AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, November 12, 2008

Lawatan IT-PACS ke Hospital Ampang

Lawatan ini adalah siri pertama diantara 3 lawatan yang akan dibuat oleh Unit IT-PACS, Jabatan Perkhidmatan Radiologi... Lawatan kali ini disertai oleh En. Zainal, En. Mohamad Norman, En. Mohamad Nor Affendi, En. Nor Azhar, Cik Noor Adila dan Cik Rohaida.... Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan pengalaman mengenai workflow sistem RIS dan PACS yang digunakan di hospital berkenaan....

Lawatan telah di mulakan dengan pembentangan mengenai sistem komputer, rangkaian dan Total Health Information System (THIS) dari Ketua Jabatan IT Department Hospital Ampang... Ianya kemudian di ikuti dengan pembentangan mengenai Radiology Information System (RIS) dari IBA Health Group (Malaysia)... Pembentangan terakhir pada pagi tersebut adalah mengenai sistem Picture Archiving and Communication System (PACS) oleh Syarikat GE...

Selepas sesi pembentangan dan soal jawab diadakan, kumpulan lawatan telah dibawa melawat sekitar Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Ampang... Lawatan dimulakan dengan paparan mengenai bagaimana kaunter menerima pesakit, sistem yang digunakan di X-ray AM sehinggalah selesai pemeriksaan dijalankan... Tatacara bagaimana imej dihantar dan distor juga dimuatkan dalam penerangan yang diberikan oleh pihak Jabatan... Kami juga dibawa melawat ke Bilik CT Scan, MRI, Angiografi dan bilik Mamografi...

Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Ampang menawarkan sistem filemless ini semenjak Disember 2007... Tidak banyak masalah yang dihadapi semasa menggunakan sistem ini kerana ianya memang dirancang sebagai sebuah Hospital yang mengamalkan sistem THIS... Tidak ada lagi filem digunakan, semua penyimpanan imej dilakukan didalam sebuah server berpusat yang terletak di IT Department... Filem hanya akan dicetak / CD di bekalkan sekiranya pesakit perlu dipindahkan ke hospital yang lain... Lawatan ini telah telah diakhiri dengan lawatan ke IT Departmet dan Jabatan Kecemasan...

Kumpulan lawatan ke Jabatan Pengimejan Diagnostik berasa berpuas hati didalam lawatan pada kali ini... Kumpulan juga berasa amat teruja dengan persiapan dan sambutan yang telah dilakukan oleh pengurusan Jabatan Pengimejan Diagnostik Hospital Ampang diatas layanan kumpulan lawatan semasa kami berada disana... Penerangan yang jelas dan jujur tentang sistem-sistem yang digunakan amat membantu kumpulan lawatan didalam menambahkan pengetahuan didalam sistem RIS dan PACS yang digunakan... Pengalaman yang diperolehi semasa sesi lawatan ini amat berharga untuk semua ahli yang turut serta... Ianya akan membantu didalam meningkatkan kualiti dan perkhidmatan Jabatan Radiologi PPUKM amnya dan Pusat Perubatan UKM khasnya...

Isnin, November 10, 2008

Mesin MRI sudah dibaikpulih...

Mesin MRI Siemens Avanto sudah dibaikpulih dan boleh digunakan mulai hari ini... Punca kerosakan masih lagi tidak dapat dikenalpasti... Pihak Siemens akan terus memantau dan mengawasi beberapa perkara yang mungkin boleh mengakibatkan perkara seumpama ini berlaku lagi...

Juru X-ray yang betugas di unit MRI juga perlu membuat pemantauan terhadap sebarang perubahan suhu dan ralat-ralat bagi mengelakkan dari perkara seumpama ini berlaku lagi...

Perkhidmatan radiologi sudah kembali pulih seperti biasa di unit MRI setelah mesin ini diperbaiki...

Ahad, November 09, 2008

5s@kura-kura


Jabatan telah melancarkan program 5S pada Julai 2008. Didapati perjalanan program tersebut amat perlahan. Ini mungkin disebabkan kekangan beban tugas harian yang terpaksa dilalui oleh ketua-ketua kumpulan dan ahli-ahlinya. Ianya ibarat sang kura-kura untuk mencapai matlamat dan impian yang diharapkan yang akhirnya hasil kerja yang baik dan kreatif dapat dipertontonkan...

Semangat yang ada mestilah sentiasa dipertingkatkan supaya impian untuk melihat jabatan sebagai tempat kerja yang selesa tidak hanya sehangat tahi ayam sebaliknya ia perlu dilaksanakan secara berterusan. Tanggungjawab setiap nakhoda amat berat bagi membimbing anak-anak kapal untuk menuju ke satu destinasi yang telah ditetapkan. Bak kata 'wonderpet'... kami tak besar... dan kami tak kuat... bila bekerjasama... semua jadi mudah.....

syabas diucapkan kepada kumpulan yang telah berjaya menghasilkan sudut 5Snya...

