AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Khamis, November 28, 2013

Perhimpunan pagi 27 November 2013

Perhimpunan pada kali ini di kendalikan oleh Prof Madya Dr. Hamzaini. Perhimpunan dimulakan dengan doa pagi. Pada kali ini Prof. Hamzaini telah berkongsi pengalamannya semasa mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci. Beliau menceritakan bagaimana sifat yang mementingkan diri sendiri wujud dikalangan jemaah haji walaupun semasa mengerjakan ibadah haji. Perkara ini berlaku terutamanya semasa menjalankan ibadah sunat, sentiasa berlumba-lumba dan tidak menghiraukan jemaah lain dan mahu melakukan segalanya dalam keadaan segera. Perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku dan kita sepatutnya tidak boleh mementingkan diri sendiri walau apa juga yang kita lakukan.

Di perhimpunan pagi itu juga, pengumuman tentang kejayaan Kumpulan BenuaCIPTA yang telah memenangi Juara Kategori Teknikal Konvensyen KIK peringkat UKM juga telah dibuat. Semua ahli BenuaCIPTA mengambil peluang untuk bergambar dengan Ketua Jabatan semasa perhimpunan diadakan sebagai tanda meraikan kemenangan yang dicapai. En. Norman juga telah mengumumkan bahawa pihak kontraktor telah menyiapkan pemasangan door closure untuk semua pintu di Jabatan Radiologi. Pengumuman mengenai Kejohanan Bowling yang akan berlangsung pada 15 Disember 2013 juga diadakan.

Setelah selesai perhimpunan pagi yang diadakan, semua kakitangan telah dijamu dengan juadah yang di bawa pulang dari Tanah Suci oleh Prof Madya Dr. Hamzaini.



Isnin, November 25, 2013

Lawatan Kerja dan Mesyuarat Kolaborasi antara INTREVENSI PPUKM & AMIEN HUSM

Lawatan Kerja dan Mesyuarat Kolaborasi antara INTREVENSI PPUKM & AMIEN HUSM telah diadakan seperti berikut:

Tarikh: 22-24 November 2013
Masa: 8.00 am bertolak (2.00 am sampai semula di PPUKM)
Tempat: Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Lawatan yang diadakan pada kali ini adalah untuk:
  • Membincangkan dan merancang program kolaborasi yang boleh dijalankan diantara dua institusi ke arah perkongsian ilmu dalam bidang radiologi.
  • Mengetahui dengan lebih mendalam lagi carakerja (workflow) yang diamalkan di Advance Minimally Invensive and Endovascular Neurointervention (AMIEN).
  • Untuk berkongsi pengalaman dalam bidang EIR mengenai pengoperasian dan pentadbiran.
  • Mengenalpasti amalan terbaik didalam pengurusan stok dan bekalan pakai habis yang dijalankan.
  • Berkongsi pengalaman dalam bidang PACS antara HUSM dan PPUKM.
  • Mewujudkan suasana yang baik dikalangan pengendali bidang EIR di rantau ini dengan aktiviti yang akan dijalankan.

Lawatan telah disertai oleh 23 orang kakitangan yang terdiri daripada 3 orang pakar perubatan, 3 orang fellow dari luar negara, 6 orang juru x-ray, 4 orang jururawat, 2 orang pembantu pegawai perubatan dan seorang pembantu klinik. 

Mesyuarat kolaborasi yang diadakan telah berjaya menjana pelbagai perkongsian idea yang menarik dan persetujuan yang menguntungkan kedua belah pihak. Pihak AMIEN, HUSM akan menyiapkan borang untuk persedian menandatangani perjanjian (MOE) yang akan diadakan dalam masa terdekat. Semua kakitangan yang menyertai lawatan ini amat berpuas hati dengan pengalaman yang diperolehi sepanjang lawatan di sana. Semoga aktiviti seumpama ini akan dapat dilaksanakan dengan institusi-institusi lain pada masa akan datang.


