AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, Oktober 19, 2012

Kumpulan BenuaCIPTA telah memenangi anugerah 3 bintang dalam National Inovative Creative Circle Convention (NICC) 2012.

Keputusan Konvensyen National Inovative Creative Circle (NICC) 2012
Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Radiologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya memenangi anugerah 3 bintang dalam National Convention in Quality Control Circle (Peringkat Kebangsaan). 

Kejayaan ini merupakan satu bukti jelas dalam peningkatan dan pengekalan kejayaan untuk aktiviti KIK di Pusat Perubatan UKM. Berikut adalah senarai nama ahli kumpulan BenuaCIPTA yang telah bertanding pada kali ini:

Fasilitator - Dr. Nik Azuan Nik Ismail

Ketua Kumpulan - Metdahie Bujang
Penolong Ketua - Mohd Azhar Mhd Arshad
Setiausaha - Mohd Fadzri Sulaiman

Ahli kumpulan
Ruzi Abdullah
Erliananiza Mohd Salim
Siti Farizwana Mohd Ridzwan
Zarina Ramli
Nur Hamizah Ali
Siti Fatimah Hussin
Siti Salwani Ali

Semoga kejayaan ini akan membakar semangat semua kakitangan di PPUKM untuk terus berusaha bagi mengekalkan kejayaan yang cemerlang seumpama ini. Konvensyen selama 2 hari ini berlangsung dari 16-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua ahli kumpulan.

Khamis, Oktober 18, 2012

Kumpulan Sinaran berjaya memenangi anugerah 3 bintang dalam International Convention in Quality Control Circle Peringkat Antarabangsa.

Keputusan Konvensyen ICQCC (Peringkat Antarabangsa) 2012

Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan Sinaran - Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah berjaya memenangi Anugerah 3 bintang dalam International Convention in Quality Control Circle Peringkat Antarabangsa. Kumpulan Sinaran yang dipilih untuk mewakili Malaysia bagi stream F ini mempersembahkan projek yang bertajuk "Reducing Dose Reduction in Mobile Radiography Examination"

Kumpulan Sinaran terdiri daripada 10 orang ahli dan seorang fasilitator. Berikut adalah senarai ahli kumpulan sinaran yang telah terlibat didalam konvensyen yang diadakan pada kali ini:

Fasilitator
Dr. Faizah Mohd Zaki

Ketua Kumpulan
Mazli Mohamad Zin

Setiausaha
Wan Noor Afzan Wan Sulaiman 

Ahli-ahli kumpulan
Sa’don Samian
Roslaili Mohamed
Mohamad Norman Mohd Nordin
Fazlina Mohd Amin
Halimah Abd. Ghani
Muhd. Nizam Mohd Sobri
Farahana Idayu Mamat
Hairul Amri Mohamod

Semoga kejayaan ini akan membakar semangat semua kakitangan di PPUKM untuk terus berusaha bagi mengekalkan kejayaan yang cemerlang seumpama ini. Konvensyen selama 4 hari ini berlangsung dari 14-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre.


Isnin, Oktober 01, 2012

Kursus Motivasi dan Peningkatan Mutu Kerja

Kursus Motivasi dan Peningkatan Mutu Kerja Jabatan Radiologi telah diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh: 28-30 September 2012
Hari: Jumaat-Ahad
Masa: 8.30 am - 11.00 pm

Kursus yang diadakan ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara kakitangan Jabatan Radiologi dan memberikan maklumat terkini mengenai prosedur kerja di Jabatan Radiologi. Kursus yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sosial Jabatan Radiologi ini adalah kursus kali ke-10 diadakan. Semua peserta berpuas hati dengan kursus yang dianjurkan pada tahun ini. Semoga kursus seumpama ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.


Sabtu, September 22, 2012

Basic CT Scan reconstruction Course

Basic CT Scan reconstruction course telah diadakan pada:

Tarikh: 22 September 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 am - 5.00 pm

Kursus yang diadakan ini antara lain memuatkan pengetahuan asas mengenai CT Scan dan kaedah yang paling mudah untuk membuat rekonstruksi imej dalam CT Scan. 

Berikut adalah topik-topik yang telah di bentangkan didalam kursus yang diadakan:
1. Basic introduction on CT Scan - Mohamad Norman Mohd Nordin
2. CT Scan: From X-ray to Image. - Mohamad Nor Affendi Hj. Awang
3. Anatomy in CT Scan: What radiographers should know. - Mazli Mohamad Zin
4. Basic indication in CT Scan examination - En. Mohamad Sharmiezul Mohamad Saharin
5. Special techniques radiographers should khow - En. Mohd Safwan Hashim

Didalam kursus yang diadakan ini juga, peserta telah diberikan peluang untuk mempelajari dengan lebih lagi melalui sesi hand's-on:
Station 1: Basic post processing - MPR (Navigtor)
Station 2: 3D Reconstruction in Perfusion dan CTA Coronary examination.
Station 3: 3D Reconstruction in bone
Station 4: Reconstruction in CTA Aorta dan Lower Limb

Tahniah diucapkan kepada penganjur kerana telah menganjurkan kursus yang amat berguna seumpama ini. Bagi semua peserta yang hadir, tahniah juga diucapkan kerana kerana telah berkorban masa dan tenaga untuk menyertai kursus ini. Semoga kursus seumpama ini akan diadakan pada masa yang akan datang lagi.


Ahad, September 16, 2012

27th Malaysia-Singapore Radiographer's Conference

27th Malaysia-Singapore Radiographer's Conference telah diadakan pada:

Tarikh: 13-15 September 2012
Masa: 8.30 pagi -10.30 malam
Tempat: Merdeka Palace Hotel

Jabatan Radiologi PPUKM telah membentangkan 3 kertas kerja dan diwakili oleh:
1. En. Mazli Mohamad Zin - Reducing scattered radiation in mobile radiographic examination
2. En. Mohamad Norman Mohd Nordin - Static magnetic field safety assessment for MRI practice in Malaysia
3. Pn. Zarina Ramli - Patient Anxiety Level During Magnetic Resonance Imaging Procedure

Seminar yang diadakan selama 3 hari ini telah menarik minat peserta dari seluruh asia.


Jumaat, September 14, 2012

Jamuan Hari Raya Jabatan Radiologi 2012

Jamuan Hari Raya Jabatan Radiologi 2012 telah diadakan pada:

Tarikh: 13 September 2012
Hari: Khamis
Masa: 12.30 tengahari

Jamuan telah diadakan dalam suasana yang meriah dan ceria. Semua kakitangan yang hadir memakai pakaian raya untuk menaikkan suasana aidilfitri yang di sambut. 

Khamis, Julai 19, 2012

Bengkel Perkembangan Hala Tuju Jabatan Radiologi

Bengkel Perkembangan Hala Tuju Jabatan Radiologi telah diadakan pada

Tarikh: 19 Julai 2012
Hari: Khamis
Masa: 8.30-5.00pm
Tempat: Sukmaria, PPUKM.

Bengkel ini antara lain untuk melihat perkembangan terkini dalam perancangan yang telah dibuat semasa sanggar kerja 2011 yang lepas.Menilai perancangan hala tuju jabatan dalam tempoh 5 tahun akan datang dan sepanjang tahun 2012. Ianya juga untuk membuat semakan semula keperluan jabatan bagi 5 tahun akan datang dan pada tahun 2012 dari aspek perjawatan kakitangan, keperluan peralatan dan infrastruktur. Menilai semula perancang pencapaian latihan dan bengkel sepanjang tahun 2012. Membincangkan isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kualiti perkhidmatan dan memupuk semangat kerjasama di kalangan kakitangan bagi memastikan objektif jabatan untuk memberikan perkhidamatan yang berkualiti kepada pelanggan sentiasa di tahap yang membanggakan.


Isnin, Julai 16, 2012

Jabatan Radiologi Pemenang tempat ke 5 Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Yang Ke-25 Peringkat Negeri Selangor

Tahniah diucapkan kepada Kumpulan BENUA CIPTA kerana telah berjaya mendapat tempat ke-5 dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Yang Ke-25 Peringkat Negeri Selangor Bagi Sektor Awam Tahun 2012.

Konvensyen telah diadakan pada:
Tarikh: 10-11 Julai 2012
Hari: Selasa-Rabu
Tempat: Dewan Jubli Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam Selangor.

Cuba lagi ditahun hadapan. Syabas diucapkan.

Isnin, Jun 18, 2012

Kejohanan Bowling Tertutup Jabatan Radiologi 2012

Kejohanan Bowling Tertutup Jabatan Radiologi 2012 telah diadakan pada:

Tarikh: 16 Jun 2012
Hari: Sabtu
Masa: 2.00 petang
Tempat: Ampang Bowl, Metro Point Kajang, Selangor.

Kejohanan yang menarik minat 10 kumpulan (4 orang sepasukan) ini telah berlangsung dengan penuh kemeriahan. Berikut adalah keputusan penuh pemenang bagi kejohanan pada kali ini.

Kategori Lelaki
Johan: Mazli Mohamad Zin
Naib Johan: Mohd Adzha Yahaya
Ketiga: Hairul Amri Mohamed

Kategori Wanita
Johan: Norazreena Abd Ghani
Naib Johan: Noor Adila Zolkeflee
Ketiga: Shahirah  Shafferi

Kategori Berkumpulan
Johan:
1. En. Mohd Adzha Yahaya
2. En. Mohd Khairul Aizat Razalee
3. Pn. Roslina Harun
4. En. Sa'don Samian

Naib Johan:
1. En. Mazli Mohamad Zin
2. En. Mohd Fahmi
3. Cik Shakeena
4. Pn. Masliah

Ketiga:
1. Azleena Alias
2. Norazreena Abd Ghani
3. Farahana Idayu Mamat
4. Shahirah Shafferi

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


Rabu, Jun 06, 2012

Majlis taklimat calon pascasiswazah sarjana perubatan (Radiologi sesi 2012/2013)

Majlis taklimat calon pascasiswazah sarjana perubatan (Radiologi sesi 2012/2013) telah diadakan pada:

Tarikh: 4 Jun 2012
Hari: Isnin
Masa: 8.30am - 5.00pm
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan dan Makmal Komputer Casemix

Taklimat yang diadakan adalah kepada calon pascasiswazah sarjana perubatan Radiologi yang baru melapor diri. Seramai 16 calon yang terlibat didalam taklimat ini. Di antara topik taklimat yang dibentangkan adalah:

  • Ucapan kata-kata aluan dari Ketua Jabatan
  • Overview untuk 4 tahun pengajian
  • Wokflow CT Scan, MRI, Angiografi dan Perubatan Nuklear
  • Radiation protection dan TLD
  • Pengurusan sisa klinikal
  • Kelab Kebajikan
  • Do's and Don'ts
  • Sistem C-HEts, IRIS, Medweb dan SMR (Secara hands on di Makmal Komputer)
Semua calun pascasiswazah berpuas hati dengan taklimat yang diberikan. Pihak penganjur akan mengadakan taklimat seumpama ini dimasa hadapan kerana ianya memberikan banyak manfaat kepada semua calun pascasiswazah.