Jumaat, November 07, 2008

Mesin mobile x-ray yang baru sudah boleh digunakan...

Mulai hari ini, mesin mobile x-ray yang baru dibeli secara rasminya sudah boleh digunakan... Ini adalah satu berita baik untuk semua juru x-ray kerana telah sekian lama harus menggunakan mesin mobile yang lama dan uzur...

Tiga buah mesin mobile telah menjalani proses 'tauliah guna' pada hari semalam telah boleh digunakan mulai hari ini... Mesin mobile jenama GE-AMX4+ ini akan digunakan secara bergilir-gilir dalam seminggu... Dalam ertikata lain, hanya sebuah mesin mobile akan digunakan selama seminggu dan akan ditukarguna mesin mobile yang lain pada minggu hadapan...

Buat masa ini, mesin mobile ini hanya dinamakan mesin mobile GE4, GE5 dan GE6... Ketiga-tiga mesin ini akan dijaga oleh Cik Rohaida, En. Saiful Azri dan Cik Normiza... Mereka akan menjadi 'ibu dan bapa angkat' kepada kesemua mesin ini...

Diharapkan dengan adanya mesin mobile yang baru ini, kualiti perkhidmatan jabatan akan dapat dipertingkatkan... Semangat bekerja untuk semua Juru X-ray akan lebih meningkat dengan adanya mesin mobile yang baru ini... Semoga semua kakitangan akan dapat menjaga mesin ini dengan baik supaya ia dapat digunakan dalam tempoh masa yang lama dan kos penyenggaraan akan dapat dikurangkan...

Perhimpunan Mingguan Jabatan Radiologi...

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dari Dr. Hamzaini...

Kemudian Dr. Hamzaini menyampaikan satu cerita tauladan untuk semua... Cerita pada hari ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang berdoa kepada Tuhan untuk mendapat bunga ros dan seekor rama-rama yang cantik... Tetapi doanya telah di makbulkan dengan mendapat pokok kektus dan seekor ulat beluncas...

Lelaki itu pun berfikir, mengapa pokok bunga cantik yang dipinta tetapi telah mendapat pokok kaktus yang berduri... Rama-rama yang cantik diminta telah diberikan pula ulat beluncas yang menggatalkan... Mungkin sangkalnya Tuhan sibuk menunaikan permintaan orang lain... Lelaki itu hanya berdiam diri sahaja tanpa mengambil peduli tentang pokok dan ulat tersebut...

Lama kelamaan beliau melihat pokok kaktus yang berduri tersebut telah mengeluarkan bunga yang cantik dan ulat beluncas tersebut telah menjadi rama-rama yang sangat cantik... Lelaki itu pun berfikir semula, walaupun beliau meminta 'peha tetapi dapat betis'... Tetapi betis yang dia dapat telah menjadi peha...

Pengajarannya disini kadangkala apa yang kita minta dari Tuhan tidak semesitinya dapat akan ditunaikan dengan mudah... Ini kerana Tuhan sentiasa ingin memberikan pengajaran dan membentuk diri kita... Sekiranya apa yang kita minta dapat diperolehi dengan mudah, mungkin akan menyebabkan kita menjadi sombong dan angkuh... Setiap satu perkara yang kita perolehi itu ada hikmahnya... Kalau tak dapat apa yang kita minta, itu maknanya kita masih perlu lebih berusaha...

Kelas asas IT-PACS...

Kelas asas bagi IT-PACS bagi semua Juru X-ray telah diadakan pada 5 hingga 7 November 2008... Kelas yang diadakan dalam 3 kumpulan ini diadakan untuk memberikan memberikan maklumat mengenai perkara asas yang harus diketahui oleh semua Juru X-ray yang bertugas di Jabatan Perkhidmatan Radiologi...

Perkara asas yang dipelajari termasuklah bagaimana untuk mencari pesakit, melihat imej dan mengenalpasti masalah asas yang boleh menyebabkan imej tidak boleh dilihat... Pelajaran asas ini banyak bertumpu kepada sistem Medweb...

Kelas yang diadakan ini diharapkan akan dapat membantu kakitangan yang bertugas bagi menyelesaikan masalah mudah semasa ketiadaan ahli IT-PACS yang bertugas terutamanya semasa waktu selepas waktu pejabat dan cuti umum...

Jamuan perpisahan En. Irwan...

Hari ini adalah hari terakhir En. Irwan bertugas di Jabatan Perkhidmatan Radiologi... Beliau akan berpindah ke Hospital USM selepas ini... Beliau akan betugas sebagai seorang Pengajar Juru X-ray Klinikal di sana nanti...

