Jabatan Radiologi telah menerima lawatan dari Pelajar Pengimejan Perubatan UiTM Puncak Alam. Lawatan telah diadakan pada:
Tarikh: 19 Mac 2015
Hari: Khamis
Masa: 9.00 pagi-12.30 tgh
Tempat: Jabatan Radiologi dan Jabatan Radioterapi
Pelawat telah disambut dan diberikan penerangan mengenai Jabatan Radiologi secara ringkas di Bilik Mesyuarat Lembaga. Ucapan kata-kata aluan dari Jabatan Radiologi iaitu En, Mazli Mohamad Zin dan Wakil pengiring En, Sharoni dari Program Pengimejan Perubatan UiTM Puncak Alam telah diadakan. Pelawat kemudianya di sajikan dengan minuman pagi.
Program disusuli dengan sisi fotografi sebelum semua pelawat di bawa melawat ke Jabatan Radiologi dan Jabatan Radioterapi setelah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Semua pelawat yang mengambil bahagian didalam lawatan pada kali ini berpuas hati dengan lawatan yang telah diikuti.