AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, Januari 21, 2015

Perhimpunan pagi 21 Januari 2015

Perhimpunan pagi 21 Januari 2015 telah dikendalikan oleh Pn. Fazlina Mohd Amin. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa pagi oleh En. Jefri. Kemudian perhimpunan di ikuti dengan sebuah cerita tauladan yang disampaikan oleh Pn. Fazlina mengenai kesah tauladan arnab dan kura-kura. Beliau menceritakan betapa banyaknya pengajaran yang boleh di lihat dari kisah arnab dan kura-kura ini. 

Perhimpunan diikuti dengan pengumuman dari En. Hishamuddin dan En. Mazli mengenai disiplin kakitangan dan ISO. Perhimpunan berakhir pada jam 8.40 pagi. 





Selasa, Januari 20, 2015

Mesyuarat pengurusan bil 1/2015

Mesyuarat pengurusan bil 1/2015 telah diadakan pada:

Tarikh: 19 Januari 2015
Masa: 10.30 am -1.30 tgh
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi, PPUKM

Antara perkara yang dibincangkan didalam mesyuarat yang diadakan ini adalah.
  1. En. Sadon akan ambil alih roster, cuti jxr dan roster oncall mulai 1 Mac 2015.
  2. Pn. Roslaili akan buat roster pk, cuti pk, oncall dan el/mc pk.
  3. Oncall ct akan diberi sama rata tanpa kita individu atau hari kecuali tukar suka sama suka.
  4. Oncall angio. Tiada pengecualian utk semua yg boleh buat angio. Semua ktgn yg buat angio kena buat oncall. Walau bagaimanapun En sadon akan discuss balik dgn oncall angio pasal pembahagian hari cuti samada secara penuh atau dibahagi kepada 2.
Peringatan mengenai cuti kecemasan dan MC.
Masih terdapat ramai lagi kakitangan yang mengambil mudah dengan prosedur penyerahan dokumen yang diperlukan sekiranya mengambil EL dan MC.
  1. Tidak menyerahkan EL atau MC dalam tempoh 1 minggu selepas mengambil EL atau MC. EL atau MC perlu diserahkan kepada penyelia masing2 dalam tempoh 1 minggu. Sekiranya tidak berbuat demikian. Tindakan potong gaji akan dikenakan kepada kakitangan. Peraturan ini sudah lama di maklumkan dan merujuk kepada peraturan JPA.
  2. Prosedur penyerahan MC. Lekatkan MC pada kertas sijil cuti sakit dan photostat. Salinan asal MC diserahkan kepada pejabat dan salinan photostat mc diserahkan kepada penyelia EL/MC U42 atau U36.
  3. Prosedur penyerahan EL. Isi borang penjelasan cuti kecemasan dan isi cuti secara online. Serahkan borang penjelasan EL, cetakan ewarga permohonan cuti kecemasan dan bukti2 berkaitan dan serahkan kepada penyelia EL/MC.
Harap semua dapat memenuhi peraturan diatas. Tindakan potong gaji serta merta tanpa surat amaran akan dikenakan sekiranya kakitangan yg mengambil EL dan MC tidak menyerahkan dokumen yg diperlukan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekian terima kasih untuk makluman semua.



Isnin, Januari 19, 2015

Majlis perhimpunan kakitangan PPUKM Bil 1/2015

Majlis perhimpunan kakitangan PPUKM Bil 1/2015 telah diadakan pada:

Tarikh: 19 Januari 2015
Hari: Isnin
Masa: 8.00 - 10.30 pagi
Tempat: Auditorium PPUKM

Bersempena majlis perhimpunan kakitangan PPUKM Bil 1/2015, Jabatan Radiologi di jemput untuk menerima hadiah KIK dan menyertai pameran inovasi KIK. Jabatan Radiologi telah diwakili oleh Kumpulan BenuaCIPTA dan Kumpulan Sinaran. 





Jumaat, Januari 16, 2015

Persediaan pameran inovasi KIK bersempena dengan Majlis Perhimpunan Pagi PPUKM bil 1/2015

Persediaan pameran inovasi KIK bersempena dengan Majlis Perhimpunan Pagi PPUKM bil 1/2015 telah diadakan pada 16 Januari 2015. Dua kumpulan dari Jabatan Radiologi akan mengambil bahagian didalam pameran ini. Kumpulan yang terlibat adalah Kumpulan Sinaran dan Kumpulan BenuaCIPTA yang akan mempamerkan hasil projek inovasi dari kumpulan masing-masing. Perhimpunan pagi akan diadakan pada 19 Januari 2015. Selamat maju jaya diucapkan kepada kedua-dua kumpulan.







Mesyuarat ISO 1/2015

Mesyuarat ISO 1/2015 peringkat Jabatan Radiologi telah diadakan pada:

Tarikh: 16 Januari 2015
Hari: Jumaat
Masa: 3.30 petang

Mesyuarat ini diadakan sebagai persediaan untuk menghadapi audit ISO yang akan dijalankan pada 21-23 Januari 2015. Semua kakitangan dikehendaki bersedia di unit masing-masing bagi audit yang akan dijalankan ini. Perhatian harus diberikan kepada teguran audit yang lepas dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.





Khamis, Januari 15, 2015

Mesyuarat kakitangan bil 1/2015

Mesyuarat kakitangan bil 1/2015 telah diadakan pada:

Tarikh: 14 Januari 2015
Hari: Rabu
Tempat: Bilik Tutorial Jabatan Radiologi

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Jabatan. Pelbagai isu telah dibincangkan didalam mesyuarat yang telah diadakan ini. Mesyuarat kakitangan diadakan sebanyak 2 kali dalam setahun.




Rabu, Januari 14, 2015

Perhimpunan pagi 14 Januari 2015

Perhimpunan pagi pada kali ini dikendalikan oleh En. Mohamad Hafidz Bin Mohamad. Beliau menceritakan tentang tentang musibah banjir yang berlaku baru-baru ini di Pantai Timur. Perhimpunan di ikuti dengan pengumuman oleh En. Hishamuddin mengenai mesyuarat kakitangan yang akan diadakan pada petang nanti. En. Mazli pula membuat pengumunan mengenai audit ISO yang akan dijalankan pada minggu hadapan (21-23 Januari 2015).

Perhimpunan berakhir dengan pengumuman dan sesi memperkenalkan diri seorang kakitangan baru melaporkan diri. Nama beliau adalah Saidatun Nafisah bt Ismail. Tahniah kerana menjadi warga terbaru Jabatan Radiologi dan selamat bertugas.