AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Khamis, November 17, 2011

Latihan penggunaan digitizer

Jabatan Radiologi baru sahaja memperolehi mesin digitizer yang baru. Sejajar dengan itu latihan penggunaannya telah diadakan untuk semua ahli IT-PACS... Latihan telah diadakan pada:

Tarikh: 15-16 November 2011
Masa: 9.00 am - 5.00 pm
Bilangan peserta: 16 orang

Penceramah jemputan telah disediakan oleh syarikat pembekal mesin digitizer tersebut. Latihan telah diadakan selama 2 hari dan dijalankan dalam 2 sesi. Semua kakitangan yang telah mengambil bahagian berpuas hati dengan latihan yang dijalani...

Ahad, November 13, 2011

Konvensyen Inovatif & Kreatif Ke-16 UKM 2011


Konvensyen KIK peringkat UKM kali ke-16 (2011) telah diadakan pada:

Tarikh: 9 November 2011
Hari: Rabu
Tempat: Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM.

Konvensyen kali ini telah disertai oleh 22 kumpulan yang terdiri daripada 16 kumpulan dalam kategori pengurusan dan 6 kumpulan dari kategori teknikal. PPUKM telah diwakili oleh 11 pasukan, 6 pasukan dalam kategori pengurusan dan 5 pasukan yang menyertai pertandingan dalam kategori teknikal.

Pada konvensyen KIK Peringkat UKM pada kali ini, Jabatan Radiologi telah diwakili oleh kumpulan BenuaCIPTA. Tahniah diucapkan kepada kumpulan BenuaCIPTA kerana telah memenangi hadiah dalam kategori Fasilitator terbaik (kategori teknikal) - Dr Nik Azuan Nik Ismail (BenuaCIPTA, Jabatan Radiologi, PPUKM) dan telah memenangi Johan dalam kategori Teknikal.

Tahniah diucapkan kepada semua.


Jumaat, Oktober 21, 2011

Konvensyen Innovative and Creative Circle peringkat Kebangsaan

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan SINARAN dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi PPUKM yang mendapat anugerah emas 3 bintang dan menjadi Naib Johan bagi Kategori Sektor Awam dalam pertandingan Konvensyen ICC peringkat Kebangsaan 2011 serta terpilih sebagai 10 kumpulan terbaik dan akan mewakili Malaysia pada Konvensyen ICC peringkat antarabangsa.

Konvensyen peringkat Kebangsaan 2011 tersebut telah diadakan pada 19-20 Oktober 2011 di Sunway Convention Center, Selangor. 

Syabas di atas kejayaan tersebut.



Selasa, Oktober 18, 2011

Lawatan kerja ke RSUPN Dr Ciptomangunkusumo...

Lawatan ke rumah sakit umum pusat nasional Dr Ciptomangunkusumo, Jakarta, Indonesia telah diadakan pada tarikh seperti berikut: Tarikh: 14 Oktober 2011 Hari: Jumaat Lawatan telah di sertai oleh 21 orang dari Jabatan Radiologi yang terdiri daripada pakar radiologi, juru x-ray, jururawat dan pembantu klinik... Rombongan juga di sertai oleh seorang pakar bedah vaskular dan seorang pakar anestesiologi... 

Rombongan telah di sambut oleh pakar radiologi dan kakitangan RSUPN Dr Ciptomangunkusumo dan di bawa melawat ke Jabatan Radiologi dan sekitar rumah sakit... Semua kakitangan yang menyertai lawatan kerja ini berpuas hati dengan aktiviti lawatan yang di sertai... Banyak pengalaman menarik yang di perolehi sepanjang lawatan diadakan... Kakitangan rumah sakit tersebut begitu mesra dan seronok untuk berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar pandangan antara satu dengan yang lain... Moga lawatan seumpama ini dapat dianjurkan lagi dimasa akan datang...


Khamis, Oktober 13, 2011

Sanggar kerja Jabatan Radiologi 2011

Sanggar kerja Jabatan Radiologi telah diadakan seperti berikut:

Tarikh : 11th - 12th October 2011
Tempat : Pullman Hotel Putrajaya Malaysia

Sanggar kerja ini diadakan untuk membuat perancangan jangka panjang hala tuju jabatan untuk 5 tahun akan datang yang perlu dirangka lebih awal. Perancangan jangka pendek dalam menentukan hala tuju jabatan pada tahun 2012 perlu dirangka dengan teliti yang melibatkan semua kakitangan pengurusan jabatan. Keperluan peringkat jabatan perlu diracang lebih awal bagi membuat unjuran pada tahun 2012 supaya perlaksanaannya berjalan lancar dan teratur. Permohonan bajet perlu dirancang lebih awal supaya pihak yang bertanggungjawab dapat membuat semakan dengan baik. Perlaksanaan bagi program penyelidikan, latihan dan bengkel pada tahun 2012 dapat disusun secara teratur supaya segala program yang dirancang akan berjalan lancar. Pembahagian tugas kakitangan dapat diagihkan secara berkesan dan boleh bekerja secara berkumpulan.

