Lawatan Kerja dan Mesyuarat Kolaborasi antara INTREVENSI PPUKM & AMIEN HUSM telah diadakan seperti berikut:
Tarikh: 22-24 November 2013
Masa: 8.00 am bertolak (2.00 am sampai semula di PPUKM)
Tempat: Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.
Lawatan yang diadakan pada kali ini adalah untuk:
- Membincangkan dan merancang program kolaborasi yang boleh dijalankan diantara dua institusi ke arah perkongsian ilmu dalam bidang radiologi.
- Mengetahui dengan lebih mendalam lagi carakerja (workflow) yang diamalkan di Advance Minimally Invensive and Endovascular Neurointervention (AMIEN).
- Untuk berkongsi pengalaman dalam bidang EIR mengenai pengoperasian dan pentadbiran.
- Mengenalpasti amalan terbaik didalam pengurusan stok dan bekalan pakai habis yang dijalankan.
- Berkongsi pengalaman dalam bidang PACS antara HUSM dan PPUKM.
- Mewujudkan suasana yang baik dikalangan pengendali bidang EIR di rantau ini dengan aktiviti yang akan dijalankan.
Lawatan telah disertai oleh 23 orang kakitangan yang terdiri daripada 3 orang pakar perubatan, 3 orang fellow dari luar negara, 6 orang juru x-ray, 4 orang jururawat, 2 orang pembantu pegawai perubatan dan seorang pembantu klinik.
Mesyuarat kolaborasi yang diadakan telah berjaya menjana pelbagai perkongsian idea yang menarik dan persetujuan yang menguntungkan kedua belah pihak. Pihak AMIEN, HUSM akan menyiapkan borang untuk persedian menandatangani perjanjian (MOE) yang akan diadakan dalam masa terdekat. Semua kakitangan yang menyertai lawatan ini amat berpuas hati dengan pengalaman yang diperolehi sepanjang lawatan di sana. Semoga aktiviti seumpama ini akan dapat dilaksanakan dengan institusi-institusi lain pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan