AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, November 12, 2014

Perhimpunan pagi 12 November 2014

Perhimpunan pagi 12 November 2014 telah di kendalikan oleh En. Mohd Sharmiezul. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Jefri. En. Mohd Sharmiezul telah menyampaikan sebuah artikel. 

Perhimpunan diikuti dengan pengumuman mengenai tedapat CME pada hari ini mengenai perisian baru untuk digunakan bagi menganalisa patologi pesakit. Prof Dr Hamzani membuat pengumuman mengenai aduan yang diterima sejak kebelakangan ini mengenai kakitangan oleh pesakit dan dorktor yang berurusan dengan Jabatan Radiologi. Semua kakitangan diingatkan untuk sentiasa bersikap mesra pesakit. Sekiranya terdapat sebarang aduan, sila adukan kepada pihak pengurusan. 






Isnin, Oktober 20, 2014

Kursus "Basic of cardiac MRI"

Kursus "Basic of cardiac MRI" akan diadakan pada:

Tarikh: 20 November 2014
Hari: Khamis
Tempat: MRI Suite, Jabatan Radiologi, PPUKM.

Kursus secara dalaman ini akan mendedahkan kepada peserta tentang teknik pengimejan MRI Cardiac. Semoga semua peserta akan dapat membuat kes-kes cardiac selepas kursus ini dijalankan.


Rabu, Oktober 08, 2014

Perhimpunan pagi 8 Oktober 2014

Perhimpunan pagi 8 Oktober 2014 telah di kendalikan oleh Pn. Rohaida Hashim.


Rabu, Oktober 01, 2014

Latihan penggunaan Automatic Injector CT Scan

Latihan penggunaan Automatic Injector CT Scan berjenama Medrad telah dijalankan pada:

Tarikh: 1 Oktober 2014
Hari: Rabu
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Tempat: Bilik CT Scan

Latihan yang dijalankan oleh application specialist dari Delta Medi Science ini telah memberikan pendedahan kepada semua kakitangan yang bertugas di CT Scan, cara penggunaan dan penjagaan injector CT Scan berjenama Medrad ini. Semoga selepas latihan dijalankan, semua kakitangan akan dapat menjalankan tugas di CT Scan dengan lebih cekap lagi.





Jumaat, September 26, 2014

Flow diverter workshop 2014

Flow diverter workshop 2014 teleh diadakan pada:

Tarikh: 24-25 September 2014
Hari: Rabu-Khamis
Tempat: Bilik Konferens dan Suite Angiografi, Jabatan Radiologi, PPUKM.


Workshop selama 2 hari ini diadakan dengan kerjasama Merlin Medical. Seorang penceramah dari German telah dibawakan khas untuk menjadi fasilitator didalam bengkel yang diadakan ini.




Khamis, September 25, 2014

Pengubahsuaian bilik IVU untuk menempatkan mesin Fluroskopi

Kerja-kerja pengubahsuaian bilik IVU untuk menempatkan mesin Fluroskopi telah dimulakan pada 25 September 2014. Kerja-kerja ini dijangkakan akan mengambil masa 2 bulan. Semoga kerja-kerja pengubahsuaian akan berjalan lancar.


 

Selasa, September 09, 2014

Mesyuarat bersama Pengurusan Kejurawatan Dewan Bedah

Mesyuarat bersama Pengurusan Kejurawatan Dewan Bedah telah diadakan pada:

Tarikh: 9 September 2014
Hari: Selasa
Masa: 3.00pm
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi

Di antara perkara yang dibincangkan didalam mesyuarat yang diadakan ini adalah mengenai jadual tugsan, kemudahan loker juru x-ray, bilik rehat dan sebagainya. Mesyuarat ini telah banyak memberikan kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. 



Khamis, Ogos 21, 2014

Perhimpunan pagi 20 Ogos 2014

Perhimpunan pagi 20 Ogos 2014 telah dikendalikan oleh En. Mohd Sharmiezul. Bacaan doa telah disempurnakan oleh En. Jefri Abdullah. Perhimpunan pagi diikuti dengan beberapa pengumuman oleh En. Metdahie Bujang

1. CT Scan
Tugas radiographer untuk mendapatkan ‘confirm’ daripada senior MO sebelum melaksanakan pemeriksaan multiphase atau CTA supaya tidak berlaku scan phase yang tidak diperlukan. 
Contoh;
  • Tidak semua fasa delay diperlukan dalam pemeriksaan multiphase.
  • Tidak semua fasa portal venous diperlukan dalam pemeriksaan CTA.


