AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Selasa, Disember 09, 2014

Lawatan ke Kuala Lumpur Sports Medicine Centre

Lawatan ke Kuala Lumpur Sports Medicine Centre telah diadakan pada:

Tarikh: 9 Disember 2014
Hari; Selasa
Masa: 12.30 tgh - 2.00 petang
Tempat: 
Wisma Perintis, 47, Jalan Dungun, Bukit Damansara, 
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Lawatan diadakan untuk berkongsi dan bertukar-tukar idea dengan alat ciptaan yang dibuat oleh Kumpulan Sinaran pada tahun ini. 







Jumaat, Disember 05, 2014

Pemakluman polisi pengenaan caj cakera padat (CD) dan filem Radiologi

Semua kakitangan di mohon untuk mengambil maklum tentang polisi pengenaan caj cakera padat (CD) dan filem Radiologi. Hasil keputusan mesyuarat pengurusan PPUKM bilangan 21/2014 bertarikh 10 Jun 2014, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengenakan caj cakera padat (CD) atau filem kepada pesakit yang dipindahkan ke hospital lain walaupun atas arahan doktor mengikut kadar caj yang telah diluluskan.

Kadar caj ini akan dikenakan kepada semua kategori pesakit tanpa mengira status percuma dan had umur pesakit.

Semua kakitangan perlu mengambil maklum mengenai perkara ini. 


Jamuan kesyukuran bersempena penyerahan Mesin Fluroskopi baru di Jabatan Radiologi

Sebuah jamuan kesyukuran telah diadakan bersempena penyerahan Mesin Fluroskopi baru di Jabatan Radiologi. Jamuan telah diadakan pada:

Tarikh: 5 Disember 2014
Hari: Jumaat
Masa: 12.15 tengahari
Tempat: Sunflower

Semua kakitangan telah hadir untuk meraikan majlis ini. Semoga perkhidmatan radiologi akan dapat dipertingkatkan dengan penerimaan mesin baru ini.









Sesi penyerahan Mesin Fluroskopi baru di Jabatan Radiologi

Sesi penyerahan Mesin Fluroskopi baru di Jabatan Radiologi telah diadakan pada:

Tarikh: 5 Disember 2014
Hari: Jumaat
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Fluroskopi (Bilik lama - Bilik IVU)

Bilik dan mesin baru ini telah disiapkan dalam masa lebih kurang 2 bulan, Semua kakitangan gembira dengan penerimaan mesin baru ini. Semoga perkhidmatan Radiologi akan dapat dipertingkatkan dengan adanya mesin baru ini.






Selasa, Disember 02, 2014

Kursus Pemantapan Jati Diri Jabatan Radiologi 2014

Kursus Pemantapan Jati Diri Jabatan Radiologi 2014 telah diadakan pada:

Tarikh: 28-30 November 2014
Hari: Jumaat-Ahad
Masa: 8.30 pagi - 11.00 malam
Tempat: Puteri Resort Hotel, Melaka.