AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Isnin, Julai 21, 2014

Jamuan berbuka puasa Jabatan Radiologi 2014

Jamuan berbuka puasa Jabatan Radiologi 2014 anjuran Unit Angiografi telah diadakan pada:

Tarikh: 18 Julai 2014
Masa: 6.00 petang
Tempat: Bilik Konferens dan Bilik Sunflower Jabatan Radiologi PPUKM


Jamuan pada kali ini dihadiri oleh hampir 100 orang yang terdiri daripada kakitangan dan keluarga Jabatan Radiologi. Majlis juga telah di hadiri oleh Ketua Jabatan Radiologi, Prof Hamzaini Abd Hamid. Sambutan amat meriah telah diadakan dan diharapkan majlis seumpama ini akan diadakan lagi.

Khamis, Julai 03, 2014

Temuduga jawatan U32 dan U36

Temuduga jawatan U32 dan U36 telah diadakan pada:

Tarikh: 2 Julai 2014
Masa: 9.00 am
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Sumber Manusia PPUKM

Seramai 8 orang kakitangan telah hadir untuk temuduga U32 dan seramai 6 orang kakitangan telah hadir untuk temuduga U36 ini. Selamat maju jaya untuk semua.








Ahad, Jun 08, 2014

Majlis perkahwinan Abdul Wafi Zakaria

En. Abdul Wafi Zakaria dengan pasangannya telah selamat mendirikan rumah tangga pada:

Tarikh: 7 Jun 2014
Masa: 12.00 tengahari
Tempat: Beranang, Selangor.

Radbikez telah berbesar hati untuk mengiringi pengantin pada hari yang bersejarah ini. Seramai 9 orang ahli Radbikez telah bersama-sama ke rumah pengantin untuk bersama-sama meraikan hari yang amat bermakna untuk pasangan Abdul Wafi Zakaria dan isterinya ini. Semoga jodoh berkekalan dan berbahagia selamanya.





Rabu, Jun 04, 2014

Kursus orentasi pelajar pasca siswazah Radiologi 2014

Kursus orentasi pelajar pasca siswazah Radiologi 2014 telah diadakan pada:

Tarikh: 3 Jun 2014 (Selasa)
Masa: 8.00am - 5.00pm
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi.

Kursus ini diadakan untuk memberikan maklumat mengenai Jabatan Radiologi kepada semua pelajar baru pasca siswazah yang melaporkan diri pada 2 Jun 2014.



Jumaat, Mei 30, 2014

KIK MPC Peringkat Wilayah Tengah

Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Radiologi PPUKM kerana telah memenangi anugerah emas didalam Konvensyen KIK peringkat wilayah tengah MPC 2014. Konvensyen telah diadakan pada:

Tarikh: 28-29 May 2014
Hari: Rabu-Khamis
Tempat: Sunway Piramid Convention Centre, Subang Jaya, Selangor.

Tahniah diucapkan

Rabu, Mei 21, 2014

Perhimpunan pagi 21 Mei 2014

Perhimpunan pagi 21 Mei 2014 telah di kendalikan oleh Cik Anis Shamimi Mohd Darus. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dari En. Jefri Abdullah dan sedikit perkongsian mengenai:
...
Sejurus selepas itu, En Metdahie membuat pengumuman mengenai masalah sistem DR Konika. Setiap kakitangan yang ingin memproses imej menggunakan mesin Konika di ingatkan untuk memastikan talian network antara mesin scanner dan workstation dalam keadaan baik.

En. Mohamad Norman pula membuat pengumuman mengenai hasil mesyuarat mengenai tugasan di Unit CT Scan. Mulai bulan Jun 2014 akan terdapat 3 orang bekerja di Unit CT Scan pada waktu pejabat. Petugas ini akan menjalankan semua kes termasuk kes-kes dari Jabatan Perubatan Kecemasan. Petugas lebih masa CT Scan akan mula bertugas di Unit CT Scan pada jam 5.00 petang. Semua kakitangan yang bertugas lebih masa CT Scan harus memastikan beliau berada di Unit CT Scan sebelum tamat waktu pejabat.

Pengumuman terakhir pada hari ini adalah mengenai satu sesi CME akan diadakan pada hari ini yang bertajuk Cardiovascular MRI dan Syngo. CME tersebut akan diadakan di Bilik Konferens pada jam 1.00 tengah hari. Semua kakitangan dijemput hadir.

Perhimpunan berakhir pada jam 8.20 pagi.



Sabtu, Mei 17, 2014

Mesyuarat Unit CT Scan Bil 1/2014

Mesyuarat Unit CT Scan Bil 1/2014 telah diadakan pada:

Tarikh: 17 Mei 2014
Hari: Jumaat
Masa: 3.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Jabatan, Prof Hamzaini Abd Hamid. Mesyuarat telah bersetuju:
  • En. Mazli, En. Safwan, Pn Parimala dan En. Saiful Azri dilantik sebagai core team CT Scan
  • 3 Orang akan ditugaskan di Unit CT Scan pada setiap hari dan sekurang-kurangnya seorang daripadanya adalah dari core team CT Scan.
  • Petugas oncall akan hanya mula bertugas di bilik CT Scan selepas jam 4.30 petang.
  • Kegagalan petugas oncall untuk hadir pada masa yang ditetapkan akan mengakibatkan amaran diberikan



Khamis, Mei 15, 2014

Pengubahsuaian Bilik PACS

Sedikit pengubahsuaian Bilik PACS telah dijalankan dengan mengalihkan patition yang tidak digunakan dipejabat lama untuk diletakkan di Bilik PACS. Patition ini akan digunakan untuk kemudahan Perkhidmatan 3D Lab. Perkhidmatan 3D lab di Jabatan Radiologi akan lebih tersusun dan kemas dengan adanya patition ini.



Jamuan perpisahan pelajar pasca siswazah program Radiologi UKM 2014

Jamuan perpisahan pelajar pasca siswazah program Radiologi UKM 2014 telah diadakan pada:

Tarikh: 15 Mei 2014
Hari: Khamis
Masa: 1.00 tengahari

Jamuan telah dimulakan dengan ucapan kata alu2an oleh pengerusi majlis. Kemudian di ikuti dengan ucapan ringkas dari Prof Zulfiqar sebagai wakil ketua jabatan. Majlis makan ini adalah sebagai satu tradisi sempena perpisahan pelajar yang telah tamat pengajian. Tahniah kepada semua di ucapkan.




Sabtu, Mei 10, 2014

Perlawanan Futsal antara Jabatan 2014

Perlawanan Futsal antara Jabatan 2014 telah diadakan pada:

Tarikh: 10 Mei 2014
Hari: Sabtu
Tempat: Sorts Affairs Badminton and Futsal Court, Batu 9, Taman Segar Perdana, Cheras, KL.

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Radiologi kerana telah memenangi tempat ke-3 dalam perlawanan yang diadakan.