Tahniah di ucapkan kepada Kumpulan BenuaCIPTA dari Jabatan Radiologi PPUKM kerana telah memenangi anugerah emas didalam Konvensyen KIK peringkat wilayah tengah MPC 2014. Konvensyen telah diadakan pada:
Tarikh: 28-29 May 2014
Hari: Rabu-Khamis
Tempat: Sunway Piramid Convention Centre, Subang Jaya, Selangor.
Tahniah diucapkan
AKTIVITI AKAN DATANG...
...TBA...
Jumaat, Mei 30, 2014
Rabu, Mei 21, 2014
Perhimpunan pagi 21 Mei 2014
Perhimpunan pagi 21 Mei 2014 telah di kendalikan oleh Cik Anis Shamimi Mohd Darus. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa dari En. Jefri Abdullah dan sedikit perkongsian mengenai:
...
Sejurus selepas itu, En Metdahie membuat pengumuman mengenai masalah sistem DR Konika. Setiap kakitangan yang ingin memproses imej menggunakan mesin Konika di ingatkan untuk memastikan talian network antara mesin scanner dan workstation dalam keadaan baik.
En. Mohamad Norman pula membuat pengumuman mengenai hasil mesyuarat mengenai tugasan di Unit CT Scan. Mulai bulan Jun 2014 akan terdapat 3 orang bekerja di Unit CT Scan pada waktu pejabat. Petugas ini akan menjalankan semua kes termasuk kes-kes dari Jabatan Perubatan Kecemasan. Petugas lebih masa CT Scan akan mula bertugas di Unit CT Scan pada jam 5.00 petang. Semua kakitangan yang bertugas lebih masa CT Scan harus memastikan beliau berada di Unit CT Scan sebelum tamat waktu pejabat.
Pengumuman terakhir pada hari ini adalah mengenai satu sesi CME akan diadakan pada hari ini yang bertajuk Cardiovascular MRI dan Syngo. CME tersebut akan diadakan di Bilik Konferens pada jam 1.00 tengah hari. Semua kakitangan dijemput hadir.
Perhimpunan berakhir pada jam 8.20 pagi.

Sabtu, Mei 17, 2014
Mesyuarat Unit CT Scan Bil 1/2014
Mesyuarat Unit CT Scan Bil 1/2014 telah diadakan pada:
Tarikh: 17 Mei 2014
Hari: Jumaat
Masa: 3.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Jabatan, Prof Hamzaini Abd Hamid. Mesyuarat telah bersetuju:
- En. Mazli, En. Safwan, Pn Parimala dan En. Saiful Azri dilantik sebagai core team CT Scan
- 3 Orang akan ditugaskan di Unit CT Scan pada setiap hari dan sekurang-kurangnya seorang daripadanya adalah dari core team CT Scan.
- Petugas oncall akan hanya mula bertugas di bilik CT Scan selepas jam 4.30 petang.
- Kegagalan petugas oncall untuk hadir pada masa yang ditetapkan akan mengakibatkan amaran diberikan
Khamis, Mei 15, 2014
Pengubahsuaian Bilik PACS
Sedikit pengubahsuaian Bilik PACS telah dijalankan dengan mengalihkan patition yang tidak digunakan dipejabat lama untuk diletakkan di Bilik PACS. Patition ini akan digunakan untuk kemudahan Perkhidmatan 3D Lab. Perkhidmatan 3D lab di Jabatan Radiologi akan lebih tersusun dan kemas dengan adanya patition ini.
Jamuan perpisahan pelajar pasca siswazah program Radiologi UKM 2014
Jamuan perpisahan pelajar pasca siswazah program Radiologi UKM 2014 telah diadakan pada:
Tarikh: 15 Mei 2014
Hari: Khamis
Masa: 1.00 tengahari
Jamuan telah dimulakan dengan ucapan kata alu2an oleh pengerusi majlis. Kemudian di ikuti dengan ucapan ringkas dari Prof Zulfiqar sebagai wakil ketua jabatan. Majlis makan ini adalah sebagai satu tradisi sempena perpisahan pelajar yang telah tamat pengajian. Tahniah kepada semua di ucapkan.

Sabtu, Mei 10, 2014
Perlawanan Futsal antara Jabatan 2014
Perlawanan Futsal antara Jabatan 2014 telah diadakan pada:
Tarikh: 10 Mei 2014
Hari: Sabtu
Tempat: Sorts Affairs Badminton and Futsal Court, Batu 9, Taman Segar Perdana, Cheras, KL.
Tahniah diucapkan kepada Jabatan Radiologi kerana telah memenangi tempat ke-3 dalam perlawanan yang diadakan.

Jumaat, Mei 09, 2014
Mesyuarat pengurusan Jabatan Radiologi
Mesyuarat pengurusan Jabatan Radiologi telah diadakan pada:
Tarikh: 8 Mei 2014
Hari: Khamis
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Radiologi
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Radiologi, Prof Hamzaini Abd. Hamid. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan portfolio baru bagi tugasan yang telah ditinggalkan oleh Pn. Fauziah Ramli yang telah menamatkan perkhidmatan beliau (berpencen). Sedikit rombakan juga dilakukan dengan En. Sadon Samian dan En. Mohamad Norman akan berpindah untuk duduk di bilik beliau. Bilik En. Sa'don yang kosong akan di kongsi bersama Pn. Halimah dan Pn. NorAzreena. Pn. Normi pula akan berpindah ke bilik Pn. Roslaili dan Pn. Fazlina. En. Mohd Sharmiezul akan berkongsi bilik bersama En. Mazli dan En. Safwan.
Semoga rombakan ini akan memberikan kemajuan didalam penstrukturan semula jawatan dan tugasan bagi semua kakitangan pegurusan dan menjadi motivasi untuk semua bekerja dengan lebih cekap dan hebat lagi.
Khamis, Mei 08, 2014
Mesyuarat jawatankuasa 5S PPUKM
Mesyuarat jawatankuasa 5S PPUKM telah diadakan pada:
Tarikh: 7 Mei 2014
Hari: Rabu
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Rekod Perubatan
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pn. Fauziah Hanon. Mesyuarat diadakan untuk memberikan maklumat mengenai persediaan yang perlu dijalankan sebelum audit 5S dari MPC yang akan diadakan pada 15 Mei 2014. Semoga PPUKM akan dapat mengekalkan status organisasi yang menjayakan 5S pada tahun ini.
Selasa, Mei 06, 2014
Status kemajuan renovasi Jabatan Radiologi
Status kemajuan renovasi Jabatan Radiologi sedang berjalan dengan lancar dan melalui proses kerja terakhir. Semoga dengan siapnya proses renovasi ini, ianya akan memberikan imej yang baru Jabatan Radiologi.
Isnin, Mei 05, 2014
Lawatan pelajar master in research dari Kazakhstan
Lawatan pelajar master in research dari Kazakhstan ke Jabatan Radiologi telah diadakan pada:
Tarikh: 2 Mei 2014
Hari: Jumaat
Masa: 9.00 am
Langgan:
Catatan (Atom)