Pada 6 – 8 Ogos 2017 telah berlangsungnya bengkel FUNCTIONAL MAGNETIC RESONANCE IMAGING (FMRI) & STATISTICAL PARAMETRIC MAPPING (SPM) WORKSHOP 2017 yang telah diadakan di Jabatan Radiologi (MRI Suite) dan Bilik Sains Fakulti Sains Kesihatan UKM, Kampus Kuala Lumpur.
Bengkel ini adalah anjuran Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, Fakulti sains kesihatan UKM dengan kerjasama Jabatan Radiologi PPUKM. Seramai 20 orang peserta mengambil bahagian terdiri dari para penyelidik, pengajar, pelajar PHD dan juga juru x-ray. Penceramah-penceramah terdiri daripada pensyarah-pensyarah PDR, Pakar Neurologi dan Pensyarah Fizik Perubatan. Demonstrasi tatacara pengendalian fMRI ditunjukkan pada hari pertama dan latihan dalam kumpulan kecil menggunakan perisian Statistical Parametric Mapping (SPM) juga diadakan pada hari kedua dan ketiga.
Diharapkan dengan penganjuran bengkel ini akan menarik minat lebih ramai orang diluar sana untuk mengetahui tentang fMRI dan seterusnya menggalakkan penyertaan dalam bidang ini. Diharapkan juga kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang dan bengkel ini akan dapat di anjurkan lagi pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan