AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, Ogos 06, 2014

Perhimpunan pagi 6 Ogos 2014

Perhimpunan pagi 6 Ogos 2014 pada kali ini dikendalikan oleh En. Mohamad Halmi Bin Shamsudin. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Muhamad Hafiz.

Pada hari ini, En. Mohamad Halmi Bin Shamsudin menceritakan tentang satu situasi yang boleh memberikan pengajaran mengenai cabaran dan halangan dalam kehidupan. 
Kisah bermula dengan satu perjalanan menaiki kereta yang dilalui oleh seorang anak dan ayahnya. Semasa dalam perjalanan mereka telah bertemu dengan satu cuaca ribut yang kuat. Semua kenderaan yang melalui jalan tersebut berhenti untuk menantikan ribut yang melanda dan tidak berani untuk menempuhinya. Si anak bertanya kepada ayahnya, adakah kita perlu berhenti atau tidak. Ayahnya menjawab, jangan berhenti, teruskan perjalanan. Setelah beberapa lama si anak dan ayahnya menempuhi ribut tersebut, maka sampailah disatu kawasan dimana ribut sudah reda. 
Maka si anak memberhentikan kenderaan beliau dan mula bertanya kepada ayahnya, mengapa kita tidak berhenti semasa ribut tadi? Si ayah pun menjawab, cuba kamu tengok di belakang, masih ada ribut yang melanda, kita tidak tau apa yang sedang berlaku kepada pemandu-pemandu yang sedang berhenti di belakang tadi. Mungkin kecelakaan boleh berlaku disebabkan oleh pokok yang tumbang dan banjir yang mungkin melanda, oleh itu eloklah kita bergerak. 
Pengajaran dari cerita tadi, kita perlulah sentiasa meneruskan kehidupan walau apa pun cabaran yang melanda di dalam kehidupan kita ini. Tanpa putus asa, perjuangan harus diteruskan agar segala cabaran dapat di tempuhi dengan penuh ketabahan.
Perhimpunan berakhir dengan beberapa pengumuman oleh En. Mazli Mohd Zin, yang pertama mengenai lawatan 5s yang akan diadakan  dari  Jabatan Pengimejan Diagnostik, Hospital Kuala Lumpur pada hari ini dan Jamuan Raya yang akan diadakan pada hari rabu minggu hadapan (13 Ogos 2014) jam 12.45pm. Semua kakitangan dijemput hadir dengan memakai baju raya.





Tiada ulasan: