AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, November 28, 2012

Kumpulan Sinaran menjadi Naib Johan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Ke-17, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Kumpulan Sinaran telah menjadi naib johan kategori pengurusan, Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Ke-17, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ianya telah berlangsung pada:

Tarikh: 27 November 2012
Masa: 9.00am-5.00pm
Tempat: DK 43.101, Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM

Pihak juri telah mengalami kesukaran untuk membuat keputusan kerana persaingan antara kumpulan dalam kategori pengurusan amat sengit. Kejayaan ini akan melayakkan kumpulan Sinaran untuk bertanding diperingkat IPTA dan MPC pada masa tahun hadapan.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Sinaran! Semoga kumpulan ini akan beroleh kejayaan yang membanggakan di konvensyen yang akan datang... 


Khamis, November 22, 2012

Sambutan Hari Radiografi Sedunia Peringkat UKM

Sambutan Hari Radiografi Sedunia bagi Peringkat UKM telah disambut pada: 

Tarikh: 22-23 November 2012
Hari: Khamis-Jumaat
Masa: 8.30 am - 4.30 pm
Tempat: Lobi Utama, PPUKM.

Hari Radiografi Sedunia disambut pada tanggal 8 November setiap tahun. Hari Radiografi disambut bagi memperingati peristiwa penemuan x-ray yang telah ditemui oleh Wilhelm Conrad Röntgen pada  tahun 1895.

Sambutan Hari Radiografi Sedunia Peringkat UKM pada kali ini disambut dengan kerjasama dari Jabatan Radiologi, Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Jabatan Pengimejan Molekular dan Perubatan Nuklear, Pusat Perubatan UKM dan Program Pengimejan Diagnostik dan Radioterapi, Fakulti Sains Kesihatan UKM.

Tujuan Hari Radiografi ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai mengenai bidang radiologi. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi memeriahkan sambutan yang diadakan pada kali ini. Antara aktiviti yang disediakan adalah ruangan pameran, ceramah, cabutan bertuah, sesi khidmat rundingan, gerai jualan, pemeriksaan ultrasound dan bermacam-macam lagi. Semoga sambutan yang diadakan pada kali ini akan mencapai objektifnya.







Sabtu, November 10, 2012

Seminar Radiation Safety Awareness in Medical Practice

Radiation Safety Awareness in medical practice telah berjaya di adakan pada:


Tarikh: 10 November 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 am - 5.00 pm
Tempat: Auditorium PPUKM

Seminar selama sehari ini dianjurkan oleh Jabatan Radiologi dengan kerjasama dari Jabatan Pengimejan Molikular dan Pengimejan Perubatan, Jabatan Radioterapi, Jabatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Surgeri, Tissue Engineering, Pengurusan Kejururawatan, Endoskopi dan Tabung Darah. Seminar ini diadakan bersempena dengan sambutan hari radiografi sedunia peringkat UKM. Terdapat seramai lebih dari 150 orang peserta telah menyertai seminar yang diadakan ini. 

Di antara topik menarik yang dibentangkan didalam seminar yang diadakan ini adalah:
  • Akta 304 & peraturan yang berkaitan dengan radiasi - Mr. Richard Ee (KKM)
  • Basic principle and protection in angiography - Prof Madya Dr. Rozman Zakaria
  • PET CT for non radiologist - Dr Abdul Rahman Mohamad
  • Radiation hazzard and biological effect dan Principles in radiation protection oleh- Prof Dr. Md. Saion Salikin 
Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih diucapkan kepada AJK yang terlibat didalam seminar yang diadakan ini. Seminar yang bertaraf CME ini juga telah mendapat kerjasama dari Asia Lab dan NR imaging.



Selasa, Oktober 23, 2012

Sambutan Hari Radiograf Sedunia Peringkat UKM...

Semua di jemput hadir. Berbagai aktivti menarik disediakan...

Jumaat, Oktober 19, 2012

Kumpulan BenuaCIPTA telah memenangi anugerah 3 bintang dalam National Inovative Creative Circle Convention (NICC) 2012.

Keputusan Konvensyen National Inovative Creative Circle (NICC) 2012
Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Radiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya memenangi anugerah 3 bintang dalam National Convention in Quality Control Circle (Peringkat Kebangsaan). 

Kejayaan ini merupakan satu bukti jelas dalam peningkatan dan pengekalan kejayaan untuk aktiviti KIK di Pusat Perubatan UKM. Berikut adalah senarai nama ahli kumpulan BenuaCIPTA yang telah bertanding pada kali ini:

Fasilitator - Dr. Nik Azuan Nik Ismail

Ketua Kumpulan - Metdahie Bujang
Penolong Ketua - Mohd Azhar Mhd Arshad
Setiausaha - Mohd Fadzri Sulaiman

Ahli kumpulan
Ruzi Abdullah
Erliananiza Mohd Salim
Siti Farizwana Mohd Ridzwan
Zarina Ramli
Nur Hamizah Ali
Siti Fatimah Hussin
Siti Salwani Ali

Semoga kejayaan ini akan membakar semangat semua kakitangan di PPUKM untuk terus berusaha bagi mengekalkan kejayaan yang cemerlang seumpama ini. Konvensyen selama 2 hari ini berlangsung dari 16-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua ahli kumpulan.