Sabtu, November 23, 2013

Seminar Radiation Protection 2013

Seminar Radiation Protection 2013 telah diadakan pada:

Tarikh: 23 November 2013
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 am - 3.30 pm
Tempat: Bilik Konferens Jabatan Radiologi, PPUKM.

Berikut adalah topik dan penceramah yang telah memberikan ceramah pada seminar yang telah diadakan ini.

  • Dr. Sundram, Felix Xavier - Topics: Introduction to Nuclear Medicine
  • Dr. Sathyamoorthy Ponnusamy - Topics: Interpretation of Chest Radiographs
  • Dr. Sulaiman Md Dom. Topics: Enhance Radiation Protecton of Patients
  • Ms. Wendy Quah. Topics: Latest trends on Digital Radiography (DR)
  • En. Mohd Nathir Mohd Kamari. Topics: Atomic Energy Licensing Act 1984 and It's Subsidiary Regulations.
Seminar ini telah berjaya menarik minat penyertanyaan dari pelbagai Jabatan di PPUKM yang terlibat dengan radiasi sinaran. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur kerana telah menyediakan penceramah yang hebat untuk berkongsi ilmu dengan semua peserta.

Jumaat, November 22, 2013

Kumpulan BenuaCIPTA Juara Kategori Teknikal Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif ke-18 Peringkat UKM 2013

Kumpulan BenuaCIPTA telah menjadi Juara Kategori Teknikal Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif ke-18 Peringkat UKM 2013. Konvensyen telah diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2013
Hari: Rabu
Tempat: Dewan Tun Abdullah Mohd. Salleh (UKM).

Kumpulan ini yang membuat penampilan ke-4 dalam konvensyen KIK ini telah membawa tajuk "Peningkatan imej berkualiti rendah bagi pemeriksaan radiografi mudahgerak pesakit pra-matang." bagi konvensyen KIK pada kali ini.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan BenuaCIPTA. Kejayaan ini telah berjaya mengekalkan kesinambungan kejuaraan-kejuaraan lepas yang telah berjaya dicapai oleh Jabatan Radiologi. Bagi pihak pengurusan Jabatan, setinggi-tinggi tahniah diucapkan, semoga Jabatan Radiologi akan dapat beroleh kejayaan seumpama ini dimasa akan datang.



Isnin, November 11, 2013

Sanggar Kerja Jabatan Radiologi 2013

Sanggar Kerja Jabatan Radiologi pada tahun ini diadakan pada:

Tarikh: 8-10 November 2013
Masa: 8.00 am - 11.00 pm
Tempat: Avilion Admiral, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Program sanggar kerja pada kali ini seperti kebiasaan diajurkan oleh Kelab Kebajikan Jabatan Radiologi. Program kali ini bertujuan untuk:

  • Platform untuk suaikenal antara kakitangan
  • Memupuk semangat kerjasama berpasukan
  • Mendedahkan peserta dengan program trasformasi PPUKM
  • Menenangkan minda setelah sibuk bekerja sepanjang tahun

Di antara aktivti yang dijalankan adalah ceramah motivasi oleh penceramah jemputan Dr. Abdul Rashid, aktiviti treasure hunt, jungle trakking, sukaneka dan malam jalinan kasih. Semua kakitangan berpuas hati dengan aktiviti yang dijalankan. Tahniah kepada AJK Kelab Kebajikan kerana telah sekali lagi berjaya menganjurkan aktiviti tahunan dengan berjaya dan menarik pada kali ini.




Ahad, November 03, 2013

Majlis perkahwinan: Tahniah Nurhamizah Ali

Kakitangan Jabatan Radiologi, Pn. Nurhamizah Ali telah selamat di ijab kabul pada:

Tarikh: 2 November 2013
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Muar Johor.

Semoga ikatan akan berkekalan sepanjang hayat. Tahniah diucapkan.