Majlis sambutan hari lahir bagi kelahiran September - Disember 2011 telah diadakan pada:
Tarikh: 28 Disember 2011
Masa: 4.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi, PPUKM.
AKTIVITI AKAN DATANG...
...TBA...
Khamis, Disember 29, 2011
Jumaat, Disember 02, 2011
Jumaat, November 25, 2011
Expo BioMalaysia 2011...
Jabatan Radiologi telah di wakili oleh Kumpulan BenuaCIPTA pada expo yang di adakan ini... Dua buah ciptaan iaitu X-TRAP dan CTP-Shield telah dibawa untuk pertandingan yang diadakan... Expo BioMalaysia 2011 dan 2011 Pacific Rim Summit On Industrial and Bio Energy ini telah di rasmikan oleh Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak... Di Kuala Lumpur Convention Centre pada 21-23 November 2011...
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan BenuaCIPTA kerana telah berjaya memenangi pingat Perak didalam pertandingan yang diadakan...
Khamis, November 17, 2011
Latihan penggunaan digitizer
Jabatan Radiologi baru sahaja memperolehi mesin digitizer yang baru. Sejajar dengan itu latihan penggunaannya telah diadakan untuk semua ahli IT-PACS... Latihan telah diadakan pada:
Tarikh: 15-16 November 2011
Masa: 9.00 am - 5.00 pm
Bilangan peserta: 16 orang
Penceramah jemputan telah disediakan oleh syarikat pembekal mesin digitizer tersebut. Latihan telah diadakan selama 2 hari dan dijalankan dalam 2 sesi. Semua kakitangan yang telah mengambil bahagian berpuas hati dengan latihan yang dijalani...
Ahad, November 13, 2011
Konvensyen Inovatif & Kreatif Ke-16 UKM 2011
Konvensyen KIK peringkat UKM kali ke-16 (2011) telah diadakan pada:
Tarikh: 9 November 2011
Hari: Rabu
Tempat: Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM.
Konvensyen kali ini telah disertai oleh 22 kumpulan yang terdiri daripada 16 kumpulan dalam kategori pengurusan dan 6 kumpulan dari kategori teknikal. PPUKM telah diwakili oleh 11 pasukan, 6 pasukan dalam kategori pengurusan dan 5 pasukan yang menyertai pertandingan dalam kategori teknikal.
Pada konvensyen KIK Peringkat UKM pada kali ini, Jabatan Radiologi telah diwakili oleh kumpulan BenuaCIPTA. Tahniah diucapkan kepada kumpulan BenuaCIPTA kerana telah memenangi hadiah dalam kategori Fasilitator terbaik (kategori teknikal) - Dr Nik Azuan Nik Ismail (BenuaCIPTA, Jabatan Radiologi, PPUKM) dan telah memenangi Johan dalam kategori Teknikal.
Tahniah diucapkan kepada semua.
Jumaat, Oktober 21, 2011
Konvensyen Innovative and Creative Circle peringkat Kebangsaan
Tahniah diucapkan kepada Kumpulan SINARAN dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi PPUKM yang mendapat anugerah emas 3 bintang dan menjadi Naib Johan bagi Kategori Sektor Awam dalam pertandingan Konvensyen ICC peringkat Kebangsaan 2011 serta terpilih sebagai 10 kumpulan terbaik dan akan mewakili Malaysia pada Konvensyen ICC peringkat antarabangsa.
Konvensyen peringkat Kebangsaan 2011 tersebut telah diadakan pada 19-20 Oktober 2011 di Sunway Convention Center, Selangor.
Syabas di atas kejayaan tersebut.
Selasa, Oktober 18, 2011
Lawatan kerja ke RSUPN Dr Ciptomangunkusumo...
Lawatan ke rumah sakit umum pusat nasional Dr Ciptomangunkusumo, Jakarta, Indonesia telah diadakan pada tarikh seperti berikut:
Tarikh: 14 Oktober 2011
Hari: Jumaat
Lawatan telah di sertai oleh 21 orang dari Jabatan Radiologi yang terdiri daripada pakar radiologi, juru x-ray, jururawat dan pembantu klinik... Rombongan juga di sertai oleh seorang pakar bedah vaskular dan seorang pakar anestesiologi...
Rombongan telah di sambut oleh pakar radiologi dan kakitangan RSUPN Dr Ciptomangunkusumo dan di bawa melawat ke Jabatan Radiologi dan sekitar rumah sakit...
Semua kakitangan yang menyertai lawatan kerja ini berpuas hati dengan aktiviti lawatan yang di sertai... Banyak pengalaman menarik yang di perolehi sepanjang lawatan diadakan... Kakitangan rumah sakit tersebut begitu mesra dan seronok untuk berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan antara satu dengan yang lain... Moga lawatan seumpama ini dapat dianjurkan lagi dimasa akan datang...
Khamis, Oktober 13, 2011
Sanggar kerja Jabatan Radiologi 2011
Sanggar kerja Jabatan Radiologi telah diadakan seperti berikut:
Tarikh : 11th - 12th October 2011
Tempat : Pullman Hotel Putrajaya Malaysia
Sanggar kerja ini diadakan untuk membuat perancangan jangka panjang hala tuju jabatan untuk 5 tahun akan datang yang perlu dirangka lebih awal. Perancangan jangka pendek dalam menentukan hala tuju jabatan pada tahun 2012 perlu dirangka dengan teliti yang melibatkan semua kakitangan pengurusan jabatan. Keperluan peringkat jabatan perlu diracang lebih awal bagi membuat unjuran pada tahun 2012 supaya perlaksanaannya berjalan lancar dan teratur. Permohonan bajet perlu dirancang lebih awal supaya pihak yang bertanggungjawab dapat membuat semakan dengan baik. Perlaksanaan bagi program penyelidikan, latihan dan bengkel pada tahun 2012 dapat disusun secara teratur supaya segala program yang dirancang akan berjalan lancar. Pembahagian tugas kakitangan dapat diagihkan secara berkesan dan boleh bekerja secara berkumpulan.
Objektif sanggar kerja pada kali ini adalah untuk:
- Merancang dan merangka hala tuju jabatan dalam tempoh 5 tahun akan datang dan sepanjang tahun 2012.
- Merangka keperluan jabatan bagi 5 tahun akan datang dan pada tahun 2012 dari aspek perjawatan kakitangan, keperluan peralatan dan infrastruktur.
- Merangka bajet bagi keperluan yang telah ditetapkan untuk diajukan kepada pihak pengurusan atasan.
- Merancang latihan dan bengkel sepanjang tahun 2012.
- Membincangkan isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kualiti perkhidmatan.
- Memupuk semangat kerjasama di kalangan kakitangan bagi memastikan objektif jabatan untuk memberikan perkhidamatan yang berkualiti kepada pelanggan sentiasa di tahap yang membanggakan
Bengkel yang diadakan selama 2 hari ini telah dijalankan dengan jayanya.
Isnin, Oktober 10, 2011
KLIC 2011
Seminar Kuala Lumpur Interventional Course (KLIC 2011) telah diadakan pada tarikh seperti berikut:
Tarikh: 6-8 Oktober 2011
Masa: 8.00am - 5.00 pm
Tempat: Manhatan II, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.
Seminar yang dianjurkan oleh iMAGIC-UKM ini telah berjaya menarik minat lebih dari 120 peserta dari dalam dan luar negara. Dengan sambutan dan kejayaan seminar yang diadakan, iMAGIC-UKM kan menganjurkan lagi seminar seumpanya pada tahun 2013 nanti. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa penganjur dan semua yang terlibat didalam menganjurkan seminar yang diadakan.
Khamis, September 29, 2011
Jamuan Hari Raya Jabatan Radiologi 2011
Jamuan Hari Raya Jabatan Radiologi 2011 telah diadakan pada 28 September 2011 yang lalu... Pelbagai juadah menarik telah disajikan kepada para pengunjung. Ianya dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dekan, Timbalan Dekan, KPO dan Ketua-ketua Jabatan...
Gambar jamuan tersebut boleh di lihat di:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2427224841067.2139935.1264948135&l=c706c1d94f&type=1
Langgan:
Catatan (Atom)