AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Isnin, Januari 20, 2020

CT Scan Optimisation Workshop

“CT Scan Optimisation Workshop” telah berjaya dianjurkan dengan jayanya oleh Unit CT Scan, Jabatan Radiologi Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 20 Januari 2020...

Workshop selama sehari ini telah berjaya mendapat sambutan dan menarik minat seramai 55 orang peserta dari 18 buah hospital di sekitar lembah kelang dan selatan tanah air... Penyertaan pada kali ini dihadkan kerana penganjuran event adalah dalam bentuk hands-on dan workshop...

Penceramah utama yang dijemput pada kali ini adalah Professor Charbel Saade yang mempunyai kelayakan master dalam CT Scan & MRI dan PhD dalam pemberian contrast media dari University of Sydney. Beliau kini sedang bertugas sebagai Assistant Professor dan Program Coordinator dalam Medical Imaging Sciences di American University of Beirut.

Kami berasa amat bertuah kerana beliau merupakan seorang penceramah terkenal yang telah memberikan pembentangan di persidangan utama seperti RSNA, ECR dan di Arab Health conference. Beliau juga telah menerbitkan dan membentangkan lebih dari 90 kertas kerja dan 70 abstrak.

Seorang editor in chief di international journal of medical imaging dan editorial board member di Journal of Medical Imaging and Radiation Science yang mempunyai pengalaman meluas lebih 10 tahun pengajaran dalam bidang radiologi. Pengetahuan meluas beliau ini telah dikongsi bersama di MDCT.com.au

Workshop pertama anjuran Jabatan Radiologi, HCTM UKM pada tahun ini telah banyak memberikan maklumat mengenai “latest tips and tricks” untuk mengurangkan penggunakan media kontras dan pengurangan dos radiasi tanpa menjejaskan kualiti imej dalam pemeriksaan CT Scan...

Beberapa kursus dan workshop seumpama ini akan diadakan lagi pada tahun ini... Semoga kursus dan workshop yang akan kami anjurkan akan terus mendapat sambutan di masa akan datang...

Saya berasa amat gembira dan berpuas hati kerana menjadi salah seorang AJK yang menganjurkan workshop yang sangat hebat ini... Tahniah dah syabas kepada semua ajk penganjur dan peserta yang telah menjayakan workshop pada kali ini...









Tiada ulasan: