AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, Februari 07, 2014

Neuro Intervention Workshop 2014


Ahad, Februari 02, 2014

Majlis Perkahwinan Elin dan Salleh

Tahniah di ucapkan kepada Elin dan Salleh kerana telah selamat diijab kabul pada:

Tarikh: 1 Februari 2014
Masa: 12.30 tgh - 4.00 petang
Tempat: Kg Sungai Siput, Lubok Cina, Melaka.

Majlis telah diraikan dengan kehadiran teman-teman sekerja dari Kuala Lumpur. Tahniah diucapkan, kepada kedua mempelai, semoga perhubungan akan dipenuhi dengan kebahagiaan selamanya.



Rabu, Januari 29, 2014

Perhimpunan pagi 29 Januari 2014

Perhimpunan pagi pada hari ini di kendalikan oleh Prof Madya Dr Hamzaini. Perhimpunan di mulakan dengan bacaan doa oleh beliau.

Topik pada hari ini adalah mengenai 'mati'... Prof Hamzaini mengulas, semua orang tak kira bangsa dan agama harus mengingati kematian... Mati tidak mengira muda atau tua... Kematian juga bukan untuk orang yang tua sahaja. Semua orang yang meningati mati harus bekerja dengan lebih kuat lagi kerana kerja itu adalah satu ibadah dan amalan yang akan dikumpulkan diakhirat... Dunia menjadi satu tempat untuk mengumpulkan segala amalan yang baik.. Dunia juga boleh juga diumpamakan seperti satu tempat persinggahan di bawah pokok didalam satu perjalanan menuju ke satu tempat yang kekal. Tempat persingahan itu hanyalah sementara... Di bawah pohon pokok itu juga tempat untuk berehat dan makan buah-buahan yang ada... Sebelum meneruskan perjalanan ke satu tempat yang abadi.

Secara kesimpulannya, ingat pada kematian bukan bererti perlu diduduk sahaja di rumah dan berdiam diri. Bukan hanya melakukan amal ibadah seperti solat dan berpuasa, tetapi melakukan kerja juga sebagai satu ibadah, bekerja dengan tekun dan amanah atas tanggungjawab yang telah diamanahkan. Nascaya semua amalan yang kita lakukan perlulah kearah kebaikan untuk menjadikannya sebagai satu ibadah. (Ulasan ini ditulis berdasarkan pemahaman atas tazkirah yang telah dikendalikan oleh Prof Hamzaini)

Perhimpunan pagi pada kali ini disudahi dengan ucapan terima kasih, surah Al-Asr dan tasbih kiffarah oleh pengendali perhimpunan pagi.



Rabu, Januari 22, 2014

Perhimpunan Pagi 22 Januari 2014

Perhimpunan Pagi 22 Januari 2014



Khamis, Januari 16, 2014

Perhimpunan Pagi 15 Januari 2014

Perhimpunan Pagi 15 Januari 2014 adalah perhimpunan pagi yang kedua buat tahun ini. Perhimpunan pada kali ini dikendalikan oleh En. Mohamad Norman. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Nizam.

En. Norman menceritakan tentang sebuah artikel mengenai hikmah yang tersirat dan tersurat dalam kita merayakan sambutan Maulidur Rasul
1.   Nilai-Nilai Murni
Keunikan bangsa Arab dapat dilihat daripada sikap mereka yang amat menyanjungi karya-karya sastera khususnya syair-syair. Daya ingatan mereka yang kuat dalam menghafal syair-syair Arab serta mengingati susur galur keturunan dalam kabilah adalah kelebihan yang dimiliki. Tambahan lagi keberanian mereka telah terbukti melalui persengketaan antara kabilah sehingga membawa kepada peperangan dan pertumpahan darah.
Sehinggalah kehadiran Rasulullah S.A.W dengan risalah Islam, nilai-nilai keberanian serta kekuatan mengingat ini diangkat menjadi salah satu sifat yang mulia dan dibersihkan daripada kekotoran kepada kemurnian dan kesucian jiwa. Jiwa-jiwa mereka telah disatukan malah gambaran kehidupan jahiliyah turut dikhabarkan oleh Allah S.W.T dengan firmanNya.
Keberanian mereka disalurkan kepada jalan yang lebih baik iaitu dengan tertegaknya konsep jihad, iaitu mencurahkan daya dan tenaga kekuatan dalam usaha mencapai suatu matlamat atau cita-cita mulia dan ideal, iaitu matlamat dan cita-cita Islam serta mendapat keampunan Allah S.W.T, keredaan dan rahmat-Nya dengan mencakupi suatu usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai satu-satu tujuan yang diingini atau mempertahankan sesuatu yang tidak diingini dengan pelbagai cara sama ada alat, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Jika dahulu mereka berperang kerana ingin mempertahankan kabilah, sebaliknya konsep peperangan yang dididik oleh baginda telah diikuti oleh mereka untuk mempertahankan ajaran Islam daripada dicerobohi serta memastikan keamanan dan keadilan ditegakkan. Sejarah Islam mencatatkan ketika peperangan Yamamah. Tentera-tentera Islam yang ikut serta dalam peperangan ini, kebanyakan terdiri daripada para sahabat dan para panghafal al-Quran. Dalam peperangan ini telah gugur 70 orang penghafal al-Quran.
Bahkan sebelum itu gugur hampir sebanyak itu juga penghafal al-Quran di mana Nabi pada suatu pertempuran di Bir Maunah berhampiran kota Madinah. Ini membuktikan kejayaan Rasulullah mengalihkan pandangan dan jiwa mereka kepada mempertahankan sesuatu yang hak dan menolak kebatilan. Malah, bangsa yang dahulunya tidak mendapat tempat dalam usaha peluasan empayar Persia dan Rom memberi kejutan yang besar dan menggugat golongan raja-raja dan pemerintah yang zalim terhadap rakyatnya ketika itu. Ini diakui oleh Maharaja Heracilus apabila menerima sepucuk surat dari Rasulullah agar beliau adil terhadap rakyat dan menerima Islam sebagai cara hidupnya 
2.   Kesucian Bumi Mekah
Kelahiran Rasulullah di bumi Mekah adalah satu nikmat dan rahmat Allah s.w.t. dalam menyucikan Kaabah daripada amalan penyembahan berhala. Kaabah yang terletak di tengah-tengah garis bumi seolah-olah seperti sebatang lilin yang diletakkan di tengah-tengah bilik dan cahayanya menerangi segenap penjuru bilik tersebut. Perpaduan begitulah diibaratkan kepada Rasulullah S.A.W, baginda adalah cahaya kebenaran yang menerangi segenap penjuru alam ini dengan kebenaran Islam melalui bimbingan al-Quran dan sunah dan meletakkan Kaabah kembali sebagai titik perpaduan umat untuk menyembah Allah yang satu. 
3.   Nabi Akhir Zaman
Allah S.W.T telah mengkhabarkan kepada para Nabi sebelumnya tentang kehadiran Nabi terakhir yang akan membawa mesej Islam kembali untuk umat akhir zaman. Nabi Musa dan Nabi Isa A.S adalah di antara nabi-nabi ulul azmi yang telah diberikan pengkhabaran tersebut. 
4.   Doa Nabi Ibrahim A.S
Hikmah dan rahsia di sebalik kelahiran Rasulullah di bumi Mekah juga adalah kerana makbulnya doa Nabi Ibrahim A.S yang memohon agar keturunannya turut diberikan kepada mereka golongan nabi dan rasul. Permintaan ini telah dipenuhi-Nya dengan kelahiran nabi dari keturunan Ismail A.S.
Kesimpulan
Nabi Muhammad S.A.W telah disenaraikan sebagai tokoh paling berpengaruh dalam dunia di dalam buku "The Hundred"
Kelahiran dan kewafatan Rasulullah telah memberi kesan yang sangat besar ke atas perkembangan Islam. Baik Muslim dan bukan Islam turut mengakui ketokohan baginda dalam membimbing kehidupan manusia sebagaimana disebutkan oleh tokoh Barat Micheal H. Hart di dalam bukunya, “The Hundred” di mana Nabi Muhammad S.A.W disenaraikan di tempat PERTAMA tokoh yang paling berpengaruh di dunia seperti catatan berikut:  
“Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan para pembaca dan turut akan dipersoalkan, tetapi hanya beliau individu paling berpengaruh di dalam sejarah di kedua-dua bidang keagamaan dan duniawi. Kini selepas empat belas kurun, pengaruhnya masih dapat dirasai. “
(The Hundred, New York: Hart Publishing Company, Inc., 1978, halaman 33.)
Malah pengkritik Islam, George Bernand Shaw mengatakan: “Saya telah mengkaji beliau, seorang tokoh yang hebat. Jauh sekali untuk mengatakan beliau seorang anti-Christ tetapi layak dipanggil penyelamat kemanusiaan (The Genuine of Islam). Sudah masa untuk kita berfikir sejenak, siapakah individu unggul sebagai ikutan dan contoh kehidupan. Beliau dikagumi oleh lawan dan dicintai oleh para sahabat. Kelahiran Rasulullah di bulan Rabiul Awal adalah MESEJ yang perlu diingati tidak sekadar sebagai bahan sejarah tetapi menjadi ikutan buat setiap insan.
“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.”
(Surah al-Qalam : Ayat 4)
Perhimpunan disusuli dengan pengumuman dari En. Nizam yang memaklumkan bahawa penyertaan untuk konvoi ke Melaka sudah ditutup setelah mencapai penyertaan sebanyak 25 orang. Mesyuarat dan taklimat mengenainya akan diadakan pada hari khamis (16/1/2014) ini.

