CME Jabatan Radiologi bertajuk Hand Bone Lesions Made Easy telah diadakan pada:
Tarikh: 29 April 2015
Hari: Rabu
Masa: 1.00-2.00 petang
Temapat: Bilik Konferens Jabatan Radiolog, HCTM, PPUKM.
CME pada kali ini membentangkan tentang teknik terkini dalam pengambilan spesimen dalam bentuk tulang (bone) menggunakan teknologi terkini yang lebih mudah dan kurang memberikan trauma kepada pesakit. Berbanding dengan cara konvensional, teknik pengambilan spesimen tulang menggunakan penukul. Teknik terkini ini, menggunakan sejenis 'drill' kecil yang kompak menggunakan kuasa bateri.
Di dalam CME yang dijalankan, pihak pengedar telah menunjukkan demo bagaimana menjalankan teknik ini secara live. Kes akan dapat dijalankan dengan lebih selamat dan pesakit akan menjadi lebih selesa dengan prosedur yang akan dapat menjimatkan masa sehingga sesebuah kes dapat dijalankan dalam masa 10 minit sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan