AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Isnin, April 16, 2012

Jabatan Radiologi Pemenang Anugerah Kualiti Naib Canselor 2011

Tahniah di ucapkan kepada Jabatan Radiologi kerana telah menjadi Pemenang Anugerah Kualiti Naib Canselor bagi tahun 2011. Pengiktirafan ini diberikan kepada Jabatan Radiologi dengan mengambil kira prestasi keseluruhan dari sudut kualiti.  Prestasi keseluruhan mengambil kira kecemerlangan aktiviti-aktiviti dan pengoperasian sesebuah jabatan.  Ini termasuklah aspek kepimpinan, keberkesanan dan kecekapan pengurusan, dan keberkesanan kos di samping aspek-aspek yang berkaitan dengan hasil atau pencapaian daripada amalan Penambahbaikan Kualiti Menyeluruh (PKM).

Kejayaan ini telah membuktikan bahawa Jabatan Radiologi telah mencapai ke suatu tahap yang boleh dibanggakan. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua warga Jabatan Radiologi. Kita seharusnya merasa bangga dengan pencapaian yang telah diiktiraf ini. Semoga pencapaian ini akan memberikan semua kakitangan untuk terus berusaha bagi mengekalkan tahap kualiti yang tinggi sepanjang masa. Majlis penyerahan sijil kejayaan ini telah diadakan pada 13 April 2012 (8.00 malam) di Puri Pujangga UKM.


Tiada ulasan: