AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, Januari 08, 2014

Perhimpunan Pagi 8 Januari 2014

Perhimpunan Pagi  8 Januari 2014 adalah perhimpunan pagi yang pertama buat tahun ini. Perhimpunan pada kali ini dikendalikan oleh En. Sa'don Samian. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Norman.

En. Sa'don memberikan tazkirah pagi dengan ucapan kata-kata aluan sempena tahun baru. Beliau menyatakan adalah menjadi satu pembaziran dengan sambutan besar-besaran yang diadakan sempena tahun baru, lebih elok kalau budget yang ada di salurkan kepada mangsa banjir baru-baru ini yang berlaku di pantai timur. Beliau kemudiannya menyatakan sempena tahun baru ini, semua kakitangan pastinya ada azam baru, tak salah ada azam baru, tetapi sekiranya nak berazam ke arah kebaikkan, tak perlu untuk menunggu tahun baru untuk berazam. Membuat sesuatu perubahan kearah kebaikan tidak perlu tunggu tahun baru.

Perhimpunan di teruskan dengan pengumuman oleh Prof Hamzaini, beliau menyatakan bahawa pihak keselamatan telah memaklumkan bahawa tidak lagi dibenarkan untuk meletakkan motorsikal di bawah tangga di belakang Jabatan Radiologi. Sila gunakan pakir yang telah disediakan untuk meletakkan motorsikal. Tidakan tegas akan dikenakan kepada kakitangan yang telah melakukan kesalahan meletakkan motorsikal di tempat yang tidak dibenarkan.

En. Nizam membuat satu pengumuman mengenai satu aktiviti bermotorsikal akan diadakan pada 7 Mac 2014 ke Melaka. Aktiviti ini terbuka untuk semua kakitangan. Agenda telah disusun dengan rapi oleh pihak pengganjur. Aktiviti diadakan sebagai satu aktiviti yang akan mengeratkan silaturahim antara semua kakitangan serta sebagai satu aktiviti riadah untuk menjana minda yang lebih sihat dan cargas.

En. Norman membuat pengumuman mengenai 'Group Whatsapp' rasmi untuk Juru X-ray Jabatan Radiologi telah diwujudkan pada 7 Januari 2013. Beliau juga menyatakan bahawa sempena tahun baru, unit IT-PACS akan dijenamakan kepada Unit PACS. Terdapat juga borang baru disediakan bagi menambah baik borang lama yang telah disediakan sejak penubuhan unit IT-PACS.

En. Sadon memaklumkan bahawa selepas dipersetujui dengan ketua jabatan, semua salinan CD dan filem yang di keluarkan perlu di sertakan dengan salinan laporan pesakit. Perhimpunan pagi tamat pada jam 8.30 am. 



Tiada ulasan: