AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, Mei 21, 2014

Perhimpunan pagi 21 Mei 2014

Perhimpunan pagi 21 Mei 2014 telah di kendalikan oleh Cik Anis Shamimi Mohd Darus. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dari En. Jefri Abdullah dan sedikit perkongsian mengenai:
...
Sejurus selepas itu, En Metdahie membuat pengumuman mengenai masalah sistem DR Konika. Setiap kakitangan yang ingin memproses imej menggunakan mesin Konika di ingatkan untuk memastikan talian network antara mesin scanner dan workstation dalam keadaan baik.

En. Mohamad Norman pula membuat pengumuman mengenai hasil mesyuarat mengenai tugasan di Unit CT Scan. Mulai bulan Jun 2014 akan terdapat 3 orang bekerja di Unit CT Scan pada waktu pejabat. Petugas ini akan menjalankan semua kes termasuk kes-kes dari Jabatan Perubatan Kecemasan. Petugas lebih masa CT Scan akan mula bertugas di Unit CT Scan pada jam 5.00 petang. Semua kakitangan yang bertugas lebih masa CT Scan harus memastikan beliau berada di Unit CT Scan sebelum tamat waktu pejabat.

Pengumuman terakhir pada hari ini adalah mengenai satu sesi CME akan diadakan pada hari ini yang bertajuk Cardiovascular MRI dan Syngo. CME tersebut akan diadakan di Bilik Konferens pada jam 1.00 tengah hari. Semua kakitangan dijemput hadir.

Perhimpunan berakhir pada jam 8.20 pagi.



1 ulasan:

harryBoy berkata...

lama xjumpa anis.. dh besar dh.. :)