Sempena hari terakhir beliau di jabatan ini, En. Irwan telah menyediakan Nasi Dagang special dengan kari ikan tongkol dan agar-agar untuk santapan semua rakan-rakan sekerja beliau... Semua kakitangan telah dijemput untuk menikmati juadah istimewa dari negeri Terengganu ini...

Diharapkan En. Irwan akan terus berjaya di tempat barunya nanti... Kami dari Jabatan Radiologi akan sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan yang telah beliau berikan kepada jabatan ini selama 7 tahun beliau bertugas di sini... Dengan iringan doa kami semua, selamat maju jaya...

Khamis, November 06, 2008

Bengkel Osirix di Universiti Islam Antarabangsa..

Seminar OSirix telah diadakan di Conference Room Level 4, Kulliyyah of Medicine, Universiti Islam Antarabangsa yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Seminar telah diadakan selama sehari pada 6hb November 2008.

Seminar ini telah di hadiri oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Sobri, Dr. Rozman, Dr. Hamzaini, En. Zainal, En. Mohamad Norman dan En. Ruzi dari Jabatan Radiologi PPUKM.

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada peserta dengan program Osirix. Program Osirix adalah sebuah program yang digunakan untuk 3 fungsi utama iaitu, mempamerkan imej, memanipulasi imej dan menyimpan imej...

Antara lain, kandungan seminar ini adalah mengenai pengenalan kepada Osirix, Pengenalan kepada sistem pengoperasian Mac OSX, pemprosesan imej, tayangan video dan sesi praktikal... Semua peserta begitu berpuas hati kerana di beri peluang untuk mempelajari perisian ini...

Untuk maklumat lanjut mengenai perisian ini sila lawati http://www.osirix-viewer.com/

Isnin, November 03, 2008

Nurses, medical assistants can now get higher pay...

Published at http://www.thestar.com.my : Monday November 3, 2008 MYT 6:20:00 PM

KUALA LUMPUR: Nurses, medical assistants, x-ray technicians and health inspectors can now go higher up the pay scale under a new integrated graduate scheme by the Health Ministry. Health Minister Datuk Liow Tiong Lai said the plan aimed to improve the overall pay of these medical personnel so that they would be more focused on giving quality care to patients.

“I hope these graduates provide healthcare services by not just stressing knowledge and skills but also possess positive values in patient care,” he said on Monday.

He said this after witnessing the signing of a memorandum of understanding between the Ministry and 24 public and private institutions of higher learning to use its facilities for various healthcare education programmes. Liow said nurses with first degrees would be able to receive pay grades from U41 to U54. It was learnt that the basic pay for degree-holders in grade U41 was nearly RM2,000 per month excluding housing, personal, cost-of-living, critical post and public service allowances. The base pay including allowances for nurses at U48 is about RM8,000.

To reach the top pay grade of U54, the nurses had to have at least a Masters degree and have served more than 20 years as a nurse along with the necessary experience, skills and competence. At the moment, nurses in the country received only up to U48 salaries. According to Liow, the country did not have enough nurses as there was only one nurse to 375 residents.

“We need to reach one nurse to 200 residents to meet World Health Organisation standards by 2015,” he said. Liow also said the higher pay scheme were to stop brain-drain of local nurses leaving for better pay in countries such as Dubai and others in the Middle East.

“This should be good news for nurses. Malaysia cannot continue to have cheap labour. “If we want to retain our workers, we can’t pay them any less,” he said. This year, he said some 6,000 nurses were trained by the country’s 27 Health Ministry colleges, 10 public and 54 private institutions that offered nursing education.

Sabtu, November 01, 2008

Majlis perasmian mendapat liputan akhbar...

Berita Harian : Sabtu, 1 November 2008.

PPUKM sedia rawatan canggih pesakit kronik

KUALA LUMPUR: Penghidap penyakit kronik kini boleh mendapatkan perkhidmatan radiologi endovaskular dan intervensional setaraf dengan rawatan hospital swasta di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) melalui penggunaan mesin angiografi berteknologi canggih.

Ketua Pegawai Operasi PPUKM, Datuk Dr Noorimi Morad, berkata penggunaan mesin angiografi baru yang mempunyai dua plana itu mampu mempamerkan imej salur darah yang lebih jelas dari dua sudut yang berbeza pada masa sama.

"Kelebihannya adalah ia dapat mengurangkan masa prosedur dan diagnosa dapat diperolehi dengan lebih cepat selain dapat meminimumkan media kontras. Mesin yang sudah mula digunakan sejak Julai lalu itu juga meningkatkan kes pemeriksaan radiologi endovaskular dan intervensional sebanyak 500 peratus berbanding tahun sebelumnya."

"Mesin angiografi Philips Allura Xper FD20/10, Bi Plane Angiography System bernilai RM4.6 juta ini adalah antara mesin tercanggih di negara ini dan juga Asia Tenggara dan ia sangat membantu golongan kronik," katanya merasmikan bilik angiografi PPUKM di sini, baru-baru ini.