Khamis, Oktober 18, 2012

Kumpulan Sinaran berjaya memenangi anugerah 3 bintang dalam International Convention in Quality Control Circle Peringkat Antarabangsa.

Keputusan Konvensyen ICQCC (Peringkat Antarabangsa) 2012

Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Sinaran - Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya memenangi Anugerah 3 bintang dalam International Convention in Quality Control Circle Peringkat Antarabangsa. Kumpulan Sinaran yang dipilih untuk mewakili Malaysia bagi stream F ini mempersembahkan projek yang bertajuk "Reducing Dose Reduction in Mobile Radiography Examination"

Kumpulan Sinaran terdiri daripada 10 orang ahli dan seorang fasilitator. Berikut adalah senarai ahli kumpulan sinaran yang telah terlibat didalam konvensyen yang diadakan pada kali ini:

Fasilitator
Dr. Faizah Mohd Zaki

Ketua Kumpulan
Mazli Mohamad Zin

Setiausaha
Wan Noor Afzan Wan Sulaiman 

Ahli-ahli kumpulan
Sa’don Samian
Roslaili Mohamed
Mohamad Norman Mohd Nordin
Fazlina Mohd Amin
Halimah Abd. Ghani
Muhd. Nizam Mohd Sobri
Farahana Idayu Mamat
Hairul Amri Mohamod

Semoga kejayaan ini akan membakar semangat semua kakitangan di PPUKM untuk terus berusaha bagi mengekalkan kejayaan yang cemerlang seumpama ini. Konvensyen selama 4 hari ini berlangsung dari 14-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre.


Isnin, Oktober 01, 2012

Kursus Motivasi dan Peningkatan Mutu Kerja

Kursus Motivasi dan Peningkatan Mutu Kerja Jabatan Radiologi telah diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh: 28-30 September 2012
Hari: Jumaat-Ahad
Masa: 8.30 am - 11.00 pm

Kursus yang diadakan ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara kakitangan Jabatan Radiologi dan memberikan maklumat terkini mengenai prosedur kerja di Jabatan Radiologi. Kursus yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial Jabatan Radiologi ini adalah kursus kali ke-10 diadakan. Semua peserta berpuas hati dengan kursus yang dianjurkan pada tahun ini. Semoga kursus seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.


Sabtu, September 22, 2012

Basic CT Scan reconstruction Course

Basic CT Scan reconstruction course telah diadakan pada:

Tarikh: 22 September 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 am - 5.00 pm

Kursus yang diadakan ini antara lain memuatkan pengetahuan asas mengenai CT Scan dan kaedah yang paling mudah untuk membuat rekonstruksi imej dalam CT Scan. 

Berikut adalah topik-topik yang telah di bentangkan didalam kursus yang diadakan:
1. Basic introduction on CT Scan - Mohamad Norman Mohd Nordin
2. CT Scan: From X-ray to Image. - Mohamad Nor Affendi Hj. Awang
3. Anatomy in CT Scan: What radiographers should know. - Mazli Mohamad Zin
4. Basic indication in CT Scan examination - En. Mohamad Sharmiezul Mohamad Saharin
5. Special techniques radiographers should khow - En. Mohd Safwan Hashim

Didalam kursus yang diadakan ini juga, peserta telah diberikan peluang untuk mempelajari dengan lebih lagi melalui sesi hand's-on:
Station 1: Basic post processing - MPR (Navigtor)
Station 2: 3D Reconstruction in Perfusion dan CTA Coronary examination.
Station 3: 3D Reconstruction in bone
Station 4: Reconstruction in CTA Aorta dan Lower Limb

Tahniah diucapkan kepada penganjur kerana telah menganjurkan kursus yang amat berguna seumpama ini. Bagi semua peserta yang hadir, tahniah juga diucapkan kerana kerana telah berkorban masa dan tenaga untuk menyertai kursus ini. Semoga kursus seumpama ini akan diadakan pada masa yang akan datang lagi.


Ahad, September 16, 2012

27th Malaysia-Singapore Radiographer's Conference

27th Malaysia-Singapore Radiographer's Conference telah diadakan pada:

Tarikh: 13-15 September 2012
Masa: 8.30 pagi -10.30 malam
Tempat: Merdeka Palace Hotel

Jabatan Radiologi PPUKM telah membentangkan 3 kertas kerja dan diwakili oleh:
1. En. Mazli Mohamad Zin - Reducing scattered radiation in mobile radiographic examination
2. En. Mohamad Norman Mohd Nordin - Static magnetic field safety assessment for MRI practice in Malaysia
3. Pn. Zarina Ramli - Patient Anxiety Level During Magnetic Resonance Imaging Procedure

Seminar yang diadakan selama 3 hari ini telah menarik minat peserta dari seluruh asia.


Jumaat, September 14, 2012

Jamuan Hari Raya Jabatan Radiologi 2012

Jamuan Hari Raya Jabatan Radiologi 2012 telah diadakan pada:

Tarikh: 13 September 2012
Hari: Khamis
Masa: 12.30 tengahari

Jamuan telah diadakan dalam suasana yang meriah dan ceria. Semua kakitangan yang hadir memakai pakaian raya untuk menaikkan suasana aidilfitri yang di sambut.