AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, November 29, 2023

Sambutan Hari Radiografi Sedunia Peringkat UKM

Majlis Perasmian Sambutan Hari Radiografi Sedunia Peringkat UKM dan Pelancaran Sistem Pacs Synapse disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) mewakili Pengarah HCTM. Majlis telah diadakan pada 29-30 November 2023 bertempat di Lobi Utama, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Hari Radiografi Sedunia disambut pada 8 November pada setiap tahun dan buat julung kalinya program ini mendapat kerjasama daripada 8 buah jabatan dan unit dari seluruh UKM. Antaranya Bahagian Teknologi Maklumat KKL, Jabatan Radiologi HPKK, Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Jabatan Pengimejan Molekul & Perubatan Nuklear, Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan, Unit Radiologi, Pusat Kesihatan Universiti, Unit Radiologi Jabatan Diagnostik Kraniofasial dan Biosains Fakulti Pergigian dan Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi Fakulti Sains Kesihatan. 

Di samping itu, kejayaan pelaksanaan sistem PACS Synapse iaitu satu sistem penstoran dan pengurusan imej berteknologi canggih dan terkini berasaskan web. Sistem yang diterajui oleh Bahagian Teknologi Maklumat KKL dengan kerjasama Jabatan Radiologi adalah untuk memudahkan proses penyimpanan dan perkongsian imej perubatan secara pantas dan cekap serta membantu meningkatkan kualiti perawatan dan perkhidmatan di HCTM. 

Bersempena sambutan ini, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan kepada masyarakat komuniti yang hadir seperti pemeriksaan payudara dan ultrasound percuma, pameran reruai, kuiz dan ceramah keselamatan MRI.

Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) turut mengucapkan tahniah kepada Kumpulan Sinaran, Jabatan Radiologi yang telah memperolehi anugerah emas di International Convention on Quality Control Circle yang telah berlangsung di Beijing, China baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut adalah Prof. Madya Datin Dr. Shahizon Azura Mohamed Mukari, Ketua Jabatan Radiologi, Ketua-ketua Jabatan dan Warga HCTM.














Tiada ulasan: