Perhimpunan pagi yg pertama buat tahun ini. (4/1/2023) yg dikendalikan oleh En Fendi. Semoga tahun baru akan memberikan semangat baru pada semua kakitangan utk memberikan perkhidmatan terbaik utk jabatan.
Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dan takzirah ringkas oleh En Hafizzuddin. Kemudian diikuti dengan pengenalan 4 kakitangan baru yang melaporkan diri. Perhimpunan diikuti dengan pengumuman pelaksanaan audit MSQH yang akan berlangsung tak lama lagi oleh Dr Aida.
Disusuli dengan ucapan oleh En. Norman yg mengalu2kan kehadiran kakitangan baru dan mengucapkan selamat tahun baru. Tahun baru dengan perubahan baru yg mengharapkan semoga mendapat kerjasama dari semua kakitangan untuk menjadikan segalanya lebih baik.
En Norman juga memberikan pengumuman mengenai pelaksaan projek pertukaran sistem PACS yang sedang berlangsung, sekiranya ada sebarang masalah, boleh laporkan kepada unit PACS. Antara projek besar yg telah siap dan akan dtg tahun ini adalah mesin angiografi, kardiac dan endoscopy…
Jabatan juga akan memperolehi sebuah mesin mri 3T yg baru dan 3 buah mesin DR yg akan menggantikan mesin yg usang. Semoga jabatan terus maju dan berterusan memberikan perkhidmatan yg termaju, selamat, terbaik dan berkualiti…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan