AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Isnin, April 20, 2009

UPM Evening talk on PET-CT

Tarikh : 20 April 2009
Tempat : IOI Resort Hotel, Putrajaya.
Masa : 8.00 malam

Jumaat, April 17, 2009

Perhimpunan pagi 17 April 2009...

Perhimpunan pagi pada kali ini dikendalikan oleh En. Mohd Sharmiezul... Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh beliau dan sebuah kisah menarik mengenai ahli ulamah yang dibacakannya melalui sebuah buku...

Perhimpunan kemudian diikuti dengan pesanan dari En. Hishamuddin mengenai aduan dari Jabatan Perubatan Kecemasan mengenai perkhidmatan radiologi selepas waktu pejabat... Beliau telah berpesan kepada semua untuk menjawab pager dengan kadar segera dan menulis nombor telefon di atas white board di CT Scan Kecemasan bagi mudah untuk dihubungi... Aduan juga diterima mengenai pemeriksaan x-ray mudahgerak yang lewat kerana imej tidak diproses terlebih dahulu sebelum Juru X-ray melakukan pemeriksaan diwad-wad...

En. Mohamad Norman memaklumkan mengenai masalah imej tidak dihantarkan ke medweb... Perkara ini berlaku terutamanya di Unit Fluroskopi dan Unit EIR, walaupun tugas memilih dan menghantarkan imej ke Medweb dilakukan oleh Pegawai Perubatan, Juru X-ray juga harus mengingatkan dan memastikan imej telah dihantarkan ke Medweb bagi mengelakkan dari sebarang kehilangan imej...

Perhimpunan pagi diakhiri dengan ucapan terima kasih oleh En. Mohd Sharmiezul kepada semua yang hadir...

CME Bulan April 2009

CME Bulan April 2009 telah diadakan pada 16 April 2009... CME yang bertajuk Bahan buangan dan sisa ini telah dipengerusikan oleh Pn. Roslina Harun... Tajuk ini telah dipersembahkan oleh Puan Maryati Mat...

Didalam pembentangan yang telah dijalankan, Pn. Maryati telah menerangkan jenis-jenis bahan buangan dan cara pembuangan yang perlu dilakukan mengikut kategori sisa buangan... Beliau menerangkan tentang penggunaan tong dan plastik yang perlu digunakan mengikut kategori warna...

Untuk bahan buangan tajam, perlu menggunakan Sharp bin... Untuk sisa klinikal, perlu menggunakan plastik biohazard barwarna kuning, untuk sampah biasa pula perlu menggunakan tong sampah plastik bewarna hitam... Beliau juga mengerangkan tentang penggunaan plastik biru bagi penghantaran linen biasa dan penggunaan plastik bewarna merah bagi penghantaran linen biohazard...

CME ini pada kali ini juga menyediakan demonstrasi bagaimana cara yang paling selamat dan betul bagi membuang jarum tajam didalam tong sharp bin... Cara untuk membuang baju, apron dan glove dengan betul juga diterangkan... Poster akan disediakan bagi membantu semua kakitangan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan semasa menjalankan tugasan di Jabatan...

Tahniah kepada semua yang terlibat...

Khamis, April 16, 2009

MENGUJI DAN MENTAULIAH PERALATAN “DATEX-OHMEDA S/5 COMPACT ANAESTHESIA MONITOR”

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Radiologi, PPUKM dan Syarikat Insan Bakti Sdn. Bhd. telah bersetuju untuk menguji dan mentauliah peralatan ‘Datex-Ohmeda S/5 Compact Anaesthesia Monitor’ seperti butiran berikut:

Tarikh : 17 April 2009 (Jumaat)
Tempat : Bilik Angiografi, Jabatan Radiologi, PPUKM
Masa : 9:00 pagi

Jemputan kepada;
1. Prof. Madya Dr. Jaafar Md Zain - Jabatan Anaestesiologi
2. Wakil JPB (kejuruteraan Biomedikal)

Majlis menguji dan mentauliah peralatan telah dijalankan dengan jayanya, tahniah dan terima kasih kepada mereka yang terlibat...

Sabtu, April 04, 2009

Bengkel Merci Retrieval System...

Bengkel mengenai Merci Retrieval System telah diadakan pada 3 April 2009 jam 3.00 petang yang lalu di Jabatan Radiologi PPUKM... Bengkel yang diadakan ini telah dihadiri oleh Pakar Perubatan, Pegawai Perubatan, Juru X-ray dan Jururawat yang bertugas di Unit EIR Jabatan Radiologi...

Merci Retrieval System adalah peralatan yang digunakan untuk merawat pesakit yang mengalami strok yang disebabkan oleh penyumbatan saluran darah... Saluran darah yang tersekat disebabkan oleh darah beku akan mengakibatkan kematian tisu otak... Sekiranya penyumbatan ini tidak dirawat dengan segera, kematian tisu otak yang tidak menerima bekalan oksigen akan menjadi lebih serius dan lebih banyak fungsi badan akan terganggu...

Rawatan menggunakan Merci Retrieval System yang dibawakan oleh syarikat T-Medic ini akan memberikan peluang kedua kepada pesakit yang baru dikesan mengalami strok iskemik... Prosedur harus dijalankan dalam kadar segera apabila pesakit dikesan mengalami strok ini... Kemahiran semua Pakar didalam menggunakan peralatan yang bernilai tinggi ini amat diperlukan supaya pesakit akan dapat menerima rawatan yang sebaik mungkin...

Bengkel ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya... Semua peserta amat berpuas hati kerana telah diberikan peluang yang secukupnya bagi menggunakan peralatan ini... Semoga bengkel seumpama ini akan dapat diadakan lagi dimasa akan datang...

Isnin, Mac 30, 2009

Pendaftaran Badan Kebajikan Jabatan Radiologi PPUKM...

Badan Kebajikan Jabatan Radiologi telah berjaya di daftarkan... Majlis penyerahan sijil pendaftaran telah diadakan pada 28 Mac 2009... Badan Kebajikan telah di wakili oleh Pn. Fazlina dan En. Shamsul Zakri didalam majlis penyerahan sijil pendaftaran dari Pendaftar Pertubuhan... Majlis telah diadakan di Hotel Dynasty...

Badan Kebajikan Jabatan Radiologi kini telah didaftarkan sebagai Kelab Kebajikan dan Sosial, Jabatan Radiologi, Hospital UKM... Tahinah kepada semua yang telah terlibat didalam merealisaikan proses pendaftaran ini... Dengan terdaftarnya pertubuhan ini, diharapkan akan memudahkan lagi segala urusan untuk menjalankan sebarang aktiviti yang akan diadakan dimasa akan datang...

Ahad, Mac 22, 2009

Pameran kesedaran mengenai Stroke...

Pameran kesedaran mengenai Stroke telah diadakan bersempena dengan Seminar KLINC yang diadakan pada 19 Mac 2009 yang lalu... Pameran ini diadakan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai betapa pentingnya untuk mengetahui tentang stroke dan rawatan susulan yang disediakan di PPUKM...

Pameran kesedaran ini telah diwakili oleh pelbagai jabatan dari PPUKM, ini termasuklah Jabatan Radiologi... Jabatan Radiologi telah menyediakan gerai pameran yang telah memaparkan tentang modeliti dan teknik intervensi yang ditawarkan oleh Jabatan dalam bidang strok...

Pameran yang telah berlangsung selama sehari ini telah berjaya menarik minat orang ramai dan kakitangan mengunjunginya... Di samping pameran yang diadakan, aktiviti ceramah juga disedikan sepanjang pameran berlangsung... Pameran telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor UKM... Aktiviti lain seperti program menandatangani MOU antara PPUKM dan NASAM juga berlangsung selepas majlis perasmian diadakan...

Tahniah kepada semua yang terlibat kerana telah berjaya menjalankan aktiviti seumpama ini...

Seminar KLINC 2009...

Seminar KLINC 2009 telah selamat dijalankan pada 19-21 Mac 2009 yang lepas... Seminar yang dianjurkan oleh Unit Endovascular & Interventional Radiology (EIR-UKM) Universiti Kebangsaan Malaysia telah menarik minat seramai 120 orang peserta dari dalam dan luar negara untuk menyertainya...

Seminar yang buat julung kalinya dianjurkan oleh Unit EIR ini menekankan mengenai isu berkaitan dengan prosedur yang melibatkan prosedur neuro dan spine... Life demo dan case presentation telah diadakan dalam keadaan yang menarik... Life demo yang diadakan dipancarkan secara terus dari Suite Angiografi PPUKM dengan mamaparkan kes-kes yang menarik untuk diikuti...

Seminar yang berlangsung selama 3 hari ini telah di adakan di Hotel Piccolo Jalan Bukit Bintang... Hotel butik yang terletak di tengah ibu kota ini menyediakan tawaran yang menarik dan makanan dari Itali yang nyata berbeza dan menyelerakan... Seminar yang menjanjikan pengalaman yang berbeza ini akan sentiasa diingati oleh semua peserta... Semua peserta berpuas hati dengan seminar yang telah diadakan ini...

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam seminar yang telah diadakan ini... Seminar seumpama ini akan diadakan dimasa akan datang...

Khamis, Februari 26, 2009

AGM Badan Kebajikan 2009...

AGM Badan Kebajikan telah diadakan pada 26 Febuari 2009 yang lalu... AGM pada kali ini telak dimulakan dengan bacaan doa, ucapan perasmian oleh Prof. Madya Dr. Zahiah dan pembentangan laporan aktiviti dan kewangan...

Tiada pembubaran AJK dilakukan pada AGM pada kali ini kerana perubahan AJK hanya akan dilakukan 2 tahun sekali... Perlantikan baru yang telah diadakan adalak perlantikan penolong bendahari dan AJK Pegawai Perubatan yang telah menamatkan pengajian... Juru audit baru juga di lantik bagi menggantikkan Juru Audit lama yang telah bertukar...

AGM diakhiri dengan cabutan bertuah dan jamuan makan... Tahniah kepada semua yang terlibat didalam menganjurkan aktiviti seumpama ini...

Jumaat, Februari 20, 2009

CME Bulan Febuari 2009

CME bulan Febuari 2009 telah disampaikan oleh Cik Azmira... Ianya telah diadakan pada 19 Febuari 2009...

Beliau telah membentangkan mengenai pemeriksaan IVU... Didalam pembentangan yang telah diadakan beliau menerangkan mengenai tujuan pemeriksaan dilakukan, prosedur persediaan pesakit, tatacara pemeriksaan dan modefikasi teknik yang dijalankan bagi memperolehi imej yang terbaik sepanjang pemeriksaan dijalankan...

Semua kakitangan yang hadir berpuas hati dengan pembentangan yang telah diadakan... CME yang diadakan pada setiap bulan ini akan terus diadakan dengan tajuk pembentangan yang telah dijadualkan untuk semua kakitangan dimasa akan datang... Tahniah kepada semua yang terlibat dan semoga CME seumpama ini akan memberikan manfaat kepada semua kakitangan...