AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Sabtu, Disember 22, 2012

Majlis perkahwinan Wani dan Amal

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kakitangan jabatan radiologi, Siti Salawani Ali yang telah menjadi isteri kepada En. Amal. Majlis resepsi perkahwinan beliau telah diadakan pada:

Tarikh: 22 Disember 2013
Hari: Sabtu
Masa: 12.00-3.00 petang
Tempat: Pandamaran, Kelang, Selangor.


Rabu, Disember 12, 2012

CME: Sistem Maklumat Radiologi: C-HEts

CME yang telah diadakan pada hari ini bertajuk Sistem Maklumat Radiologi: C-HEts. CME telah diadakan pada:

Tarikh: 12/12/12
Jam: 1.00 petang
Penceramah: Mohamad Norman dan pegawai-pegawai Jabatan Teknologi Maklumat (JTM), PPUKM.

CME yang diadakan pada hari ini adalah untuk memberikan penerangan susulan didalam sistem C-HEts yang sedang di gunakan di Jabatan Radiologi pada ketika ini. Sistem  C-HEts yang telah mula digunakan sejak Jun 2012 telah mengalami perubahan yang mendadak. Sistem ini sentiasa dinaik taraf bagi memenuhi keperluan semasa. Pelbagai pertanyaan telah diajukan kepada penceramah dan wakil dari JTM. CME seumpama ini akan diadakan dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Perhimpunan pagi 12/12/12

Perhimpunan pagi pada hari ini dikendalikan oleh En. Mazli. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dan disusuli dengan sebuah cerita tauladan mengenai setiap sesuatu yang berlaku itu ada kelebihannya. Kisahnya begini:
Ada sebuah kisah tentang seorang menteri yang selalu menjawab ‘baik’ setiap kali ditanya pendapatnya tentang sesuatu.
Pada suatu hari, menteri ini menghadiri acara makan malam bersama raja. Ketika sedang memotong buah, raja dengan tidak sengaja telah mencederakan jari telunjuknya sendiri. Pisau yang dia gunakan untuk memotong buah telah menyebabkan jari telunjuknya terpotong dan merasakan kesakitan. Raja pun bertanya kepada menteri yang duduk di sebelahnya tentang kejadian yang baru saja dialaminya. 
“Ini adalah Baik, untuk sang raja.” Jawab menteri itu tanpa keraguan. 
“Apa? Kamu katakan ini baik?” Raja terperanjat dengan jawapan itu.
“Ya, wahai raja. Itu baik.”  
Raja sangat marah dengan jawaban itu. Mana mungkin jarinya yang luka parah seperti itu dianggap menterinya sebagai hal yang baik? Maka dia memerintahkan menteri itu ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.  
Kemudian raja mengunjungi menterinya di penjara dan bertanya padanya, 
“Sekarang, apa pendapatmu tentang keadaaanmu sendiri, yang sekarang berada di dalam penjara seperti ini?” 
“Ini juga Baik untukku , wahai raja.” Jawab menteri itu tanpa ragu-ragu. 
Mendengar jawapan itu, raja menjadi semakin marah dan segera meninggalkan menterinya sendirian di dalam penjara. Dia merasakan menterinya itu sangat bodoh dan keterlaluan dalam memberikan pendapat. 
Beberapa hari kemudian, raja pergi berburu di dalam hutan dan ditemani menterinya yang lain. Mereka pun berangkat dengan kuda menuju ke hutan. Oleh karena menteri yang baru tidak biasa dengan cara raja menunggang kuda, akhirnya dia tertinggal jauh di belakang. Mereka terpisah dan akhirnya raja sendiri tersesat di dalam hutan. Bukan hanya tersesat, raja juga ditangkap oleh sekumpulan penyembah berhala yang tinggal di dalam hutan itu. 
Raja tersebut ditahan oleh para penyembah berhala dan ditetapkan oleh mereka sebagai korban untuk berhala mereka. Mereka melakukan upacara selama tujuh hari dan pada hari ketujuh mereka membawa raja ke tempat persembahan. 
Saat raja sudah siap untuk dikorbankan, mereka melihat jari telunjuk raja terpotong, lalu mereka menjadi ragu untuk mengorbankan raja. 
“Kita hanya mempersembahkan yang terbaik dan sempurna pada berhala kita.” Kata ketua suku yang memimpin upacara tersebut. “Orang ini jari telunjuknya terpotong, jadi dia tidak layak untuk dijadikan korban,” 
Oleh karena itu mereka melepaskan raja tersebut dan beliau kembali ke kerajaannya dengan perasaan yang gembira. 
Selang beberapa hari selepas peristiwa itu, raja teringat akan kata-kata menteri yang telah membuatnya marah ketika jarinya terpotong. Dia segera ke penjara dan berkata kepada menteri itu, “Apa yang kamu katakan waktu jari saya terpotong memang betul. Itu memang hal yang baik.” 
Lalu raja menceritakan apa yang telah dialaminya hingga dia akhirnya selamat dari ancaman kematian. 
Namun sang raja belum paham perkataan dan maksud sang menteri tentang penjeblosannya ke dalam penjara bahwa itu juga hal yang baik untuk dirinya. Lalu sang raja pun menyanyakannya. 
“ Wahai menteriku, engkau telah mengatakan bahwa jariku terpotong adalah baik dan itu telah terbukti, namun bagaimana denganmu yang mengatakan bahwa penjara ini baik untukmu..?? “ 
Akhir Menteri itu tersenyum sambil berkata, “Saya berada dalam penjara ini juga baik kerana jika saya pergi dengan raja pada hari itu, saya juga turut tertangkap. Tentu saya akan dijadikan korban sebagai penngganti sang raja kerana anggota tubuh saya lengkap dan tidak ada yang cacat.”  
___________________________________________________________ 
Kesimpulannya, semua yang ditetapkan oleh ALLAH adalah yang terbaik walaupun kita mungkin belum tahu atau tidak mengetahui kebaikan yang ada dibalik semua ketentuan Allah yang di tetapkan untuk kita. 
Maka berprasangka baiklah kepada Allah Subhanahu Wa Ta’al
Selepas itu, didalam sesi pengumuman En. Mohamad Norman memaklumkan terdapat satu sesi CME akan diadakan mengenai Sistem C-HEts pada jam 1.00 petang hari ini. Beliau juga mengingatkan kepada semua kakitangan untuk sentiasa mengamalkan 5S sepanjang masa dan tidak hanya mengunggu audit untuk membuat penilaian semula 5S di Jabatan Radiologi.

