AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Khamis, Oktober 16, 2008

Konvensyen KIK Ke 13 peringkat UKM

Konvensyen KIK Ke 13 peringkat UKM telah diadakan pada 16 Oktober 2008 bertempat di Auditorium Pusat Perubatan UKM, Cheras.

Berikut ialah keputusan rasmi Konvensyen ini:
KATEGORI TEKNIKAL
JOHAN - ADVANCE - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan,PPUKM
NAIB JOHAN - TERAJU - Jabatan Pentadbiran Am, PPUKM
KETIGA - ASAS Q - Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKMB.

KATEGORI PENGURUSAN
JOHAN - SENTROMER - Institut Perubatan Molekul (UMBI), UKM
NAIB JOHAN - IMPAQ - Jabatan Kualiti dan Unit Khidmat Pelanggan, PPUKM
KETIGA - MEDIPRIMA - Jabatan Rekod Perubatan, PPUKM

JUARA KESELURUHAN
ADVANCE - Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan,PPUKM

Kumpulan KIK Advance yang menjadi juara keseluruhan telah mencipta alat untuk mengalihkan pesakit.

Tahniah kepada semua pemenang... Bila lah agaknya Jabatan Radiologi akan bergiat aktif semula didalam KIK nie...

CME Bulan Oktober Jabatan Radiologi


CME pada bulan ini dibentangkan oleh Pn. S. Elavarasi. Beliau membentangkan tentang "Teknik yang betul untuk radiografi kanak-kanak". CME yang di jalankan sebulan sekali ini akan memberikan maklumat terkini dan pembelajaran terbaru dalam bidang yang berkaitan dengan kerja.

Di dalam teknik yang betul, tangan kanak-kanak yang perlu menjalani pemeriksaan radiografi kanak-kanak perlu di angkat ke atas dan dipastikan tidak bergerak. Tiub x-ray perlu di "angle" ke bawah sedikit. Gunakan apron getah plumbum untuk perlindungan sinaran dan cegah gerak (seperti dalam gambar).
Teknik seumpama ini penting untuk dijalankan bagi memastikan setiap imej yang dihasilkan adalah berkualiti dan mudah untuk dinilai oleh pakar radiologi. Sebagai juru x-ray yang berkelayakan, kita haruslah sentiasa update dengan teknik baru yang dapat meningkatkan kualiti kerja kita...

CME yang diadakan secara bulanan ini adalah wajib untuk di hadiri untuk semua kakitangan. Pada bulan hadapan, kita akan nantikan pembentangan dari En. Safwan mengenai CT Perfusion pula.

Selasa, Oktober 14, 2008

Berita Kenaikan Pangkat Kakitangan

Kenaikan pangkat Juru X-ray dan Atenden Kesihatan.

Tahniah kepada En. Mohd. Rusdi, En. Metdahie Bujang dan En. Mohd Faizal Ma'aris!

En. Rusdi Mansor dan En. Metdahie Bujang telah dinaikkan pangkat dari jawatan Juru X-ray U29 kepada Juru X-ray U32.

En. Mohd Faizal Ma'aris pula telah dinaikkan pangkat ke Atenden Kesihatan U12.

Kepada semua kakitangan yang telah di naikkan pangkat, tahniah diucapkan! Supaya dengan kenaikan pangkat ini, akan mendorong dan menaikkan semangat bagi semua untuk bekerja dengan lebih tekun lagi...

Rabu, Oktober 01, 2008

Selamat Hari Raya...


Hari raya disambut setahun sekali, tetapi ada kakitangan Jabatan Radiologi yang perlu menunaikan tanggungjawab untuk betugas di hari raya. Ini adalah gambar kenangan di antara kakitangan yang perlu menjalankan tugas di hari raya... Jangan bersedih yea...

Bertugas di Hari Lebaran seperti ini memang menjadi satu tanggungjawab bagi semua kakitangan hospital seperti kami... Walaupun bertugas di hari raya, lemang, ketupat dan rendang dibawa sebagai bekalan...

Di hari raya juga pihak Pusat Perubatan UKM meraikan kakitangannya dengan mengadakan jamuan hari raya di Foyer Blok Pendidikan. Jamuan hari raya itu dihadiri oleh Dekan dan Pengarah PPUKM. Terima kasih kepada semua yang bertugas di Hari Raya (yang lain bolehlah beraya sakan pada tahun ini... tahun depan kami pula yang akan bercuti... Yaahhooo...)

Selasa, September 23, 2008

Kelas Angiografi


Mulai hari ini, kelas Angiografi akan diadakan pada setiap minggu... Kelas akan diadakan pada setiap hari selasa petang... Semua kakitangan di jemput hadir... Kehadiran diwajibkan bagi team EIR...

Topik perbincangan pada minggu ini adalah mengenai pengenalan jenis-jenis prosedur yang dijalankan di Unit Endovaskular dan Intervensional Radiologi, PPUKM. Kelas di kendalikan oleh En. Mazli dan En. Mohamad Norman.

Tujuan kelas diadakan adalah untuk bersama-sama berkongsi ilmu mengenai perkembangan terkini dan semua prosedur yang dijalankan. Sambutan bagi kelas pertama ini agak menggalakan... Kelas akan diadakan pada minggu hadapan dengan topik pengenalan terhadap kateter yang digunakan di Unit Endovaskular dan Intervensional Radiologi, PPUKM pula.

Rabu, September 10, 2008

Etika Perubatan Juru X-ray


Di bulan mulia ini, apa kata kalau kita bersama-sama menilai semula apa yang di katakan sebagai Etika Perubatan Juru X-ray. Mungkin ramai diantara kita yang sudah lama tidak membacanya...

ETIKA PERUBATAN JURU X-RAY.

DEFINASI.
Suatu peraturan nilai moral dan prinsip etika (perilaku) untuk para profesional iaitu Juru X-ray (JXR) yang bekerja dengan pesakit.

TANGGUNGJAWAB.
  1. JXR harus merahsiakan segala hal yang berkaitan dengan butir-butir peribadi pesakit.

  2. JXR tidak boleh memberitahu pesakit sebarang maklumat yang berkaitan dengan diagnosisnya.

  3. JXR juga harus memberikan penerangan yang ringkas dan jelas kepada pesakit sebelum melakukan sesuatu pemeriksaan bagi mendapatkan kerjasama mereka.

  4. Setiap kali pemeriksaan dilakukan, perlindungan sinaran haruslah diberikan kepada pesakit.

  5. Memberi perkhidmatan dengan bangga dan hormat tanpa mengira umur, kaum, warna kulit, agama, jantina dan juga tanpa mengira kecacatan anggota dan mental.

  6. Menggalakkan kepercayaan dan keyakinan awam melalui kecekapan, profesional, perilaku serta persembahan diri dan berpiawaian tinggi.

  7. Melakukan semua prosedur teknikal dengan mengutamakan peraturan keselamatan sinaran yang terkini.

  8. Menawarkan diri dari melakukan praktis @ prosedur yang tidak bersesuaian dengan kelayakan yang dimiliki. (dalam beberapa keadaan dimana ulasan perlu disampaikan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membantu diagnosis @ rawatan, JXR boleh memberinya).

  9. Menyimpan atau mengawal kerahsiaan maklumat samada peribadi @ perubatan yang diperolehi (melainkan adalah perlu untuk perundangan di mahkamah).

  10. Bekerjasama dengan ahli-ahli profesional lain yang berkaitan dalam memberikan jagaan kesihatan yang berkesan.

  11. Memajukan bidang sains teknologi perubatan melalui usaha-usaha ke arah pembangunan profesional.

  12. Memberikan perkhidmatan 24 jam kepada pesakit di bahagian Jabatan Kemalangan & Kecemasan.

  13. Mengendalikan peralatan yang berteknologi tinggi dan mahal harganya.

  14. Menilai borang permohonan x-ray bagi menentukan maklumat diagnosis.

Elok untuk diingat-ingatkan dan dijadikan amalan...

Isnin, September 01, 2008

Bermulanya bulan Ramadan...


1 September bersamaan dengan 1 Ramadan... Bermulanya Bulan Ramadan hari ini... Biasanya bulan macam nie memang tak banyak aktiviti yang dijalankan...

Semua kakitangan berdebar-debar menantikan jadual tugas; siapa yang dapat bercuti raya dan siapa pula yang perlu bertugas di hari raya ini...

Kepada semua kakitangan diucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalankan tugas...

Ahad, Ogos 17, 2008

Selamat Pengantin Baru : Che Asmira


Selamat pengantin baru kepada Che Asmira Che Ahmad.

Maklumat majlis adalah seperti berikut:
Tarikh : 17 Ogos 2008
Masa : 1230 - 400 petang
Tempat : Kelang, Selangor.

Semogo jodoh berkekalan sehingga ke akhir hayat... Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan...

Sabtu, Ogos 16, 2008

Kejohanan Bowling Tertutup Jabatan Radiologi.

Maklumat kejohanan yang telah di adakan adalah seperti berikut:

Tarikh : 16 Ogos 2008
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Golden Bowl, UE3, Cheras, Kuala Lumpur.

Kejohanan tahunan ini telah memasuki tahun ke 5 dianjurkan. Kejohanan dianjurkan oleh Badan Kebajikan Jabatan Radiologi.

Senarai pemenang :
Kategori Lelaki
Pertama
: Hairul Amri Mohamod
Kedua : Dr. Mohd Azlan
Ketiga : Mazli Mohd Zin

Kateori Wanita
Pertama
: Noor Adila Zolkiflee
Kedua : Wan Noor Afzan Wan Sulaiman
Ketiga : Hamidah Hashim

Tahniah kepada semua pemenang.... Yang kalah dan kurang bernasib baik... Tahun depan boleh cuba lagi... Jangan putus asa...

Jumaat, Ogos 08, 2008

Unit IT-PACS Jabatan Radiologi


Ditubuhkan untuk membantu mengatasi sebarang masalah berkaitan dengan penggunaan IT (Information Technology) dan PACS (Picture Archiving and Communication System) sistem di Jabatan Radiologi.

Ahli IT-PACS mengikuti kelas yang diadakan pada setiap hari khamis setiap minggu. Ahli akan di update dengan maklumat terkini mengenai IT. Lawatan ke hospital lain juga diadakan bagi menambahkan pengetahuan mengenai sistem PACS yang digunakan.

Nombor hotline IT-PACS ialah 7408. Sila hubungi nombor berkenaan sekiranya mempunyai masalah kehilangan imej di medweb... Ahli IT-PACS sedia membantu...