AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Khamis, November 28, 2013

Perhimpunan pagi 27 November 2013

Perhimpunan pada kali ini di kendalikan oleh Prof Madya Dr. Hamzaini. Perhimpunan dimulakan dengan doa pagi. Pada kali ini Prof. Hamzaini telah berkongsi pengalamannya semasa mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci. Beliau menceritakan bagaimana sifat yang mementingkan diri sendiri wujud dikalangan jemaah haji walaupun semasa mengerjakan ibadah haji. Perkara ini berlaku terutamanya semasa menjalankan ibadah sunat, sentiasa berlumba-lumba dan tidak menghiraukan jemaah lain dan mahu melakukan segalanya dalam keadaan segera. Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku dan kita sepatutnya tidak boleh mementingkan diri sendiri walau apa juga yang kita lakukan.

Di perhimpunan pagi itu juga, pengumuman tentang kejayaan Kumpulan BenuaCIPTA yang telah memenangi Juara Kategori Teknikal Konvensyen KIK peringkat UKM juga telah dibuat. Semua ahli BenuaCIPTA mengambil peluang untuk bergambar dengan Ketua Jabatan semasa perhimpunan diadakan sebagai tanda meraikan kemenangan yang dicapai. En. Norman juga telah mengumumkan bahawa pihak kontraktor telah menyiapkan pemasangan door closure untuk semua pintu di Jabatan Radiologi. Pengumuman mengenai Kejohanan Bowling yang akan berlangsung pada 15 Disember 2013 juga diadakan.

Setelah selesai perhimpunan pagi yang diadakan, semua kakitangan telah dijamu dengan juadah yang di bawa pulang dari Tanah Suci oleh Prof Madya Dr. Hamzaini.



Tiada ulasan: