AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Selasa, Mac 27, 2012

Persidangan TWIN 2013

Persidangan TWIN 2013 telah diadakan pada:

Tarikh: 24-26 March 2012
Tempat: The Garden Hotel, UPM dan PPUKM


Jumaat, Mac 09, 2012

Keputusan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Peringkat IPTA Kali Ke -8 Tahun 2012

Keputusan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Peringkat IPTA Kali Ke -8 Tahun 2012

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan BenuaCIPTA yang telah menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif Peringkat IPTA yang diadakan pada: 

Tarikh: 6-8 Mac 2012
Tempat: International Islamic University Malaysia

Kumpulan Benua Cipta dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM telah mendapat Anugerah Emas dan Naib Johan Kategori Teknikal.

Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan ini. Untuk makumat lanjut dan keputusan penuh berkaitan konvensyen ini, sila layari http://www.iium.edu.my/icc

Selasa, Februari 28, 2012

Latihan penggunaan CD writer IT-PACS

Latihan penggunaan CD writer IT-PACS telah diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh: 29 Februari 2012
Masa: 2.00-5.00 petang

Petugas Unit IT-PACS telah diberikan pendedahan fungsi dan kegunaan CT writer yang telah diperolehi semasa latihan diadakan.


Isnin, Februari 20, 2012

Gotong royong Jabatan Radiologi

Gotong royong Jabatan Radiologi yang pertama kalinya diadakan pada tahun ini telah diadakan pada:

Tarikh: 17 Februari 2012
Masa: 3.00 petang

Sabtu, Februari 11, 2012

Kejohanan Badminton Tertutup Jabatan Radiologi

Kejohanan badminton tertutup Jabatan Radiologi telah diadakan pada: 

Tarikh: 11 Februari 2012 
Masa: 10.00 am - 2.00 pm 
Tempat: Challanger Sports Centre, Cheras, Kuala Lumpur. 

Kejohanan yang buat julung kalinya ini dianjurkan oleh kelab badminton dan kelab kebajikan. Ianya telah menarik sebanyak 20 penyertaan dari kategori lelaki dan 18 penyertaan dari kategori wanita. Semua peserta di undi untuk dipasangkan menjadi bergu. Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang. 

Kategori lelaki 
Johan: Hairul Amri Mohamod / Mohd. Safwan Kassim 
Naib johan: Dr Laxman / Muhammad Khanif Masoud
Ketiga: Mohd Adzha Yahya / Hafidz Mohamad
Keempat: Muhammad Nizam Mohd Sobri / Mohd Shahril Mohd Shamsul

Kategori wanita 
Johan: Azleena Alias / Siti Salwani Ali
Naib johan: Dr Shahizon Azura Mohd Mukari / Mastura Ariffin
Ketiga: Norazreena Abd Ghani / Noorazlina Hussin
Keempat: Nooradila Zolkifli / Azmira Ahmad

Kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya. Tahniah kepada penganjur. Semoga kejohanan seumpama ini akan di adakan lebih kerap lagi di masa hadapan.


Khamis, Disember 29, 2011

Majlis sambutan hari lahir

Majlis sambutan hari lahir bagi kelahiran September - Disember 2011 telah diadakan pada:

Tarikh: 28 Disember 2011
Masa: 4.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi, PPUKM.


Jumaat, Disember 02, 2011

Penghargaan kerana kecemerlangan perkhidmatan


Jumaat, November 25, 2011

Expo BioMalaysia 2011...



Jabatan Radiologi telah di wakili oleh Kumpulan BenuaCIPTA pada expo yang di adakan ini... Dua buah ciptaan iaitu X-TRAP dan CTP-Shield telah dibawa untuk pertandingan yang diadakan... Expo BioMalaysia 2011 dan 2011 Pacific Rim Summit On Industrial and Bio Energy ini telah di rasmikan oleh Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak... Di Kuala Lumpur Convention Centre pada 21-23 November 2011...

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan BenuaCIPTA kerana telah berjaya memenangi pingat Perak didalam pertandingan yang diadakan...



Khamis, November 17, 2011

Latihan penggunaan digitizer

Jabatan Radiologi baru sahaja memperolehi mesin digitizer yang baru. Sejajar dengan itu latihan penggunaannya telah diadakan untuk semua ahli IT-PACS... Latihan telah diadakan pada:

Tarikh: 15-16 November 2011
Masa: 9.00 am - 5.00 pm
Bilangan peserta: 16 orang

Penceramah jemputan telah disediakan oleh syarikat pembekal mesin digitizer tersebut. Latihan telah diadakan selama 2 hari dan dijalankan dalam 2 sesi. Semua kakitangan yang telah mengambil bahagian berpuas hati dengan latihan yang dijalani...

Ahad, November 13, 2011

Konvensyen Inovatif & Kreatif Ke-16 UKM 2011


Konvensyen KIK peringkat UKM kali ke-16 (2011) telah diadakan pada:

Tarikh: 9 November 2011
Hari: Rabu
Tempat: Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM.

Konvensyen kali ini telah disertai oleh 22 kumpulan yang terdiri daripada 16 kumpulan dalam kategori pengurusan dan 6 kumpulan dari kategori teknikal. PPUKM telah diwakili oleh 11 pasukan, 6 pasukan dalam kategori pengurusan dan 5 pasukan yang menyertai pertandingan dalam kategori teknikal.

Pada konvensyen KIK Peringkat UKM pada kali ini, Jabatan Radiologi telah diwakili oleh kumpulan BenuaCIPTA. Tahniah diucapkan kepada kumpulan BenuaCIPTA kerana telah memenangi hadiah dalam kategori Fasilitator terbaik (kategori teknikal) - Dr Nik Azuan Nik Ismail (BenuaCIPTA, Jabatan Radiologi, PPUKM) dan telah memenangi Johan dalam kategori Teknikal.

Tahniah diucapkan kepada semua.