Objektif sanggar kerja pada kali ini adalah untuk:
  • Merancang dan merangka hala tuju jabatan dalam tempoh 5 tahun akan datang dan sepanjang tahun 2012. 
  • Merangka keperluan jabatan bagi 5 tahun akan datang dan pada tahun 2012 dari aspek perjawatan kakitangan, keperluan peralatan dan infrastruktur.
  • Merangka bajet bagi keperluan yang telah ditetapkan untuk diajukan kepada pihak pengurusan atasan.
  • Merancang latihan dan bengkel sepanjang tahun 2012.
  • Membincangkan isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kualiti perkhidmatan.
  • Memupuk semangat kerjasama di kalangan kakitangan bagi memastikan objektif jabatan untuk memberikan perkhidamatan yang berkualiti kepada pelanggan sentiasa di tahap yang membanggakan
Bengkel yang diadakan selama 2 hari ini telah dijalankan dengan jayanya.


Isnin, Oktober 10, 2011

KLIC 2011

Seminar Kuala Lumpur Interventional Course (KLIC 2011) telah diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh:  6-8 Oktober 2011
Masa: 8.00am - 5.00 pm
Tempat: Manhatan II, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Seminar yang dianjurkan oleh iMAGIC-UKM ini telah berjaya menarik minat lebih dari 120 peserta dari dalam dan luar negara. Dengan sambutan dan kejayaan seminar yang diadakan, iMAGIC-UKM kan menganjurkan lagi seminar seumpanya pada tahun 2013 nanti. Tahniah dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa penganjur dan semua yang terlibat didalam menganjurkan seminar yang diadakan.


Khamis, September 29, 2011

Jamuan Hari Raya Jabatan Radiologi 2011

Jamuan Hari Raya Jabatan Radiologi 2011 telah diadakan pada 28 September 2011 yang lalu... Pelbagai juadah menarik telah disajikan kepada para pengunjung. Ianya dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dekan, Timbalan Dekan, KPO dan Ketua-ketua Jabatan...

Gambar jamuan tersebut boleh di lihat di:

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.2427224841067.2139935.1264948135&l=c706c1d94f&type=1 


Jumaat, September 16, 2011

International Convention on Quality Control Circles 2011


International Convention on Quality Control Circles 2011 telah diadakan pada tarikh seperti berikut:

Date : 10th - 15th September 2011
Venue : Pasifico Yokohama Convention Centre.

Jabatan Radiologi telah diwakili oleh Kumpulan BenuaCIPTA. Tahniah diucapkan kepada kumpulan kerana telah berjaya mengharumkan nama Jabatan, PPUKM, UKM dan Malaysia secara amnya diatas kejayaan memenangi "EXCELLENT AWARDS" di dalam konvensyen yang diadakan. Dengan kejayaan ini, UKM telah  terbukti sebagai sebuah instutusi yang terunggul dan menerima anugrah yang tertinggi dalam bidang ini.

Isnin, September 12, 2011

Paintball Radiologi PPUKM

Kepada Sesiapa yang berminat nak join PaintBall ~


Tentatif date: Oktober / November 2011
Tempat: Kajang, Area Prima Saujana (Paintball Breeder)
Main Charges: RM100 for rental of eqpt + 500 pellet + lunch
Additional pellet - Rm 200 per box of 2000 pellet


Penganjur: Kelab Kebajikan Radiologi PPUKM


Kepada yang berminat , sila beri respon di ruang ulasan / catatan

Isnin, September 05, 2011

26th Singapore-Malaysia Radiographers Conference

26th Singapore-Malaysia Radiographers Conference telah diadakan pada:

Date : 3rd - 4th September 2011
Venue : Khoo Teck Puat Hospital Singapore.

Jabatan Radiologi telah di wakili oleh 3 orang kakitangan. Di dalam seminar yang di adakan, Mohamad Norman Mohd Nordin yang mewakili kumpulan BenuaCIPTA telah membentangkan topik yang bertajuk "High Radiation Exposure in Angiography Room"... Didalam seminar yang diadakan selama 2 hari ini, banyak aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak penganjur, antara lain adalah lawatan ke hospital Khoo Teck Puat yang amat cantik dan menyediakan kemudahan perubatan yang tercanggih... Semua kakitangan berasa amat bertuah dan mendapat pengalaman yang menarik semasa aktiviti lawatan yang diadakan... bersambung...