AKTIVITI AKAN DATANG...
...TBA...
Jumaat, April 24, 2015
Khamis, April 23, 2015
Jamuan kesyukuran dan solat hajat sebelum peperiksaan pelajar sarjana radiologi.
Jamuan kesyukuran dan solat hajat sebelum peperiksaan pelajar sarjana radiologi telah diadakan pada:
Tarikh: 22 April 2015
Masa: 6.30 petang
Tempat: Sunflower Garden
Jamuan diadakan sebagai tanda penghargaan dan kesukuran sebelum peperiksaan berlangsung lagi 2 minggu. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua.
Perhimpunan pagi 23 April 2015
Perhimpunan pagi 23 April 2015 telah di kendalikan oleh En. Khanif Masoud. Doa pagi dibacakan oleh En. Jefri. Cerita pengajaran pada pagi ini di ceritakan oleh Prof Zahiah. Beliau berkongsi cerita mengenai kelebihan dan keindahan seorang wanita. Cerita ini di perolehi dari whatsapp. Tetapi apa yang menjadi pengajaran disini adalah, kita sentiasa perlu beringat tentang cerita-cerita yang di foward melalui whatsapp. Kerana kita tidak seharusnya sewenang-wenangnya foward apa-apa maklumat atau cerita yang tidak tahu kebenarannya.
Perhimpunan di susuli dengan pengumuman jamuan kesyukuran oleh pelajar sarjana yang akan mengambil pemeriksaan lagi 2 minggu dan pengumuman tentang berita kejayaan Kumpulan Sinaran yang menjadi juara keseluruhan dan juara kategori teknikal di dalam Konvensyen KIK peringkat Universiti Awam Malaysia kali ke-11 tahun 2015. Tahniah diucapkan.
Jumaat, April 17, 2015
Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam 2015:: Tahniah Kumpulan Sinaran
Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam 2015 telah berlangsung pada:
Tarikh: 14-16 April 2015
Hari: Selasa-Khamis
Tempat: Univeristi Sains Islam Malaysia
Jabatan Radiologi telah diwakili oleh Kumpulan Sinaran. Berikut adalah kejayaan yang telah dicapai oleh kumpulan KIK dari UKM:
Kumpulan Sinaran - Jabatan Perkhidmatan Radiologi Pusat Perubatan UKM
- Anugerah Emas
- Juara Kategori Teknikal
- Juara Keseluruhan
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Teruskan usaha dan kegigihan dimasa akan datang.
Tarikh: 14-16 April 2015
Hari: Selasa-Khamis
Tempat: Univeristi Sains Islam Malaysia
Jabatan Radiologi telah diwakili oleh Kumpulan Sinaran. Berikut adalah kejayaan yang telah dicapai oleh kumpulan KIK dari UKM:
Kumpulan Sinaran - Jabatan Perkhidmatan Radiologi Pusat Perubatan UKM
- Anugerah Emas
- Juara Kategori Teknikal
- Juara Keseluruhan
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Teruskan usaha dan kegigihan dimasa akan datang.
Jumaat, April 03, 2015
Jamuan Kesyukuran sempen tamat pengajian Pn. Norazreena dan Pn. Norshuhada
Jamuan Kesyukuran sempen tamat pengajian Pn. Norazreena dan Pn. Norshuhada telah diadakan pada 3 April 2015. Mereka telah menamatkan pengajian dalam bidang Sarjana Muda Pengimejan Perubatan UiTM yang diambil secara pengajian jarak jauh (PJJ). Tahniah di ucapkan.
Langgan:
Catatan (Atom)



















