Rabu, November 28, 2012

Kumpulan Sinaran menjadi Naib Johan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Ke-17, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Kumpulan Sinaran telah menjadi naib johan kategori pengurusan, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Ke-17, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ianya telah berlangsung pada:

Tarikh: 27 November 2012
Masa: 9.00am-5.00pm
Tempat: DK 43.101, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM

Pihak juri telah mengalami kesukaran untuk membuat keputusan kerana persaingan antara kumpulan dalam kategori pengurusan amat sengit. Kejayaan ini akan melayakkan kumpulan Sinaran untuk bertanding diperingkat IPTA dan MPC pada masa tahun hadapan.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Sinaran! Semoga kumpulan ini akan beroleh kejayaan yang membanggakan di konvensyen yang akan datang... 


Khamis, November 22, 2012

Sambutan Hari Radiografi Sedunia Peringkat UKM

Sambutan Hari Radiografi Sedunia bagi Peringkat UKM telah disambut pada: 

Tarikh: 22-23 November 2012
Hari: Khamis-Jumaat
Masa: 8.30 am - 4.30 pm
Tempat: Lobi Utama, PPUKM.

Hari Radiografi Sedunia disambut pada tanggal 8 November setiap tahun. Hari Radiografi disambut bagi memperingati peristiwa penemuan x-ray yang telah ditemui oleh Wilhelm Conrad Röntgen pada  tahun 1895.

Sambutan Hari Radiografi Sedunia Peringkat UKM pada kali ini disambut dengan kerjasama dari Jabatan Radiologi, Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Jabatan Pengimejan Molekular dan Perubatan Nuklear, Pusat Perubatan UKM dan Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, Fakulti Sains Kesihatan UKM.

Tujuan Hari Radiografi ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai bidang radiologi. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi memeriahkan sambutan yang diadakan pada kali ini. Antara aktiviti yang disediakan adalah ruangan pameran, ceramah, cabutan bertuah, sesi khidmat rundingan, gerai jualan, pemeriksaan ultrasound dan bermacam-macam lagi. Semoga sambutan yang diadakan pada kali ini akan mencapai objektifnya.







Sabtu, November 10, 2012

Seminar Radiation Safety Awareness in Medical Practice

Radiation Safety Awareness in medical practice telah berjaya di adakan pada:


Tarikh: 10 November 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 am - 5.00 pm
Tempat: Auditorium PPUKM

Seminar selama sehari ini dianjurkan oleh Jabatan Radiologi dengan kerjasama dari Jabatan Pengimejan Molikular dan Pengimejan Perubatan, Jabatan Radioterapi, Jabatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Surgeri, Tissue Engineering, Pengurusan Kejururawatan, Endoskopi dan Tabung Darah. Seminar ini diadakan bersempena dengan sambutan hari radiografi sedunia peringkat UKM. Terdapat seramai lebih dari 150 orang peserta telah menyertai seminar yang diadakan ini. 

