AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, April 25, 2012

Latihan C-HeTS fasa 2

Latihan C-HeTS fasa 2 bagi Jabatan Radiologi telah diadakan pada:

Tarikh: 25 April 2012
Hari: Rabu
Masa: 2.00-5.00pm


Khamis, April 19, 2012

Bengkel Flow Study

Bengkel Flow Study telah diadakan pada tarikh berikut:

Tarikh: 18 April 2012
Hari: Rabu
Masa: 9.00-1.00 pm


Bengkel ini antara lain telah diadakan untuk memberikan pendedahan kepada kakitagan Jabatan tentang penyelidikan dalam "Flow Study"... Penyelidikan dalam "Flow study" dijalankan menggunakan Angiografi atau MRI akan dijalankan dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas...

Isnin, April 16, 2012

Latihan lanjutan MRI

Latihan lanjutan MRI telah diadakan pada:

Tarikh: 16-20 April 2012
Tempat: Unit MRI

Antara kandungan latihan pada kali ini adalah mengenai:
- Pengimejan neurologi
- Pengimejan kardiak
- Pengimejan hepatobiliari

Semua kakitangan telah dapat mempelajari ilmu baru didalam latihan yang telah diadakan ini.

Jabatan Radiologi Pemenang Anugerah Kualiti Naib Canselor 2011

Tahniah di ucapkan kepada Jabatan Radiologi kerana telah menjadi Pemenang Anugerah Kualiti Naib Canselor bagi tahun 2011. Pengiktirafan ini diberikan kepada Jabatan Radiologi dengan mengambil kira prestasi keseluruhan dari sudut kualiti.  Prestasi keseluruhan mengambil kira kecemerlangan aktiviti-aktiviti dan pengoperasian sesebuah jabatan.  Ini termasuklah aspek kepimpinan, keberkesanan dan kecekapan pengurusan, dan keberkesanan kos di samping aspek-aspek yang berkaitan dengan hasil atau pencapaian daripada amalan Penambahbaikan Kualiti Menyeluruh (PKM).

Kejayaan ini telah membuktikan bahawa Jabatan Radiologi telah mencapai ke suatu tahap yang boleh dibanggakan. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua warga Jabatan Radiologi. Kita seharusnya merasa bangga dengan pencapaian yang telah diiktiraf ini. Semoga pencapaian ini akan memberikan semua kakitangan untuk terus berusaha bagi mengekalkan tahap kualiti yang tinggi sepanjang masa. Majlis penyerahan sijil kejayaan ini telah diadakan pada 13 April 2012 (8.00 malam) di Puri Pujangga UKM.


Isnin, April 09, 2012

AGM Kelab Kebajikan Jabatan Radiologi

AGM Kelab Kebajikan Jabatan Radiologi telah diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh: 7 Mac 2012
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Konferens Jabatan Radiologi

AJK baru telah dilantik pada AGM yang telah diadakan ini. Berikut adalah senarai nama AJK baru yang telah dilantik untuk sesi 2012-2013.

Penaung: Prof Madya Dr. Hamzaini Abd. Hamid
Penasihat: En. Mohd Hishamuddin Malek


Pengerusi            : Dr Nik Azuan B. Nik Ismail
Naib Pengerusi    : Dr Redzuan B. Ismail
Setiausaha           : Pn. Azleena Bt. Alias
Naib Setiausaha  : Pn. Zarina Bt. Ramli
Bendahari           : Pn. Farahana Bt.Mamat
Naib Bendahari   : En. Suhaimi B. Mustafa

AJK:
En. Nizam B. Sobri
En. Mohd Aizat B. Mohd Razlee
Cik. Azmira Bt. Ahmad
En. Halmi B. Samsudin
Dr. Ahmad Nasrizal B.  Zainal
Dr. Aznil B. Hisyam Mahim
Dr. Siti Baizura Bt. Abdul Kadzir
En. Fahmi B. Ibrahim
En. Safwan B. Kassim
Pn. Roslina Bt. Harun

Juru Audit Dalaman:
Dr. Rozman B. Zakaria
Pn. Fazlina Bt. Mohd Amin

Khamis, Mac 29, 2012

Pembentangan AKNC di UKM Bangi

Jabatan Radiologi akan menyertai Anugerah Kualiti Perdana Menteri pada tahun ini. Pembentangan untuk menyertai Anugerah ini telah diadakan pada tarikh seperti berikut: 

Tarikh: 29 Mac 2012 
Masa: 11.00 pagi
Tempat: UKM Bangi.

Selamat maju jaya kepada semua.

Selasa, Mac 27, 2012

Persidangan TWIN 2013

Persidangan TWIN 2013 telah diadakan pada:

Tarikh: 24-26 March 2012
Tempat: The Garden Hotel, UPM dan PPUKM


Jumaat, Mac 09, 2012

Keputusan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Peringkat IPTA Kali Ke -8 Tahun 2012

Keputusan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Peringkat IPTA Kali Ke -8 Tahun 2012

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan BenuaCIPTA yang telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Peringkat IPTA yang diadakan pada: 

Tarikh: 6-8 Mac 2012
Tempat: International Islamic University Malaysia

Kumpulan Benua Cipta dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM telah mendapat Anugerah Emas dan Naib Johan Kategori Teknikal.

Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan ini. Untuk makumat lanjut dan keputusan penuh berkaitan konvensyen ini, sila layari http://www.iium.edu.my/icc

Selasa, Februari 28, 2012

Latihan penggunaan CD writer IT-PACS

Latihan penggunaan CD writer IT-PACS telah diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh: 29 Februari 2012
Masa: 2.00-5.00 petang

Petugas Unit IT-PACS telah diberikan pendedahan fungsi dan kegunaan CT writer yang telah diperolehi semasa latihan diadakan.


Isnin, Februari 20, 2012

Gotong royong Jabatan Radiologi

Gotong royong Jabatan Radiologi yang pertama kalinya diadakan pada tahun ini telah diadakan pada:

Tarikh: 17 Februari 2012
Masa: 3.00 petang