AKTIVITI AKAN DATANG...
...TBA...
Khamis, Mei 02, 2013
Isnin, April 29, 2013
Annual general meeting Kelab Kebajikan dan Sosial Jabatan Radiologi, PPUKM.
Annual general meeting Kelab Kebajikan dan Sosial Jabatan Radiologi, PPUKM telah diadakan pada:
Tarikh: 25 April 2013
Hari: Khamis
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Konferens Jabatan Radiologi, PPUKM.
Tarikh: 25 April 2013
Hari: Khamis
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Konferens Jabatan Radiologi, PPUKM.
Mesyuarat telah diadakan dengan ucapan kata-kata aluan dari Ketua Jabatan. Selepas itu, pengerusi kelab telah memberikan ucapan dan diikuti dengan pembentangan laporan kewangan oleh bendahari kelab kebajikan. Antara aktiviti lain yang diadakan adalah perlantikan penolong setiausaha baru dan cabutan bertuah yang menawarkan 14 keping voucer hadiah. Majlis telah ditamatkan dengan jamuan petang.
Rabu, April 24, 2013
CME Jabatan Radiologi April 2013
CME Jabatan Radiologi pada bulan April 2013 telah diadakan seperti berikut:
Tarikh: 24 April 2013
Masa: 1.00-2.00 tengahari
Tempat: Bilik Konferens Jabatan Radiologi
Tajuk: "The Gold Standard in Radiation Protection" (RADPAD)
Tarikh: 24 April 2013
Masa: 1.00-2.00 tengahari
Tempat: Bilik Konferens Jabatan Radiologi
Tajuk: "The Gold Standard in Radiation Protection" (RADPAD)
RADPAD® Shields adalah produk Perlindungan Sinaran dari Amarika Syarikat yang merupakan peneraju dunia dalam perlindungan sinaran serakan yang secara langsung mengurangkan pendedahan radiasi serakan kepada kakitangan perubatan semasa prosedur fluoroskopi. Ianya ringan, fleksibel dan bebas plumbum. Alat perlindungan radiasi RADPAD® telah didokumenkan didalam lebih daripada 18 kajian klinikal untuk memberikan kepada kadar pengurangan 95% dalam sinaran serakan.
Maklumat lanjut mengenai produk ini boleh didapati www.radpad.com
Isnin, April 15, 2013
KIK IPTA 2013
Kumpulan Sinaran dari Jabatan Radiologi telah terpilih untuk menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2013, Institut Pengajian Tinggi Awam, yang akan berlangsung pada:
Tarikh: 20-23 May 2013
Hari: Isnin-Rabu
Tempat: Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
Tahniah dan selamat maju jaya untuk Kumpulan Sinaran.
Tarikh: 20-23 May 2013
Hari: Isnin-Rabu
Tempat: Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
Tahniah dan selamat maju jaya untuk Kumpulan Sinaran.
Rabu, Mac 06, 2013
Persidangan TWIN 2013
Persidangan TWIN 2013 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh Jabatan Radiologi PPUKM. Persidangan in telah berlangsung pada:
Tarikh: 2-5 Mac 2013
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Berjaya Times Square Hotel
Persidangan yang berlangsung selama 4 hari ini memberikan pendedahan kepada para peserta yang terdiri daripada pelbagai negara. Hari pertama dan kedua, persidangan ini diadakan di Berjaya Times Square Hotel yang dipenuhi dengan aktiviti perbincangan kes dan berkongsi pengalaman dengan pendekatan dan tekologi terkini yang digunakan. Pada hari ketiga pula persidangan beralih kepada Fakulti Verterina, Universiti Putra Malaysia. Hari keempat persidangan diteruskan di Pusat Perubatan UKM.
Jumaat, Februari 15, 2013
XperGuide Mini Workshop
XperGuide Mini Workshop telah di adakan pada:
Tarikh: 14-16 Februari 2013
Masa: 9.00-5.00 pm
Tempat: Bilik Conference Jabatan Radiologi dan iMAGIC, PPUKM.
Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua kakitangan yang bertugas di Unit iMAGIC, PPUKM tentang teknologi XperGuide yang ada pada mesin Philips Angiography. Semua peserta berpuas hati dengan bengkel yang diadakan ini kerana diberi peluang untuk mempraktikan apa yang dipelajari secara hands-on.
Khamis, Februari 07, 2013
Perhimpunan pagi 6/2/2013
Perhimpunan pagi 6/2/2013 telah diadakan pada hari ini. Perhimpunan hari di kendalikan oleh En. Mohamad Norman. Tajuk pengisian pada pagi ini adalah mengenai memberi maaf.
Perhimpunan kemudiaannya disusuli dengan mesyuarat ringkas mengenai masalah semasa menjalankan pemeriksaan radiografi mudahegrak di NICU.Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah terguris? Mengapa tidak mahu melupakan disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat?Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dam pemaaf.Lunakkan hati dengan renungan ini: Bila sukar memaafkan kesalahan orang lain bermakna kita ada sifat ego dan sombong yang dimurkai oleh Allah. Siapakah kita yang mahu merasakan diri sebagai ‘tuan’ dan mahu orang lain sentiasa berbuat baik terhadap kita.Bila ada orang membuat kesilapan, siapakah kita untuk marah, berdendam dan berharap dia akan menerima balasan dari perbuatannya. Setiap orang ada kelemahan dan kekurangan, termasuk diri kita. Kalau hari ini orang bersalah dengan kita, tidak mustahil suatu hari nanti kita pula tersalah dengan orang. Apakah kita jamin yang kita tidak akan membuat salah dan silap? Kalau kita mahu memaafkan kesalahan kita, pasti orang lain pula mengharapkan kemaafan dari kita.Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata “ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini.”Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita. Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa ‘memang patut dihukum’ dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah.Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya; maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T.Memberi kemaafan adalah sukar sekiranya kita belum ada sifat kehambaan, yang melihat segala yang berlaku adalah di bawah pentadbiran ALLAH Yang Maha Mengetahui. Kita akan takut untuk marah dan berdendam dengan manusia hanya dengan ujian yang menimpa, kerana bimbang kalau-kalau ujian itu merupakan petanda ALLAH sedang murka terhadap dosa-dosa kita.
Isnin, Februari 04, 2013
Kursus orentasi kakitangan baru
Kursus orentasi kakitangan baru
Tarikh: 30-31 Januari 2013
Hari: Rabu-Khamis
Masa: 2-5 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi, PPUKM.
Seramai 11 orang kakitangan baru yang terlibat didalam orentasi ini.
Tarikh: 30-31 Januari 2013
Hari: Rabu-Khamis
Masa: 2-5 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi, PPUKM.
Seramai 11 orang kakitangan baru yang terlibat didalam orentasi ini.
Isnin, Januari 21, 2013
Ceramah mengenai MRI Hybrid system
Ceramah mengenai MRI Hybrid system telah diadakan pada:
Tarikh: 21 Januari 2013
Hari: Isnin
Tempat: Bilik Konferens Jabatan Radiologi
Tarikh: 21 Januari 2013
Hari: Isnin
Tempat: Bilik Konferens Jabatan Radiologi
Ceramah MRI Hybrid ini dianjurkan oleh Syarikat Philips. Hybrid MRI ini adalah dengan kemudahan dewan bedah. Dimana selepas ni, pesakit yang menjalani pembedahan tidak perlu keluar dewan bedah terlebih dahulu, dan boleh terus menjalani pemeriksaan MRI, untuk memastikan pembedahan yang dijalankan benar-benar sempurna sebelum luka pembedahan dijahit semula dan pesakit boleh keluar dari bilik pembedahan dengan sempura. Tidak seperti amalan semasa sekarang, patient perlu dijahit, sebelum keluar dari dewan bedah dahulu sebelum pemeriksaan MRI dijalankan. Modeliti ini akan meningkatkan tahap perawatan pesakit di PPUKM!

Isnin, Januari 14, 2013
Berita takziah : En. Zainal Abd Ghani
Takziah diucapkan kepada En. Zainal Abd Ghani yang telibat dalam kemalangan semasa memanjat pokok rambutan di kebun milik beliau. Kejadian berlaku pada 12 Januari 2013 apabila beliau telah memegang dahan yang telah reput semasa memanjat pokok rambutan di kebun milik beliau di Melaka.
Beliau yang mengalami kecederaan patah di tulang tibia/ fibula sebelah kiri telah selamat menjalani pembedahan dan dijangka akan berehat selama 2 bulan. Semoga beliau akan tabah menghadapi dugaan yang menimpa. En. Mohd Nizam Mohd Sobri akan menjalankan tugas beliau semasa beliau cuti sakit. Semoga En. Zainal akan cepat sembuh dan kembali bertugas seperti biasa.

Langgan:
Catatan (Atom)




