AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Isnin, Mei 27, 2013

Konvensyen KIK peringkat IPTA ke-9

Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Sinaran kerana telah berjaya mewakili UKM di dalam Konvensyen KIK peringkat IPTA ke-9.

Konvensyen telah diadakan pada:
Tarikh: 20-22 Mei 2013
Tempat: Universiti Utara Malaysia.

Kumpulan Sinaran (Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM) telah membentangkan projek yang bertajuk Kadar kerisauan yang tinggi semasa pemeriksaan MRI di Jabatan Radiologi. Kumpulan telah berjaya memenangi pingat perak dalam konvensyen yang diadakan ini. Bertemu lagi di konvensyen akan datang.



Ahad, Mei 19, 2013

Lawatan ke Pusat Perubatan Sime Darby, Ara Damansara

Unit EIR Jabatan Radiologi telah membuat acara lawatan ke Pusat Perubatan Sime Darby, Ara Damansara. Lawatan telah diadakan pada:

Tarikh: 18 Mei 2013
Masa: 9.00am - 12.00pm
Tempat: Pusat Perubatan Sime Darby, Ara Damansara. 

Seramai 32 orang telah bersama-sama melawat ke Pusat Perubatan Sime Darby, Ara Damansara ini. Pusat Perubatan ini menawarkan pelbagai fasiliti tercanggih dan susun atur bilik yang menarik. Semua peserta amat berpuas hati dengan lawatan yang telah disertai.


Rabu, Mei 15, 2013

Audit 5S Pusat Perubatan UKM

Audit 5S Pusat Perubatan UKM telah berlangsung pada:

Tarikh: 14 Mei 2013
Hari: Selasa
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Audit 5S ini dijalankan oleh MPC (Malaysian Productivity Corporation). Jabatan Radiologi telah menjadi salah satu daripada jabatan yang telah tersenarai untuk diaudit pada kali ini. Juru audit dari MPC telah di bawa untuk melawat ke Zon Gamma dan Zon Ultra didalam audit yang dijalankan pada kali ini.

Dari dari audit yang dijalankan, juru audit dari MPC telah berpuas hati dengan kebersihan, kekemasan, susun atur, keseragaman dan amalan 5s yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Radiologi. Malah ada juga idea-idea menarik dari kawasan yang dilawati boleh dicontohi dan diamalkan oleh kumpulan 5s yang lain. Secara keseluruhannya, audit yang dijalankan pada kali ini telah berjaya dan persijilan 5s bagi Pusat Perubatan UKM telah dilanjutkan lagi untuk 1 tahun lagi. Tahniah diucapkan kepada semua yang berusaha bagi menjayakan program 5s ini.


Sabtu, Mei 11, 2013

Gotong royong perdana Jabatan Radiologi 2013

Gotong royong perdana Jabatan Radiologi telah diadakan pada

Tarikh: 11 May 2013
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi -12.30 tengahari

Gotong royong di adakan bersempena persediaan audit 5S yang akan diadakan pada 14 Mei 2013. Semua kakitangan telah memberikan kerjasama didalam gotong-royong yang diadakan. Semoga aktiviti seumpama ini akan dapat dianjurkan lagi dan mendapat kerjasama yang mampan dari semua kakitangan. Minum pagi dan makan tengahari telah ditaja oleh Pn. Farizwana Mohd Ridzuan kerana beliau telah berjaya mendapat jawatan tetap di Jabatan Radiologi. Tahniah juga kepada semua dan Pn. Farizwana Mohd Ridzuan (Pegawai Penyelidik Jabatan Radiologi).


 

Rabu, Mei 08, 2013

Perhimpunan pagi 8 Mei 2013

Perhimpunan pada kali ini di kendalikan oleh En. Mohamad Norman. Seperti biasa perhimpunan pagi dimulakan dengan bacaan doa. Selepas sahaja bacaan doa, En. Mohamad Norman berkongsi sebuah artikel mengenai bahaya fitnah untuk dikongsi bersama. Berikut adalah artikel yang dikongsi:
Bahaya Fitnah
Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan SMS, laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.
Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.
Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.
Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.
Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.
Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.
Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.
Selepas En. Mohamad Norman berkongsi artikel tersebut. Sesi untuk membuat pengumuman di buka. Pengumunan hari ini adalah mengenai Gotong Royong Perdana yang akan dijalankan pada 11 Mei ini oleh Pn. S. Elavarasi. Gotong royong ini wajib untuk dihadiri oleh semua kakitangan Jabatan Radiologi. Semua kakitangan di kehendaki bekerjasama didalam menjayakan aktiviti ini kerana pada minggu hadapan, satu audit 5S akan dijalankan. Zon Gamma dan Zon Alfa telah disenaraikan untuk diaudit oleh Jawatankuasa 5S Pusat PPUKM. 

Khamis, Mei 02, 2013

Isnin, April 29, 2013

Annual general meeting Kelab Kebajikan dan Sosial Jabatan Radiologi, PPUKM.

Annual general meeting Kelab Kebajikan dan Sosial Jabatan Radiologi, PPUKM telah diadakan pada:

Tarikh: 25 April 2013
Hari: Khamis
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Konferens Jabatan Radiologi, PPUKM.

Mesyuarat telah diadakan dengan ucapan kata-kata aluan dari Ketua Jabatan. Selepas itu, pengerusi kelab telah memberikan ucapan dan diikuti dengan pembentangan laporan kewangan oleh bendahari kelab kebajikan. Antara aktiviti lain yang diadakan adalah perlantikan penolong setiausaha baru dan cabutan bertuah yang menawarkan 14 keping voucer hadiah. Majlis telah ditamatkan dengan jamuan petang.


Rabu, April 24, 2013

CME Jabatan Radiologi April 2013

CME Jabatan Radiologi pada bulan April 2013 telah diadakan seperti berikut:

Tarikh: 24 April 2013
Masa: 1.00-2.00 tengahari
Tempat: Bilik Konferens Jabatan Radiologi
Tajuk: "The Gold Standard in Radiation Protection" (RADPAD)


RADPAD® Shields adalah produk Perlindungan Sinaran dari Amarika Syarikat yang merupakan peneraju dunia dalam perlindungan sinaran serakan yang secara langsung mengurangkan pendedahan radiasi serakan kepada kakitangan perubatan semasa prosedur fluoroskopi. Ianya ringan, fleksibel dan bebas plumbum. Alat perlindungan radiasi RADPAD® telah didokumenkan didalam lebih daripada 18 kajian klinikal untuk memberikan kepada kadar pengurangan 95% dalam sinaran serakan.


Maklumat lanjut mengenai produk ini boleh didapati www.radpad.com

Isnin, April 15, 2013

KIK IPTA 2013

Kumpulan Sinaran dari Jabatan Radiologi telah terpilih untuk menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2013, Institut Pengajian Tinggi Awam, yang akan berlangsung pada:

Tarikh: 20-23 May 2013
Hari: Isnin-Rabu
Tempat: Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Tahniah dan selamat maju jaya untuk Kumpulan Sinaran.

Rabu, Mac 06, 2013

Persidangan TWIN 2013

Persidangan TWIN 2013 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh Jabatan Radiologi PPUKM. Persidangan in telah berlangsung pada: 

Tarikh: 2-5 Mac 2013 
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Berjaya Times Square Hotel

Persidangan yang berlangsung selama 4 hari ini memberikan pendedahan kepada para peserta yang terdiri daripada pelbagai negara. Hari pertama dan kedua, persidangan ini diadakan di Berjaya Times Square Hotel yang dipenuhi dengan aktiviti perbincangan kes dan berkongsi pengalaman dengan pendekatan dan tekologi terkini yang digunakan. Pada hari ketiga pula persidangan beralih kepada Fakulti Verterina, Universiti Putra Malaysia. Hari keempat persidangan diteruskan di Pusat Perubatan UKM.