AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Khamis, Ogos 21, 2014

Perhimpunan pagi 20 Ogos 2014

Perhimpunan pagi 20 Ogos 2014 telah dikendalikan oleh En. Mohd Sharmiezul. Bacaan doa telah disempurnakan oleh En. Jefri Abdullah. Perhimpunan pagi diikuti dengan beberapa pengumuman oleh En. Metdahie Bujang

1. CT Scan
Tugas radiographer untuk mendapatkan ‘confirm’ daripada senior MO sebelum melaksanakan pemeriksaan multiphase atau CTA supaya tidak berlaku scan phase yang tidak diperlukan. 
Contoh;
  • Tidak semua fasa delay diperlukan dalam pemeriksaan multiphase.
  • Tidak semua fasa portal venous diperlukan dalam pemeriksaan CTA.


2. PACS
Petugas PACS hendaklah memerhatikan setiap kali imej-imej di upload kedalam osirix sebelum menghantar imej-imej berkaitan ke jukeraid server dan raidserver. Petugas berkenaan hendaklah merujuk kepada petugas yang lebih senior sekiranya kurang pasti tindakan yang perlu dilaksanakan. 
  • Secara mudah, jumlah imej-imej yang dihantar ke medweb hendaklah tidak melebihi 600 semuanya. Imej-imej berkenaan hendaklah dibina semula bagi tujuan penghantaran ke raidserver sekiranya jumlah keseluruhan adalah melebihi 600.
  • Imej-imej tadi hendaklah dihapuskan setelah dipastikan semua imej ‘thin slice’ dan ‘thick slice’ berada dengan jumlah yang mencukupi di jukeraid atau raidserver.


3. General X-ray
Radiographer hendaklah memastikan sendi-sendi atas dan bawah bagi ‘long bone’ nampak dalam radiograf.
  • teknik ‘maximum focal object distance’ hendaklah dipraktikkan disamping tidak meninggalkan teknik high kVp sepertimana x-ray dada.


4. CBCT
Radiographer hendaklah membuat persediaan bilik dan mesin pada jam 0800H.
  • Tong sampah hendaklah diletakkan didalam bilik pemeriksaan semasa waktu pejabat dan diluar bilik CBCT selepas waktu pejabat.
  • Setiap titik sentuhan pesakit hendaklah dibersihkan selepas pemeriksaan.
  • Sesi ‘machine warm up’ hendaklah dilaksanakan mengguna protocol OPG. Ianya hendaklah diulang sekali lagi sekiranya terdapat kesan petak atau sebagainya pada imej yang diperolehi.


5. CTpShield
Alat perlindungan ini terbahagi kepada 2 bahagian sahaja iaitu badan dan leher. 
  • Terdapat 3 saiz iaitu bayi, kanak-kanak dan dewasa.
  • CTpShield digunakan bagi pemeriksaan kepala dan dada. Ianya melindungi tubuh pesakit semasa pemeriksaan kepala dan pelvis semasa semasa pemeriksaan dada.
  • Secara ringkasnya, pesakit berusia kurang 20 tahun adalah dititikberatkan berdasarkan reaksi radiasi dan saiz tubuh yang lebih kecil serta keadaan berat CTpShield bagi praktis yang berterusan.
  • Alat perlindungan ini masih dalam pembangunan bagi mendapatkan berat yang paling minima bersandarkan kewangan kumpulan BenuaCIPTA.






Khamis, Ogos 14, 2014

Aidilfitri @ Radiologi 2014


Aidilfitri @ Radiologi 2014 telah diadakan pada:

Tarikh: 13 Ogos 2014 
Hari: Rabu
Masa: 12.45-2.00 pm
Pakaian: Baju Raya
Anjuran: Kelab Kebajikan dan Sosial Jabatan Radiologi

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan kata-kata aluan dari Prof Hamzaini Abd Hamid. Kemudiannya disusuli dengan acara makan dan nyanyian karaoke lagu-lagu raya. Majlis sambutan aidilfitri @ radiologi yang disambut secara tahunan ini telah berjalan dengan meriah. Semua tetamu yang hadir berpuas hati dengan sajian yang disajikan.




  

Rabu, Ogos 13, 2014

Perhimpunan pagi 13 Ogos 2014

Perhimpunan pagi 13 Ogos 2014 di kendalikan oleh En. Mazli Mohd Zin. Perhimpunan di mulakan dengan bacaan doa oleh En. Jefri Abdullah. Kemudian diikuti dengan sebuah kisah mengenai bersyukur.
Sungguhnya kita patut BERSYUKUR...
  1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, kerana beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
  2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
  3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
  4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan.
  5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. 
  6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar. 
  7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. 
  8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat. 
  9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan. 
  10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...
Perhimpunan berakhir dengan pengumuman mengenai jamuan raya yang akan diadakan pada tengahari ini.


