung dikejar”.
Keempat,sikap takut kepada kegagalan. Baginya, cara yang paling selamat untuk menghindarkan kegagalan ialah dengan tidak melakukan apa-apa. Ramai orang yang sering melakukan perkara ini tanpa menyedari mereka sebenarnya tidak melakukan apa-apa dan itu adalah satu kegagalan.
Kelima, sikap tidak mahukan tanggungjawab. Golongan ini lebih senang membiarkan orang lain melakukannya dan lebih seronok meletakkan tanggungjawab pada orang lain. Akhirnya dia menjadi seorang manusia yang tidak bertanggungjawab.
En. Zainuddin membuat kesimpulan bahawa setiap orang dilahirkan unik bukan sahaja dari segi rupa paras tetapi juga dari segi potensi diri masing-masing. Keunikan seseorang itu lain dari yang lain, serta hebat dan istimewa.
Perhimpunan diteruskan lagi dengan beberapa pengumuman. Dr. Hamzaini menyampaikan tiga pengumuman iaitu yang pertama mengenai lampu bilik tutorial yang kecil dan besar tidak dipadamkan apabila tidak digunakan. Yang kedua, berkenaan etika pakaian ketika bekerja. Diharap semua kakitangan dapat berpakaian kemas walaupun ketika berkerja ‘on call’. Ketiga, berkenaan borang-borang pemeriksaan CT scan yang bertimbun di bilik CT scan hujung. Diharap semua MO yang bertugas memastikan samada borang-borang tersebut telah dijalankan pemeriksaan atau tidak dan telah dilaporkan keputusan pemerikasaan atau tidak.
En. Hishamudin memberi teguran kepada semua kakitangan mengenai 5S kerana perkembangannya sangat perlahan setelah masuk bulan ketiga dan tidak ada sebarang perubahan.
Prof. Zahiyah juga membuat teguran berkenaan pakaian ketika bekerja serta lampu yang tidak dipadamkan apabila digunakan. Beliau menyarankan agar dibuat nota seperti ‘sila padamkan lampu apabila tidak digunakan’. Beliau juga membuat pengumuman berkenaan masalah disiplin kakitangan. Beliau mengingatkan kakitangan kerajaan boleh dibuang kerja jika tidak ada sebarang perubahan selepas diberi teguran dan tindakan disiplin. Berkenaan dengan ISO, MSQH, dan 5S, kebanyakan orang yang sama yang terlibat. Beliau berharap kakitangan yang lain dapat bersama-sama menjalankannya dan tidak mengharapkan individu yang bertanggungjawab mengetuai sesuatu tugas itu.

Langgan:
Catatan (Atom)