AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, Mei 09, 2014

Mesyuarat pengurusan Jabatan Radiologi

Mesyuarat pengurusan Jabatan Radiologi telah diadakan pada:

Tarikh: 8 Mei 2014
Hari: Khamis
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Radiologi, Prof Hamzaini Abd. Hamid. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan portfolio baru bagi tugasan yang telah ditinggalkan oleh Pn. Fauziah Ramli yang telah menamatkan perkhidmatan beliau (berpencen). Sedikit rombakan juga dilakukan dengan En. Sadon Samian dan En. Mohamad Norman akan berpindah untuk duduk di bilik beliau. Bilik En. Sa'don yang kosong akan di kongsi bersama Pn. Halimah dan Pn. NorAzreena. Pn. Normi pula akan berpindah ke bilik Pn. Roslaili dan Pn. Fazlina. En. Mohd Sharmiezul akan berkongsi bilik bersama En. Mazli dan En. Safwan. 

Semoga rombakan ini akan memberikan kemajuan didalam penstrukturan semula jawatan dan tugasan bagi semua kakitangan pegurusan dan menjadi motivasi untuk semua bekerja dengan lebih cekap dan hebat lagi.



Tiada ulasan: