AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Khamis, Ogos 29, 2013

Perhimpunan pagi 30 Ogos 2013

Perhimpunan pagi 30 Ogos 2013
Perhimpunan pada kali ini di kendalikan oleh Prof Madya Dr. Hamzaini Abd Hamid. Seperti biasa perhimpunan pagi dimulakan dengan bacaan doa. Selepas sahaja bacaan doa, Prof Madya Dr. Hamzaini menyampaikan sebuah cerita untuk dikongsi (cerita diolah mengikut kefahaman saya):
Kisah si tukang rumah
Ada sebuah kisah mengenai seorang tukang rumah yang sangat rajin bekerja. Tugas beliau membuat rumah sering mendapat pujian yang baik dari semua pelanggannya kerana telah membuat rumah dengan teguh, berkualiti dan sangat cantik. Pada suatu hari setelah hampir 20 tahun tukang rumah itu bekerja, beliau menyatakan hasratnya kepada majikannya untuk berhenti bekerja kerana sudah puas bekerja membina rumah. Majikannya dengan perasaan berat hati membenarkan tukang rumah tersebut untuk berhenti bekerja dengan satu syarat. Syaratnya adalah, tukang rumah tersebut perlu memenuhi permintaan majikan beliau untuk membina rumah yang terakhir sebelum tukang rumah tersebut boleh berhenti kerja. Tukang rumah tersebut bersetuju untuk memenuhi permintaan majikannya itu.
Setelah bersetuju dengan permintaan majikkannya itu, tukang rumah terebut terus sahaja meneruskan kerja untuk membina rumah terakhir yang diminta oleh manjikan beliau, tetapi pada kali ini, disebabkan oleh tukang rumah itu sudah ingin berhenti kerja, beliau telah membuat rumah tersebut dengan sambil lewa, tanpa mementingkan hasil kualiti rumah yang dibina. Rumah yang dibina itu telah dibina dengan sambil lewa, mempunyai struktur yang tidak utuh, menggunaakan bahan binaan yang tidak berkualiti dan mempunyai hasil kerja yang sangat teruk. Setelah rumah tersebut siap, tukang rumah tersebut memaklumkan kepada majikannya. Majikannya terus berkata, sebenarnya rumah terakhir yang dibina oleh tukang rumah itu adalah rumah yang ingin dihadiahkan kepada tukang rumah tersebut kerana menghargai dengan sumbangan tukang rumah itu yang sudah lama bekerja dengannya. Tukang rumah tersebut merasa sungguh terkejut dengan hadiah yang diterima dari majikannya itu, beliau berasa sangat menyesal kerana telah melakukan kerja yang sambil lewa untuk menyiapkan rumah tersebut.
Selang beberpa hari, tibalah masa tukang rumah berpindah ke rumah baru yang dihadiahkan kepada beliau. Tak lama kemudian, datanglah satu kejadian hujan lebat dengan angin yang kuat telah melanda rumah tersebut, rumah yang didiami oleh tukang rumah tersebut telah roboh disebabkan binaannya yang tidak kukuh. Setelah itu, tukang rumah itu berasa menyesal terhadap sikapnya yang bekerja sambil lewa didalam menyiapkan rumah tersebut.
Pengajaran yang kita boleh perolehi didalam kisah ini adalah, kita seharusnya sentiasa ikhlas didalam melakukan tugas yang diamanahkan kepada kita. Kerana kita tidak tahu yang kerja yang kita lakukan itu untuk siapa. Buat lah kerja dengan penuh keikhlasan, nascaya kita akan mendapat keberkatan hendaknya.
Selepas itu, sesi pengumunan di buka, penguman mengenai sambutan hari raya peringkat jabatan akan diadakan pada 5 September 2013. Majlis kemudiannya di tamatkan.


Isnin, Ogos 26, 2013

Bengkel IT-PACS

Bengkel IT-PACS telah diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh : 24 Ogos 2013
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang

Bengkel ini diadakan untuk memberikan pengetahuan kepada semua kakitangan mengenai bidang IT-PACS. Seramai 25 orang telah hadir didalam bengkel yang diadakan ini.


Isnin, Ogos 19, 2013

ATV Radiology Ride 2013

ATV Radiology Ride 2013 akan diadakan pada:

Tarikh: 16 November 2013
Masa: 8.30 am
Tempat: ATV Adventure Park, Kemensah Forest Reserve, Hulu Kelang.

Semua kakitangan Jabatan Radiologi dijemput untuk menyertai ride yang akan diadakan.


Aidilfitri @ Radiology 2013

Majlis Aidilfitri @ Radiology 2013 akan diadakan pada:

Tarikh: 5 September 2013
Masa: 12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Sunflower.

Semua kakitangan Jabatan Radiologi dijemput untuk menyertai jamuan yang diadakan.

Selasa, Julai 23, 2013

Kejohanan Bowling Tertutup Jabatan Radiologi

Kejohanan Bowling Tertutup Jabatan Radiologi 2013 akan diadakan pada:

Tarikh: 21 September 2013
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Alamanda, Putrajaya.

Semua kakitangan Jabatan Radiologi yang berminat untuk menyertai  Kejohanan Bowling Tertutup Jabatan Radiologi ini boleh mendaftar didalam borang yang disediakan dipapan notis Jabatan Radiologi.


Isnin, Julai 22, 2013

Audit dalaman ISO Jabatan Radiologi 2013

Audit dalaman ISO Jabatan Radiologi 2013 telah diadakan pada:

Tarikh: 22-23 Julai 2013
Masa: 9.00 am - 5.00 pm
Tempat: Jabatan Radiologi, PPUKM.

Audit dijalankan untuk mengenalpasti Jabatan Radiologi dalam keadaan yang terbaik untuk memberikan perkhidmatan kepada semua pelanggan.


Jumaat, Julai 19, 2013

Majlis Iftar Jabatan Radiologi 2013

Majlis Iftar Jabatan Radiologi 2013 anjuran Unit EIR telah diadakan pada:

Tarikh: 19 Julai 2013 (Jumaat)
Masa: 7.15-9.00 malam
Tempat: Bilik Sunflower. 


Majlis bermula dengan ketibaan semua kakitangan dan keluarga, diiringi dengan bacaan doa pembukaan majlis oleh En. Nizam. Majlis kemudian di susuli dengan ucapan kata-kata aluan Prof M Dr. Ahmad Sobri Muda dan ucapan kata-kata aluan Prof M Dr. Hamzaini Abdul Hamid. 

Tepat jam 7.31 malam, bacaan doa berbuka puasa telah dibaca oleh En. Nizam. Majlis berbuka puasa dimulakan. Selepas itu, semua hadirin bersolat magrib secara berjemaah di Bilik Konferens dan majlis berbuka puasa disambung semula. Majlis bersurai pada jam 9.00 malam.

Sanggar kerja Jabatan Radiologi

Sanggar kerja Jabatan Radiologi 2013 akan diadakan pada:

Tarikh: 18-20 Oktober 2013
Tempat: Avilion Admiran Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Semua kakitangan Jabatan Radiologi yang berminat untuk menyertai  sanggar kerja ini boleh mendaftar didalam borang yang disediakan dipapan notis Jabatan Radiologi.


Rabu, Julai 17, 2013

Perhimpunan pagi 17 Julai 2013

Perhimpunan pada kali ini di kendalikan oleh En. Mohamad Norman. Seperti biasa perhimpunan pagi dimulakan dengan bacaan doa. Selepas sahaja bacaan doa, En. Mohamad Norman berkongsi sebuah artikel mengenai memohon maaf untuk dikongsi bersama. Berikut adalah artikel yang dikongsi:
Memohon maaf
Syukur Alhamdulillah, sudah seminggu kita berpuasa. Amalan memohon maaf merupakan amalan yang terpuji namun amalan ini bukanlah hanya perlu dilakukan sekadar setahun sekali iaitu pada hari raya, bersalam-salaman dan sekadar mengucap “Saya minta maaf.” Ya, Aidilfitri yang akan menjelang 3 minggu lagi boleh dijadikan sebagai platform untuk kita saling bermaafan, tetapi perlulah lebih ikhlas dalam mengharapkan kemaafan dan memaafkan insan lain bagi mendapatkan keredhaan Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Kenapa kita sering berasa sukar untuk memohon maaf? Mungkinkah kerana kita terlalu ego dan tidak mahu mengaku kalah? Kebanyakkan orang menganggap perlakuan memohon maaf akan menunjukkan kelemahan diri. Benarkah? Mampukah kita merobohkan ‘tembok’ yang meletakkan ego dan emosi pada kedudukan yang sangat tinggi sehingga kita alpa tentang ukhuwah yang pernah terbina sebelum ini?
Bagaimana pula jika kita tidak tahu akan kesilapan yang telah dilakukan? Atau mungkin juga kita yakin bahawa kita tidak bersalah, tapi perlukah kita memohon maaf? Mungkin senang untuk menjawab secara lisan, mungkin sukar bagi sebahagian masyarakat. Usahlah memohon maaf hanya semata-mata untuk menjernihkan suasana. Cuba tanamkan rasa bertanggungjawab untuk menjaga ukhuwah tersebut. Fikirkan bahawa memohon kemaafan itu sebagai komitmen untuk memperbaiki hubungan dan bukannya satu kelemahan diri.
Memang sukarkan untuk memohon maaf? Lebih-lebih jika kita sendiri tidak pasti apa kesalahan kita. Namun, jika kita sedar akan betapa mahalnya nilai sebuah ukhuwah, nescaya semua manusia di muka bumi ini akan hidup aman damai dan saling bermaaf-maafan.
Jika ada orang yang berbuat salah terhadap kita, alangkah baiknya jika kita dapat sucikan hati dan cuba memaafkan insan tersebut sempena Aidilfitri yang bakal menjelma nanti. Cuba lupakan kesilapan yang telah dilakukan oleh orang lain terhadap kita.  Bukankah lebih baik jika kita cuba memaafkan orang lain dan cuba selesaikan masalah yang telah berlaku daripada kita terus mengeruhkan keadaan?
Wasallam.
Perhimpunan kemudiannya di susuli dengan sesi pengumuman. Pengumuman pertama adalah mengenai pintu ISS yang tidak dikunci selepas waktu pejabat. Kakitangan adalah diingatkan untuk mengunci semua pintu dan tidak dibiarkan terbuka kerana ini akan menimbulkan masalah keselamatan. Pengumuman kedua adalah mengenai satu audit dalaman ISO akan diadakan pada 22-23 Julai 2013 nanti. Perhimpunan berakhir pada jam 8.15 am.

Khamis, Julai 04, 2013

Konvensyen "ICC - Team Excellence" peringkat Wilayah Tengah

Kumpulan Sinaran telah mewakili Jabatan Radiologi didalam Konvensyen "ICC - Team Excellence" peringkat Wilayah Tengah yang telah diadakan pada:

Tarikh: 2-3 Julai 2013
Tempat: Shah Alam Convention Center, Shah Alam, Selangor.

Tahniah diucapakan kepada kumpulan Sinaran kerana telah berjaya memperolehi Anugerah EMAS didalam pertandingan yang diadakan. Kumpulan Sinaran berpeluang untuk menyertai konvensyen di peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada  1-3 Oktober 2013 di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang.