AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, November 29, 2023

Sambutan Hari Radiografi Sedunia Peringkat UKM

Majlis Perasmian Sambutan Hari Radiografi Sedunia Peringkat UKM dan Pelancaran Sistem Pacs Synapse disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) mewakili Pengarah HCTM. Majlis telah diadakan pada 29-30 November 2023 bertempat di Lobi Utama, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Hari Radiografi Sedunia disambut pada 8 November pada setiap tahun dan buat julung kalinya program ini mendapat kerjasama daripada 8 buah jabatan dan unit dari seluruh UKM. Antaranya Bahagian Teknologi Maklumat KKL, Jabatan Radiologi HPKK, Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Jabatan Pengimejan Molekul & Perubatan Nuklear, Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan, Unit Radiologi, Pusat Kesihatan Universiti, Unit Radiologi Jabatan Diagnostik Kraniofasial dan Biosains Fakulti Pergigian dan Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi Fakulti Sains Kesihatan. 

Di samping itu, kejayaan pelaksanaan sistem PACS Synapse iaitu satu sistem penstoran dan pengurusan imej berteknologi canggih dan terkini berasaskan web. Sistem yang diterajui oleh Bahagian Teknologi Maklumat KKL dengan kerjasama Jabatan Radiologi adalah untuk memudahkan proses penyimpanan dan perkongsian imej perubatan secara pantas dan cekap serta membantu meningkatkan kualiti perawatan dan perkhidmatan di HCTM. 

Bersempena sambutan ini, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada masyarakat komuniti yang hadir seperti pemeriksaan payudara dan ultrasound percuma, pameran reruai, kuiz dan ceramah keselamatan MRI.

Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) turut mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Sinaran, Jabatan Radiologi yang telah memperolehi anugerah emas di International Convention on Quality Control Circle yang telah berlangsung di Beijing, China baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut adalah Prof. Madya Datin Dr. Shahizon Azura Mohamed Mukari, Ketua Jabatan Radiologi, Ketua-ketua Jabatan dan Warga HCTM.














Khamis, November 23, 2023

Kejayaan kumpulan Sinaran di Portal Warga (23 NOv 2023)

 Kejayaan kumpulan Sinaran di Portal Warga



Khamis, November 09, 2023

Lawatan Akademik Fakulti Sains Kesihatan, UKM

Lawatan Akademik Fakulti Sains Kesihatan, UKM ke Jabatan Radioterapi dan Onkologi serta Jabatan Radiologi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah diadakan pada 9 November 2023. 

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Program Pengimejan Perubatan dan Radioterapi di HCTM serta memberi pendedahan persekitaran klinikal kepada pelatih terhadap cara kerja di dalam perkhidmatan Jabatan Radioterapi dan Onkologi serta Jabatan Radiologi, HCTM. 

Lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Dr. Nur Fa’izah Ab. Muin, wakil Ketua Jabatan Radioterapi dan Onkologi. Para pelajar dibawa melawat sekitar kawasan di Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi. Seramai 40 orang pelajar dan 2 orang pegawai pengiring yang terlibat dalam lawatan tersebut.

Lawatan diteruskan ke Jabatan Radiologi. Para pelajar dibawa melihat persekitaran klinikal oleh Encik Mohamad Norman Mohd. Nordin, Ketua Juru X-Ray dan Pengurus Jabatan Radiologi dan Puan Halimah Abdul Ghani, Penyelaras Unit Intervensi, Fluroskopi & Pengimejan Kardiovaskular.







Jumaat, Jun 16, 2023

Mesyuarat Pengurusan Radiologi 2/2023… (16/6/2023)

 Mesyuarat Pengurusan Radiologi 2/2023… (16/6/2023)







Rabu, Jun 14, 2023

Perhimpunan pagi (14 Jun 2023)

Perhimpunan pagi (14 Jun 2023) 





Jumaat, Jun 09, 2023

Tahniah En Mohamad Norman Mohd Nordin, menerima pengiktirafan dan penghargaan khas atas sumbangan dalam bidang KIK untuk UKM dan negara

Tahniah En Mohamad Norman Mohd Nordin, menerima pengiktirafan dan penghargaan khas atas sumbangan dalam bidang KIK untuk UKM dan negara di Malam Gala Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung pada 9 Jun 2023 di Bangi Resort Hotel…

Terima kasih tidak terhingga diatas sokongan tanpa berbelah-bahagi terutamanya dari pihak pengurusan UKM, Kampus Kuala Lumpur, HCTM, JK KIK HCTM, Jabatan Kualiti, Jabatan Radiologi dan semua rakan2 yang terlibat secara langsung dan tidak langsung… Pengiktirafan dan penghargaan ini adalah utk anda semua warga yg sentiasa memberikan sokongan dan dorongan utk kami/ kita bersama2 membawa nama UKM dan negara untuk dikenali dan disegani… 

Malam Gala UKM yg dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah UKM YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd Razak, Naib Canselor UKM YBhg Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Hj. Toriman dan lebih 300 org yg terdiri dari Pengurusan Tertinggi dan pentadbir UKM diadakan utk memberikan pengiktirafan kepada 16 orang pentadbir UKM yg telah memberikan sumbangan dan mencapai kejayaan yg gemilang dalam bidang masing2…

Terima kasih semua. Mogo kejayaan ini akan membakar semangat semua utk bersama2 mengekalkan momentum untuk terus menyumbang kepada masyarakat sejagat dan mencapai kejayaan yg lebih gemilang di masa akan datang… 





Jumaat, Jun 02, 2023

Jabatan Perkhidmatan Radiologi mendapat Penarafan Lima (5) Bintang Bagi Pengurusan Aser Jabatan Tahun 2022


 

Perlantikan Prof Madya Dr Shahizon Azura Mohamed Mukari sebagai Ketua Jabatan Radiologi HCTM

Tahniah diatas perlantikan Prof Madya Dr Shahizon Azura Mohamed Mukari sebagai Ketua Jabatan Radiologi HCTM berkuatkuasa dari 1 Jun 2023 - 31 Mei 2026.


Rabu, Mac 01, 2023

Audit MS-ISO 9001-2015 Jabatan Radiologi 2023

 Audit MS-ISO 9001-2015 Jabatan Radiologi telah diadakan pada:

Tarikh: 1 Mac 2023
Masa: 2.30-4.30 pm