En. Hairul Faizal membuat pengumuman mengenai kewajipan semua kakitangan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dibawah akta pekerja sinaran bagi kakitangan baru perlu dilakukan. Pemeriksaan akan dijalankan pada tahun 2014 ini.

Perhimpunan disudahi dengan ucapan terima kasih oleh En. Norman.

Ahad, Januari 12, 2014

Majlis Perkahwinan Arieha & Hafidz

Jabatan Radiologi mempunyai sebuah lagi pasangan suami isteri yang bertugas bersama dibawah satu jabatan. Pasangan terbaru ini adalah pasangan Arietha Mohamad Lutfi dan Mohamad Hafidz Mohamad. Satu majlis penuh kemeriahan telah adakan di Kompleks Sukan Bandar Tun Razak pada 11 Januari 2014 (Sabtu) bagi meraikan kedua mempelai. Tahniah diucapkan, semoga perhubungan akan dipenuhi dengan kebahagiaan selamanya.







Rabu, Januari 08, 2014

Perhimpunan Pagi 8 Januari 2014

Perhimpunan Pagi  8 Januari 2014 adalah perhimpunan pagi yang pertama buat tahun ini. Perhimpunan pada kali ini dikendalikan oleh En. Sa'don Samian. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Norman.

En. Sa'don memberikan tazkirah pagi dengan ucapan kata-kata aluan sempena tahun baru. Beliau menyatakan adalah menjadi satu pembaziran dengan sambutan besar-besaran yang diadakan sempena tahun baru, lebih elok kalau budget yang ada di salurkan kepada mangsa banjir baru-baru ini yang berlaku di pantai timur. Beliau kemudiannya menyatakan sempena tahun baru ini, semua kakitangan pastinya ada azam baru, tak salah ada azam baru, tetapi sekiranya nak berazam ke arah kebaikkan, tak perlu untuk menunggu tahun baru untuk berazam. Membuat sesuatu perubahan kearah kebaikan tidak perlu tunggu tahun baru.

Perhimpunan di teruskan dengan pengumuman oleh Prof Hamzaini, beliau menyatakan bahawa pihak keselamatan telah memaklumkan bahawa tidak lagi dibenarkan untuk meletakkan motorsikal di bawah tangga di belakang Jabatan Radiologi. Sila gunakan pakir yang telah disediakan untuk meletakkan motorsikal. Tidakan tegas akan dikenakan kepada kakitangan yang telah melakukan kesalahan meletakkan motorsikal di tempat yang tidak dibenarkan.

