AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, Januari 13, 2023

Mesyuarat Pra Bengkel Semakan Kadar Caj Radiologi 2023

 Mesyuarat Pra Bengkel Semakan Kadar Caj Radiologi 2023 telah diadakan pada:

Tarikh: 12 Januari 2023
Hari: Khamis
Masa: 8.00-9.00am
Tempat: Bilik Mesyuarat Unit Hasil





Rabu, Januari 04, 2023

Perhimpunan pagi Jabatan Radiologi 4/1/2023

Perhimpunan pagi yg pertama buat tahun ini. (4/1/2023) yg dikendalikan oleh En Fendi. Semoga tahun baru akan memberikan semangat baru pada semua kakitangan utk memberikan perkhidmatan terbaik utk jabatan. 

Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dan takzirah ringkas oleh En Hafizzuddin. Kemudian diikuti dengan pengenalan 4 kakitangan baru yang melaporkan diri. Perhimpunan diikuti dengan pengumuman pelaksanaan audit MSQH yang akan berlangsung tak lama lagi oleh Dr Aida. 

Disusuli dengan ucapan oleh En. Norman yg mengalu2kan kehadiran kakitangan baru dan mengucapkan selamat tahun baru. Tahun baru dengan perubahan baru yg mengharapkan semoga mendapat kerjasama dari semua kakitangan untuk menjadikan segalanya lebih baik.

En Norman juga memberikan pengumuman mengenai pelaksaan projek pertukaran sistem PACS yang sedang berlangsung, sekiranya ada sebarang masalah, boleh laporkan kepada unit PACS. Antara projek besar yg telah siap dan akan dtg tahun ini adalah mesin angiografi, kardiac dan endoscopy… 

Jabatan juga akan memperolehi sebuah mesin mri 3T yg baru dan 3 buah mesin DR yg akan menggantikan mesin yg usang. Semoga jabatan terus maju dan berterusan memberikan perkhidmatan yg termaju, selamat, terbaik dan berkualiti…










Isnin, Januari 02, 2023

Program Orientasi Radiologi 2022

 Program Orientasi Radiologi 2022 telah diadakan pada 2 Dis 2022.







Selasa, Disember 20, 2022

Taklimat pelaksanaan Picture Archiving and Communication Systems Di HCTM

Taklimat pelaksanaan Picture Archiving and Communication Systems Di HCTM telah diadakan pada 20 & 21 Disember 2022