Di antara topik menarik yang dibentangkan didalam seminar yang diadakan ini adalah:
  • Akta 304 & peraturan yang berkaitan dengan radiasi - Mr. Richard Ee (KKM)
  • Basic principle and protection in angiography - Prof Madya Dr. Rozman Zakaria
  • PET CT for non radiologist - Dr Abdul Rahman Mohamad
  • Radiation hazzard and biological effect dan Principles in radiation protection oleh- Prof Dr. Md. Saion Salikin 
Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada AJK yang terlibat didalam seminar yang diadakan ini. Seminar yang bertaraf CME ini juga telah mendapat kerjasama dari Asia Lab dan NR imaging.



Selasa, Oktober 23, 2012

Sambutan Hari Radiograf Sedunia Peringkat UKM...

Semua di jemput hadir. Berbagai aktivti menarik disediakan...

Jumaat, Oktober 19, 2012

Kumpulan BenuaCIPTA telah memenangi anugerah 3 bintang dalam National Inovative Creative Circle Convention (NICC) 2012.

Keputusan Konvensyen National Inovative Creative Circle (NICC) 2012
Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Radiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya memenangi anugerah 3 bintang dalam National Convention in Quality Control Circle (Peringkat Kebangsaan). 

Kejayaan ini merupakan satu bukti jelas dalam peningkatan dan pengekalan kejayaan untuk aktiviti KIK di Pusat Perubatan UKM. Berikut adalah senarai nama ahli kumpulan BenuaCIPTA yang telah bertanding pada kali ini:

Fasilitator - Dr. Nik Azuan Nik Ismail

Ketua Kumpulan - Metdahie Bujang
Penolong Ketua - Mohd Azhar Mhd Arshad
Setiausaha - Mohd Fadzri Sulaiman

Ahli kumpulan
Ruzi Abdullah
Erliananiza Mohd Salim
Siti Farizwana Mohd Ridzwan
Zarina Ramli
Nur Hamizah Ali
Siti Fatimah Hussin
Siti Salwani Ali

Semoga kejayaan ini akan membakar semangat semua kakitangan di PPUKM untuk terus berusaha bagi mengekalkan kejayaan yang cemerlang seumpama ini. Konvensyen selama 2 hari ini berlangsung dari 16-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua ahli kumpulan.

Khamis, Oktober 18, 2012

Kumpulan Sinaran berjaya memenangi anugerah 3 bintang dalam International Convention in Quality Control Circle Peringkat Antarabangsa.

Keputusan Konvensyen ICQCC (Peringkat Antarabangsa) 2012

Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Sinaran - Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya memenangi Anugerah 3 bintang dalam International Convention in Quality Control Circle Peringkat Antarabangsa. Kumpulan Sinaran yang dipilih untuk mewakili Malaysia bagi stream F ini mempersembahkan projek yang bertajuk "Reducing Dose Reduction in Mobile Radiography Examination"

Kumpulan Sinaran terdiri daripada 10 orang ahli dan seorang fasilitator. Berikut adalah senarai ahli kumpulan sinaran yang telah terlibat didalam konvensyen yang diadakan pada kali ini:

Fasilitator
Dr. Faizah Mohd Zaki

Ketua Kumpulan
Mazli Mohamad Zin

Setiausaha
Wan Noor Afzan Wan Sulaiman 

Ahli-ahli kumpulan
Sa’don Samian
Roslaili Mohamed
Mohamad Norman Mohd Nordin
Fazlina Mohd Amin
Halimah Abd. Ghani
Muhd. Nizam Mohd Sobri
Farahana Idayu Mamat
Hairul Amri Mohamod

Semoga kejayaan ini akan membakar semangat semua kakitangan di PPUKM untuk terus berusaha bagi mengekalkan kejayaan yang cemerlang seumpama ini. Konvensyen selama 4 hari ini berlangsung dari 14-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre.


Isnin, Oktober 01, 2012

Kursus Motivasi dan Peningkatan Mutu Kerja

Kursus Motivasi dan Peningkatan Mutu Kerja Jabatan Radiologi telah diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh: 28-30 September 2012
Hari: Jumaat-Ahad
Masa: 8.30 am - 11.00 pm

Kursus yang diadakan ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara kakitangan Jabatan Radiologi dan memberikan maklumat terkini mengenai prosedur kerja di Jabatan Radiologi. Kursus yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial Jabatan Radiologi ini adalah kursus kali ke-10 diadakan. Semua peserta berpuas hati dengan kursus yang dianjurkan pada tahun ini. Semoga kursus seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.