Rabu, Ogos 06, 2014

Lawatan 5S dari Jabatan Pengimejan Diagnostik, Hospital Kuala Lumpur.

Lawatan 5S dari Jabatan Pengimejan Diagnostik, Hospital Kuala Lumpur telah diadakan pada:

Tarikh: 6 Ogos 2014
Hari: Rabu
Tempat: Seluruh Jabatan Radiologi

Lawatan ini telah di ketuai oleh Dr. Noraini Rose dari Jabatan Pengimejan Diagnostik, Hospital Kuala Lumpur. Ketua Jabatan, Prof Hamzaini Abd Hamid telah meluangkan masa untuk menyambut kehadiran rombongan dari HKL ini. Mesyuarat di mulakan dengan sesi ucapan dari Ketua Jabatan, Ketua Penyelaras 5S PPUKM dan wakil pelawat. 

Aturacara lawatan diteruskan lagi dengan sesi taklimat oleh Pn. S. Elavarasi. Seterusnya pelawat di jemput untuk menikmati juadah yang disediakan. Sesi bergambar diadakan sebelum semua pelawat dibawa untuk melawat disekitar jabatan.










Audit ISO Jabatan Radiologi, PPUKM

Audit ISO Jabatan Radiologi, PPUKM telah diadakan pada:

Tarikh: 5 Ogos 2014
Hari: Selasa
Tempat: Jabatan Radiologi

Audit pada kali ini dijalankan secara dalaman. Audit telah dilakukan oleh En. Faizor Hj Hassan (Unit Peperiksaan) dan Pn Kamariah Md Nasir (JTM). Audit dijalankan untuk pemantauan:

  • Keberkesanan pogram ISO yang dijalankan
  • Aktiviti yang dijalankan di bawah program ISO
  • Prosdur dan proses kerja
  • Teguran dari audit yang lepas.


Perhimpunan pagi 6 Ogos 2014

Perhimpunan pagi 6 Ogos 2014 pada kali ini dikendalikan oleh En. Mohamad Halmi Bin Shamsudin. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Muhamad Hafiz.

Pada hari ini, En. Mohamad Halmi Bin Shamsudin menceritakan tentang satu situasi yang boleh memberikan pengajaran mengenai cabaran dan halangan dalam kehidupan. 
Kisah bermula dengan satu perjalanan menaiki kereta yang dilalui oleh seorang anak dan ayahnya. Semasa dalam perjalanan mereka telah bertemu dengan satu cuaca ribut yang kuat. Semua kenderaan yang melalui jalan tersebut berhenti untuk menantikan ribut yang melanda dan tidak berani untuk menempuhinya. Si anak bertanya kepada ayahnya, adakah kita perlu berhenti atau tidak. Ayahnya menjawab, jangan berhenti, teruskan perjalanan. Setelah beberapa lama si anak dan ayahnya menempuhi ribut tersebut, maka sampailah disatu kawasan dimana ribut sudah reda. 
Maka si anak memberhentikan kenderaan beliau dan mula bertanya kepada ayahnya, mengapa kita tidak berhenti semasa ribut tadi? Si ayah pun menjawab, cuba kamu tengok di belakang, masih ada ribut yang melanda, kita tidak tau apa yang sedang berlaku kepada pemandu-pemandu yang sedang berhenti di belakang tadi. Mungkin kecelakaan boleh berlaku disebabkan oleh pokok yang tumbang dan banjir yang mungkin melanda, oleh itu eloklah kita bergerak. 
Pengajaran dari cerita tadi, kita perlulah sentiasa meneruskan kehidupan walau apa pun cabaran yang melanda di dalam kehidupan kita ini. Tanpa putus asa, perjuangan harus diteruskan agar segala cabaran dapat di tempuhi dengan penuh ketabahan.
Perhimpunan berakhir dengan beberapa pengumuman oleh En. Mazli Mohd Zin, yang pertama mengenai lawatan 5s yang akan diadakan  dari  Jabatan Pengimejan Diagnostik, Hospital Kuala Lumpur pada hari ini dan Jamuan Raya yang akan diadakan pada hari rabu minggu hadapan (13 Ogos 2014) jam 12.45pm. Semua kakitangan dijemput hadir dengan memakai baju raya.