AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, November 21, 2014

Bengkel Basic of Cardiac MRI

Bengkel Basic of Cardiac MRI telah diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2014
Hari: Khamis
Tempat: Bilik Konferens dan Suite MRI 

Bengkel selama 1 hari ini diadakan untuk memberikan pendedahan tentang pengimejan cardiac menggunakan MRI. Jabatan Radiologi telah lama menjalankan kes cardiac, tetapi ini adalah julung kalinya kursus secara intensif dianjurkan. Kursus ini merangkumi pengenalan tentang anatomi, patologi dan teknik pengimejan yang digunakan.

Perserta yang menyertai kursus ini terdiri dari pegawai perubatan dan juru x-ray. Semua peserta berpuas hati dengan kursus yang diadakan dan berharap kursus seumpama ini akan diadakan lagi di masa akan datang.




Bengkel pemurnian fail meja dan semakan dokumentasi Jabatan Radiologi

Bengkel pemurnian fail meja dan semakan dokumentasi Jabatan Radiologi telah diadakan pada:

Tarikh: 19 November 2014
Hari: Rabu
Masa: 8:15 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi

Bengkel Pemurnian Fail Meja dan Semakan Dokumentasi MS ISO 9001:2008 bertujuan untuk menyelaras dan memperhalusi tugas dan tanggungjawab bagi setiap profesion di peringkat jabatan dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Manual kerja sedia ada akan disemak semula buat kali ke-2 untuk memenuhi keperluan semasa setanding dengan teknologi moden dan terkini yang terdapat di Jabatan Radiologi, PPUKM.

Objektif untuk bengkel pada kali ini adalah untuk: 
  1. Menyediakan Fail Meja (FM) untuk setiap profesion di jabatan berdasarkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA Bil.8/1991)
  2. Menyediakan carta alir tugas dan tanggungjawab setiap profesion dan hubungan antara setiap skim (profesion) dalam melaksanakan fungsi.
  3. Membentangkan Fail Meja (FM) bagi setiap profesion yang telah disediakan kepada pihak pengurusan Jabatan Radiologi untuk kelulusan.
  4. Memperbaharui dan mengemaskini Manual Kerja dan Standard Operating Procedure (SOP) mesin-mesin yang beroperasi di Jabatan Radiologi
  5. Mengemakini dan membuat penambahbaikan borang pemeriksaan pesakit mengikut kes perubatan yang dijalankan.
  6. Mengemaskini senarai peralatan, bahan pakai habis dan barang-barang di bawah pengawasan kejururawatan dan perkhidmatan radiologi.

Agenda 1
Setiap wakil mewakili profesion dan gred jawatan di setiap unit akan membentang Fail Meja untuk mendapat kelulusan dan pengesahan pihak pengurusan. 

Agenda 2
Manual Kerja & SOP akan dikemaskini secara terus (hands-on) dengan setiap perenggan dan garis panduan dalam prosedur kerja akan disemak, diperhalusi dan dikemaskini mengikut keperluan semasa menepati standard MS ISO 9001:2008.

Bengkel yang dianjurkan oleh En. Hairul Faizal ini telah mencapai objektifnya selepas bengkel ini tamat pada jam 4.30 petang. Terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan bagi bengkel pada kali ini.  






Khamis, November 20, 2014

Perhimpunan pagi 19 November 2014

Perhimpunan pagi 19 November 2014 telah di kendalikan oleh Prof Dr, Hamzaini. Dalam perhimpunan pagi pada kali ini Prof Dr. Hamzaini telah menyampaikan sebuah cerita tauladan mengenai rezeki.

En. Mohamad Norman telah membuat pengumuman mengenai kejayaan kumpulan KIK Sinaran yang telah menjadi 4 kumpulan terbaik kategori teknikal untuk layak bertanding di konvensyen KIK peringkat UKM pada 17 Disember 2014 nanti.

Pengumunan kedua dibuat oleh En. Hairul Faizal mengenai sebuah bengkel untuk menyemak fail meja dan standard operating prosedur akan diadakan pada hari ini (19 November 2014).