2. PACS
Petugas PACS hendaklah memerhatikan setiap kali imej-imej di upload kedalam osirix sebelum menghantar imej-imej berkaitan ke jukeraid server dan raidserver. Petugas berkenaan hendaklah merujuk kepada petugas yang lebih senior sekiranya kurang pasti tindakan yang perlu dilaksanakan. 
  • Secara mudah, jumlah imej-imej yang dihantar ke medweb hendaklah tidak melebihi 600 semuanya. Imej-imej berkenaan hendaklah dibina semula bagi tujuan penghantaran ke raidserver sekiranya jumlah keseluruhan adalah melebihi 600.
  • Imej-imej tadi hendaklah dihapuskan setelah dipastikan semua imej ‘thin slice’ dan ‘thick slice’ berada dengan jumlah yang mencukupi di jukeraid atau raidserver.


3. General X-ray
Radiographer hendaklah memastikan sendi-sendi atas dan bawah bagi ‘long bone’ nampak dalam radiograf.
  • teknik ‘maximum focal object distance’ hendaklah dipraktikkan disamping tidak meninggalkan teknik high kVp sepertimana x-ray dada.


4. CBCT
Radiographer hendaklah membuat persediaan bilik dan mesin pada jam 0800H.
  • Tong sampah hendaklah diletakkan didalam bilik pemeriksaan semasa waktu pejabat dan diluar bilik CBCT selepas waktu pejabat.
  • Setiap titik sentuhan pesakit hendaklah dibersihkan selepas pemeriksaan.
  • Sesi ‘machine warm up’ hendaklah dilaksanakan mengguna protocol OPG. Ianya hendaklah diulang sekali lagi sekiranya terdapat kesan petak atau sebagainya pada imej yang diperolehi.


5. CTpShield
Alat perlindungan ini terbahagi kepada 2 bahagian sahaja iaitu badan dan leher. 
  • Terdapat 3 saiz iaitu bayi, kanak-kanak dan dewasa.
  • CTpShield digunakan bagi pemeriksaan kepala dan dada. Ianya melindungi tubuh pesakit semasa pemeriksaan kepala dan pelvis semasa semasa pemeriksaan dada.
  • Secara ringkasnya, pesakit berusia kurang 20 tahun adalah dititikberatkan berdasarkan reaksi radiasi dan saiz tubuh yang lebih kecil serta keadaan berat CTpShield bagi praktis yang berterusan.
  • Alat perlindungan ini masih dalam pembangunan bagi mendapatkan berat yang paling minima bersandarkan kewangan kumpulan BenuaCIPTA.






Khamis, Ogos 14, 2014

Aidilfitri @ Radiologi 2014


Aidilfitri @ Radiologi 2014 telah diadakan pada:

Tarikh: 13 Ogos 2014 
Hari: Rabu
Masa: 12.45-2.00 pm
Pakaian: Baju Raya
Anjuran: Kelab Kebajikan dan Sosial Jabatan Radiologi

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan kata-kata aluan dari Prof Hamzaini Abd Hamid. Kemudiannya disusuli dengan acara makan dan nyanyian karaoke lagu-lagu raya. Majlis sambutan aidilfitri @ radiologi yang disambut secara tahunan ini telah berjalan dengan meriah. Semua tetamu yang hadir berpuas hati dengan sajian yang disajikan.




  

Rabu, Ogos 13, 2014

Perhimpunan pagi 13 Ogos 2014

Perhimpunan pagi 13 Ogos 2014 di kendalikan oleh En. Mazli Mohd Zin. Perhimpunan di mulakan dengan bacaan doa oleh En. Jefri Abdullah. Kemudian diikuti dengan sebuah kisah mengenai bersyukur.
Sungguhnya kita patut BERSYUKUR...
  1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
  2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
  3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
  4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.
  5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. 
  6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar. 
  7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. 
  8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat. 
  9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan. 
  10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
Perhimpunan berakhir dengan pengumuman mengenai jamuan raya yang akan diadakan pada tengahari ini.