En. Nizam membuat satu pengumuman mengenai satu aktiviti bermotorsikal akan diadakan pada 7 Mac 2014 ke Melaka. Aktiviti ini terbuka untuk semua kakitangan. Agenda telah disusun dengan rapi oleh pihak pengganjur. Aktiviti diadakan sebagai satu aktiviti yang akan mengeratkan silaturahim antara semua kakitangan serta sebagai satu aktiviti riadah untuk menjana minda yang lebih sihat dan cargas.

En. Norman membuat pengumuman mengenai 'Group Whatsapp' rasmi untuk Juru X-ray Jabatan Radiologi telah diwujudkan pada 7 Januari 2013. Beliau juga menyatakan bahawa sempena tahun baru, unit IT-PACS akan dijenamakan kepada Unit PACS. Terdapat juga borang baru disediakan bagi menambah baik borang lama yang telah disediakan sejak penubuhan unit IT-PACS.

En. Sadon memaklumkan bahawa selepas dipersetujui dengan ketua jabatan, semua salinan CD dan filem yang di keluarkan perlu di sertakan dengan salinan laporan pesakit. Perhimpunan pagi tamat pada jam 8.30 am. 



Selasa, Disember 31, 2013

Majlis makan malam Angio Night PPUKM

Majlis makan malam Angio Night PPUKM. Anjuran Unit INTERVENSI Jabatan Radiologi telah di adakan pada:

Tarikh: 28 Disember 2013
Hari: Sabtu
Masa: 8.30-11.00 pm
Tempat: Pullman Lakeside Hotel, Putrajaya.

Majlis makan malam pada kali ini yang bertemakan arabian night telah diraikan dengan penuh meriah. Jabatan juga telah menerima tetamu dari Indonesia yang turut sama menyertai malam Angio night yang diadakan ini.




Khamis, Disember 26, 2013

Mesyuarat kakitangan Jabatan Radiologi

Mesyuarat kakitangan Jabatan Radiologi telah diadakan pada:

Tarikh: 24 Disember 2013
Hari: Selasa
Tempat: Bilik Tutorial Jabatan Radiologi.

Mesyuarat ini adalah mesyuarat kali ke 2 diadakan pada tahun ini. Tujuan mesyuarat diadakan untuk membicangkan masalah yang timbul di Jabatan Radiologi.

Rabu, Disember 18, 2013

Perhimpunan pagi 18 Disember 2013

Perhimpunan pada kali ini di kendalikan oleh En. Mohamad Norman. Perhimpunan dimulakan dengan doa pagi. Pada kali ini En Mohamad Norman telah berkongsi TIPS yang boleh kita guna pakai untuk BERJIMAT CERMAT.
TIPS yang boleh kita guna pakai untuk BERJIMAT CERMAT
1) Kurangkan kekerapan makan di kedai. Masak di rumah. Bawa bekal ke tempat kerja. Masak yang simple sahaja. Telur dan ayam goreng letak sambal atau kicap. Cukup. Dapat isteri pula yang tolong buatkan, ada perasa kasih sayang yang makcik nasi lemak tak boleh bagi. Makan di luar, air sirap ais sekarang pun dah harga RM1.30 segelas. Baik minum sahaja air kosong. 
2) Masak pula biarlah mengikut bilangan ahli keluarga yang ada, tidak terlalu sedikit atau banyak hingga terlebih-lebih pula. Rancang menu/makanan yang ingin dimasak untuk tempoh seminggu/ 2 minggu bergantung kepada stok barangan dapur yang akan anda beli. 
3) Rancang pembelian mengikut perancangan menu yang akan anda masak. Tentukan bila dan di mana hendak membeli, banyak mana barang-barang yang boleh dibeli dan anggarkan kemampuan kita berbelanja. Tentukan keutamaan pembelian. Utamakan barang yang betul-betul PERLU daripada barang yang kurang perlu.
4) Sebelum membeli, pastikan dahulu barang apakah yang telah dimiliki dan dah ada di rumah dengan barang yang betul-betul perlu beli. Digalakkan juga anda mempunyai senarai barang/inventori untuk barangan keperluan dapur dan isi rumah. Ini memudahkan anda untuk semak berapa banyak stok yang masih ada dan berapa banyak stok baru yang perlu dibeli. Bawa wang secukupnya sahaja. 
Sekarang kan dah canggih, boleh buat nota di telefon anda yang serba canggih, di iPad atau di laptop anda. Tak perlu yang gah sangat, senarai ringkas sudah cukup untuk anda dan pasangan dapat memantau perbelanjaan anda. 
Bunyinya memang agak leceh, sebab anda perlu peruntukkan sedikit masa untuk buat semua ini. Tapi, jika anda mampu lakukan, anda pasti akan lebih tenang dalam menguruskan kewangan. 
5) Bandingkan harga dan mutu barang yang hendak dibeli. Tidak salah untuk berbelanja kerana jenama, tidak salah juga berbelanja untuk kualiti walaupun jenama yang biasa-biasa. Contoh, barangan dapur sekarang ni, di hypermarket atau wholesale market, telah banyak produk yang dikeluarkan berjenama mereka seperti Tesco, Giant, Carrefour, Econsave dan sebagainya. Anda boleh dapatkan barangan dapur dengan kualiti yang baik pada harga yang lebih murah. 
Terpulang kepada anda unuk menentukan mana yang anda inginkan untuk keluarga anda. Jika anda rajin untuk menilai, anda akan tahu pilihan mana yang lebih baik. 
Untuk barangan basah pula sekarang ni, kita juga boleh membeli di pasar tani yang mana FAMA menganjurkan kempen Jimat Belanja Dapur. Jadi, anda boleh beli barangan basah yang segar dengan harga yang berpatutan. 
PILIHAN DI TANGAN ANDA!!! 
6) Tawar menawar jika barang tersebut boleh ditawar harganya. Pemilihan cara membayar. Tunai adalah lebih baik dan memudahkan anda untuk merekodkan keluar/masuk wang anda. 
7) Wang anda dibahagikan dan dikategorikan mengikut sampul. Contohnya, “ Sampul Makanan” digunakan untuk berbelanja membeli makanan sahaja. Kiranya, anda telah meletakkan bajet tertentu untuk perbelanjaan makanan anda. 
8) Kalau duduk di Kuala Lumpur, pergi ke tempat kerja naik LRT atau motor. Cepat dan murah. Naik kereta melibatkan banyak kos seperti parking, minyak dan tol. 
9) Berhenti merokok. Kaedah paling berkesan. Kesihatan pun terjaga. 
10) Semak balik bil Astro. Kadang-kadang di dalam sebulan, hanya 2-3 kali sahaja kita menonton Astro. Tapi masih perlu bayar penuh. Aduh! 
11) Tak perlu beli suratkhabar, baca sahaja di internet. Akhbar online pro kerajaan pun ada, akhbar online pro pembangkang pun ada. Percuma. 
12) Tonton wayang? Tak payahlah.  Tunggu raya, keluar lah cerita yang kita nak tengok tu di tv. 
13) Beli baju di pasar malam untuk pakaian yang digunakan sekadar untuk pergi bermain bola, sekadar untuk pakai di rumah dan sebagainya. Tidak perlu berbelanja beratus ringgit semata-mata hendak orang kata “Wow, jersi Liverpool original la”. 
14) Semak keahlian-keahlian kelab tertentu yang kita ada. Betul kah kita manfaatkannya? 
15) Basuh sendiri kereta. Tak perlu nak habiskan RM10 untuk benda yang kita sendiri boleh buat. Anak dah besar dapat bantu, boleh eratkan silaturrahim. Kalau duduk di Selangor kan ada air percuma. 
16) Buat perbandingan harga sebelum membeli produk yang bukan untuk kegunaan harian seperti perabot dan sebagainya. Semak harga di 2-3 kedai yang berlainan untuk tahu harga pasaran untuk produk tersebut. 
17) Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan dalam Internet. 
18) Jimat air dan elektrik 
*Sumber dari artikel dari beberapa tapak web hasil carian Google. 
Di perhimpunan pagi itu juga, pengumuman tentang:
  1. Mesyuarat kakitangan Jabatan Radiologi pada 24 Disember 2013
  2. Majlis Makan Malam Arabian Night anjuran Unit INTERVENSI Jabatan Radiologi, PPUKM yang akan diadakan pada 28 Disember 2013.
Perhimpunan pagi disudahi dengan surah Al-Asr dan tasbih kaffarah.