AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, April 29, 2015

CME Jabatan Radiologi: Hand Bone Lesions Made Easy

CME Jabatan Radiologi bertajuk Hand Bone Lesions Made Easy telah diadakan pada:

Tarikh: 29 April 2015
Hari: Rabu
Masa: 1.00-2.00 petang
Temapat: Bilik Konferens Jabatan Radiolog, HCTM, PPUKM.

CME pada kali ini membentangkan tentang teknik terkini dalam pengambilan spesimen dalam bentuk tulang (bone) menggunakan teknologi terkini yang lebih mudah dan kurang memberikan trauma kepada pesakit. Berbanding dengan cara konvensional, teknik pengambilan spesimen tulang menggunakan penukul. Teknik terkini ini, menggunakan sejenis 'drill' kecil yang kompak menggunakan kuasa bateri. 

Di dalam CME yang dijalankan, pihak pengedar telah menunjukkan demo bagaimana menjalankan teknik ini secara live. Kes akan dapat dijalankan dengan lebih selamat dan pesakit akan menjadi lebih selesa dengan prosedur yang akan dapat menjimatkan masa sehingga sesebuah kes dapat dijalankan dalam masa 10 minit sahaja.






Perhimpunan pagi 29 April 2015

Perhimpunan pagi rabu 29 April 2015 telah dikendalikan oleh Pn. Azleena Alias. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mustafa. Perhimpunan diikuti dengan satu kisah mengenai katak. Kesimpulan kisah katak ini mengenai seorang yang ingin mencapai kejayaan tidak seharusnya mendengar kata-kata negatif dan tidak menyokong ke arah kejayaan yang ingin dicapai. Hanya kata-kata semangat dan mengyokong perlu di dengar untuk menaikkan semangat ke arah mencapai kejayaan.

Perhimpunan di ikuti dengan pengumuman mengenai sebuah CME akan diadakan pada waktu tengahari ini. CME pada hari ini bertajuk "Hard bone lesion made easy". Perhimpunan diakhiri dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.




Mesyuarat persediaan naziran perjawatan Jabatan Radiologi, PPUKM

Mesyuarat persediaan naziran perjawatan Jabatan Radiologi, PPUKM telah diadakan pada:

Tarikh: 28 April 2015
Hari: Selasa
Masa: 3.30-4.45 petang
Tempat; Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi, PPUKM.

Mesyuarat selama 1 jam lebih ini adalah untuk persediaan naziran perjawatan Jabatan Radiologi, PPUKM telah diadakan pada penghujung bulai mei 2015.





Majlis jamuan makan meraikan kejayaan cemerlang kumpulan KIK UKM

Majlis jamuan makan tengah hari meraikan kejayaan cemerlang kumpulan KIK Sinaran, Jabatan Radiologi, UKM semasa konvensyen KIK peringat Universiti Awam Malaysia:

Tarikh: 28 April 2015
Hari: Selasa
Masa: 12.00 tengahari - 2.00 petang
Tempat: Begonia Coffee House, Puri Pujangga, UKM.

Majlis jamuan makan tengah hari telah dikelolakan oleh Pendaftar UKM, Pn. Asmahan Musa. Ianya telah diserikan dengan kehadiran Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Penyelidikan & Inovasi, Prof. Dato’ Dr. Mazlin Mokhtar.






Sesi saringan perlindungan harta intelek projek KIK

Sesi saringan perlindungan harta intelek projek KIK Kumpulan Sinaran tahun 2014 telah diadakan pada:

Tarikh: 28 April 2015
Hari: Selasa
Masa: 10.00 pagi

Sesi telah dihadiri oleh ketua jabatan, ahli kumpulan Sinaran dan empat orang pegawai Pusat Inovatif dan Kolaboratif dari UKM. Sesi telah berjalan dengan lancar dan keputusan untuk kelulusan paten akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Selamat maju jaya diucapkan kepada Kumpulan Sinaran dan Jabatan Radiologi.








Jumaat, April 24, 2015