Di dalam perhimpunan pagi ini juga Prof Dr Hamzaini menyatakan terdapat satu insiden berlaku di bilik general pada minggu lepas. Insiden melibatkan kecederaan berlaku keatas seorang pesakit. Semua kakitangan perlu berhati-hati dalam melakukan tugas dimasa akan datang. Sebarang kejadian perlu dilaporkan kepada pegawai insiden dengan kadar segera untuk diambil tindakan yang sewajarnya pada masa akan datang. 




Rabu, November 19, 2014

Pra konvensyen KIK 2014

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Radiologi yang telah berjaya terpilih ke Peringkat Akhir Konvensyen KIK Peringkat UKM kategori teknikal. Jabatan Radiologi telah di wakili oleh kumpulan KIK Sinaran pada konvensyen pada kali ini. Berikut adalah ahli pasukan Sinaran pada tahun 2014 ini:

Fasilitator: Dr Sharifah Majedah

Ketua Kumpulan: En. Mazli Mohamad Zin
Setiausaha: Pn. Roslaili Mohamed

Ahli-ahli:
  1. Mohamad Norman Mohd Nordin
  2. S. Elavarasi Selvarajah
  3. Normi Mohamed
  4. Siti Farizwana
  5. Mohamad Sharmiezul
  6. Syazwani
  7. Mastura Ariffin
  8. Mohd Ramizi
Konvensyen akhir akan di adakan pada 17 Disember 2014 di UKM Bangi. Semoga Kumpulan KIK Sinaran akan beroleh kejayaan yang lebih membanggakan pada konvensyen yang akan diadakan nanti. Selama maju jaya.






Jumaat, November 14, 2014

Bengkel "Advance Course in CT Scan"

Bengkel Advance Course in CT Scan telah diadakan pada:

Tarikh: 12-13 November 2014
Hari: Rabu-Khamis
Tempat: Unit CT Scan Jabatan Radiologi

Bengkel selama 2 hari ini telah dihadiri oleh semua kakitangan Jabatan Radiologi yang bertugas di Unit CT Scan. Fasilitator jemputan dari Siemens Asia Pasifik iaitu Mr. I Gede Ketut Kusumasuganda (CT Aplication Specialist for Asia and Australia) telah hadir untuk memberikan informasi dalam perkembangan aplikasi CT Scab dan teknologi terkini. 

Di dalam bengkel pada kali ini, peserta telah didedahkan bukan sahaja dari segi protokol, tetapi konsep di sebalik setiap pemeriksaan yang dilakukan di unit ini. Pemahaman lebih jelas telah diperolehi oleh para peserta kerana maklumat yang diterima banyak berkaitan dengan pemeriksaan dan pengalaman yang telah dilalui oleh semua peserta, Kaedah terbaik dalam prosedur CT scan juga telah ditunjukkan didalam bengkel pada kali ini. 

Peserta juga di dedahkan dengan penggunaan Workstation 3D yang telah di naik taraf dan mempunyai perisian terkini didalam memproses imej. Perisian yang terkini ini termasuklah perisian perfusion, automatic bone removal, subtraction, CTA dan kardiak.

Semua peserta telah berpuas hati dengan ilmu yang diterima semasa bengkel dijalankan. Tahniah kepada En. Mohd Sharmiezul dan En. Mazli kerana telah menganjurkan bengkel yang amat bermanfaat buat semua. Semoga bengkel seumpama ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.












Rabu, November 12, 2014

CME: Imagilys Brainmagix Clinical Neuroimaging Software

CME telah dijalankan pada hari ini:

Tajuk: Imagilys Brainmagix Clinical Neuroimaging Software
Speaker: Dr. laurent Hermoye Phd (Medical Science), MS (Electrical Engineering), BS (Business & Economics)

Tarikh: 12 November 2014
Time: 1.00-2.00pm
Location: Conference Room

CME pada hari ini telah membentangkan mengenai sebuah perisian yang mampu untuk memberikan diagnosis mengenai sesebuah keabnormaliti penyakit melalui imej MRI dan PET MRI. Beliau juga telah membentangkan tentang ubat baru yang mampu untuk mengesan penyakit.