Perhimpunan pagi 29 Julai 2015 telah di kendalikan oleh En. Mohd Sharmiezul. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa pagi dan tazkirah mengenai puasa 6 di bulan syawal. Perhimpunan disusuli dengan pengumuman oleh Pn. Normi mengenai aktiviti Kelab Kebajikan untuk kutipan derma yang diadakan untuk anak yatim, jamuan hari raya bersama anak yatim dan jamuan hari raya Jabatan Radiologi yang akan diadakan pada 6 Julai 2015 (Khamis). Pengumuman juga telah di buat oleh En. Norman mengenai ada satu sesi CME akan diadakan pada hari ini mengenai power port (chemoport). Perhimpunan berakhir pada jam 8.15 am.
Perhimpunan pagi 15 Julai 2015 di kendalikan oleh En. Mohamad Norman. Topik beliau adalah mengenai keselelamatan jalan raya semasa pulang ke kampung sempena Aidilfitri.
Majlis iftar Radiologi 2015 anjuran unit INTERVENSI akan di adakan pada 10 Julai 2015 (Jumaat). Semua kakitangan Radiologi di jemput hadir bagi memeriahkan majlis ini.