AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Rabu, Februari 26, 2014

Presentation on "Artis Zee Multi-Purpose - There's so much to zee"

Presentation yang bertajuk "Artis Zee Multi-Purpose - There's so much to zee" telah diadakan pada:

Tarikh: 26 Februari 2014
Masa: 1.00 petang
Tempat: Bilik Konferens Jabatan Radiologi, PPUKM.
Penceramah:
Heng Chun Tak (Siemens Regional Headquarteres)
Wan Marizan Wan Majid (Siemens Malaysia)





Rabu, Februari 19, 2014

Perhimpunan pagi 19 Februari 2014

Perhimpunan pagi 19 Februari 2014 pada kali ini telah dikendalikan oleh En. Mohd Sharmiezul Mohd Shahrin. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Jefri Abdullah.

Perhimpunan kemudiannya disusuli dengan bacaan artikel oleh En. Mohd Sharmiezul mengenai 
Marah & Putus Asa
Alkisah, seekor ular memasuki gudang tempat kerja tukang kayu di petang hari. Kebiasaan si tukang kayu, membiarkan sebagian peralatan kerjanya masih berserakan dan tidak merapikannya. 
Nah ketika ular itu berjalan kesana kemari di dalam gudang, tanpa sengaja ia merayap di atas gergaji. Tajamnya mata gergaji, menyebabkan perut ular terluka. Tapi ular beranggapan gergaji itu menyerangnya. Ia pun membalas dengan mematuk gergaji itu berkali-kali. 
Serangan itu menyebabkan luka parah di bagian mulutnya. 
Marah dan putus asa, ular berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan musuhnya.
Ia pun membelit kuat gergaji itu. Maka tubuhnya terluka amat parah dan akhirnya ia pun mati..
Kadangkala, di saat kita marah, kita ingin melukai orang lain. Tapi sesungguhnya tanpa disadari, yang dilukai adalah diri kita sendiri. 
Mengapa? Karena perkataan dan perbuatan di saat marah adalah perkataan dan perbuatan yang biasanya akan kita sesali di kemudian hari.. 
Mari, kita sama-sama belajar untuk tidak marah (atau setidaknya mampu meredakan marah) terhadap situasi buruk yang mungkin kita alami. 
Berbaik-baik Sesama Islam
Rasulullah saw. bersabda, "Tiada sempurna iman seorang kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri." [HR Bukhari dan Muslim] 
Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya". [HR Bukhari & Muslim] 
Dari Abu Ayub al-Ansari ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda,"Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling memalingkan mukanya". [HR Bukhari & Muslim] 
Dari Hurairah ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara". [HR Bukhari & Muslim] 
Dari Abu Darda ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda, "Tidak seorang Muslim mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya, mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." [HR Muslim] 
Rasulullah saw. bersabda, "Tolonglah saudaramu, baik dia orang yang menganiaya ataupun yang dianiaya. Bertanya seorang sahabat: "Ya Rasulullah, kami mengerti tentang menolong orang yang teraniaya tetapi bagaimana kami menolong orang yang menganiaya ?". Nabi saw. menjawab: "Cegahlah dia". [HR Bukhari] 
Allah berfirman, "Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang". (Al Hujuraat: 10)
Perhimpunan kemudiannya diikuti dengan pengumuman mengenai ronavasi akan diadakan selama 3 bulan. Tema yang telah di pilih adalah hijau kebiruan. Didalam proses renovasi yang di jalankan,Pn. Fudziah, Pn. Roslaili dan En. Mazli akan bertanggungjawab didalam proses pemindahan dan yang berkaitan.





Lawatan pelajar biomedical engineering dari Sudan University of Science & Technology (SUST)

Jabatan Radiologi telah menerima lawatan pelajar biomedical engineering dari Sudan University of Science & Technology (SUST) pada: 

Tarikh: 18 Februari 2014
Hari: Selasa
Masa: 9.00 am - 1.00 pm

Tujuan lawatan diadakan adalah untuk melihat modeliti yang terdapat di Jabatan Radiologi. Dr. Al Fadhil telah memberikan penerangan kepada semua tetamu yang datang. Semua pelawat merasa seronok kerana mempunyai juru bahasa dari Sudan sepanjang lawatan dijalankan.


Renovasi dan penambahbaikkan lantai dan dinding Jabatan Radiologi PPUKM

Renovasi dan penambahbaikkan lantai dan dinding Jabatan Radiologi PPUKM sedang bermula:

Tarikh:  18/2/14-20/5/14 (16 minggu)
Kawasan yang terlibat adalah seluruh kawasan am jabatan kecuali unit MRI dan INTERVENSI. Semasa renovasi dilakukan, akan terdapat bunyi bising dan berhabuk dikawasan yang terlibat. Semua kakitangan perlu memberikan kerjasama sepanjang renovasi di jalankan.






Jumaat, Februari 14, 2014

Perhimpunan pagi 12 Februari 2014

Perhimpunan pagi pada kali ini dikendali kan oleh Pn. Farahana Idayu Mamat. Perhimpunan di mulakan dengan bacaan doa oleh Jefri Abdullah... Tajuk pada kali ini adalah mengenai Cara Rasullullah SAW Menjaga kesihatan diri...

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri
DISEDIAKAN OLEH: UNIT HAL EHWAL ISLAM, HOSPITAL SUNGAI BULOH.
 
BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah saw yang perlu kita sebagai umat Islam contohi? Mencontohi Baginda bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Bukan bermakna Nabi saw terhindar daripada penyakit, tetapi Baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali sahaja.
Rasulullah saw sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas yang berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan. Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit (maaf). Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:-
 
1. Selalu bangun sebelum Subuh.
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara pada waktu subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
 
2. Menitikberatkan tatacara menjaga kebersihan.
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi. Sabda Baginda yang bermaksud:
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa, demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman.”(Hadis riwayat Muslim)
 
3. Tidak pernah makan berlebihan.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Salah satu sumber penyakit adalah datangnya dari perut (makanan). Amalan pemakanan yang tidak betul dan berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol dan boleh memudharatkan tubuh kita. Galakan berpuasa merupakan suatu bentuk terapi yang boleh mengistirehatkan perut disamping menyihatkan tubuh badan kita.
 
4. Gemar berjalan kaki.
Rasulullah saw berjalan kaki ke masjid, pasar dan mengunjungi rumah-rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan dengan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
 
5. Tidak pernah iri hati.
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. Banyakkanlah berdoa: “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
 
6. Tidak pemarah.
Nasihat Rasulullah ‘JANGAN MARAH’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad sahaja tetapi merangkumi juga kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.
 
7. Pemaaf.
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
 
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat Rasulullah saw, Insya-Allah akan dikupas pada masa-masa yang mendatang.
 
Perhimpunan pagi diteruskan dengan pengumuman oleh En. Mazli. Beliau memaklumkan bahawa pihak jabatan telah berjaya menganjurkan Program Kembara Khidmat Masyuarakat ke Melaka... Beliau juga memaklumkan bahawa pada minggu hadapan, penyampaian sijil bagi anugerah kehadiran cemerlang tahun 2013...
 
Perhimpunan disudahi dengan ucapan terima kasih...

Selasa, Februari 11, 2014

Ahad, Februari 09, 2014

Program Kembara Khidmat Masyarakat Jabatan Radiologi ke Melaka 2014

Program Kembara Khidmat Masyarakat Jabatan Radiologi ke Melaka 2014 telah berlangsung pada:

Tarikh: 7-8 Februari 2014
Tempat: Pantai Puteri, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Program yang diadakan selama 2 hari ini bertujuan untuk:

  1. Memberikan khidmat kepada masyarakat dengan mengadakan gotog-royong membersihkan Pantai Puteri.
  2. Mengenalkan kepada semua peserta tentang ke cintaan dan menghargai alam sekitar.
  3. Mewujudkan semangat berpasukan diantara semua peringkat kakitangan.
  4. Memupuk semangat kerjasama antara semua peserta. 
  5. Memberikan pengalaman dan ilmu yang baru dalam bidang rekreasi permotoran.
Terdapat 17 orang peserta menyertai Program Kembara Khidmat Masyarakat Jabatan Radiologi ke Melaka 2014 yang diketuai oleh En. Mohamad Nizam Mohd Sobri ini. Peserta terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan jawatan. 

Program dimulakan dengan majlis pelepasan yang telah sudi dirasmikan oleh Ketua Jabatan, Prof Madya Dr Hamzaini Abdul Hamid di tempat letak kereta MRI. Didalam majlis pelepasan tersebut taklimat ringkas telah diberikan oleh ketua program, ucapan kata-kata aluan oleh ketua jabatan, bacaan doa oleh En. Zainodin dan kibaran bendera pelepasan yang telah dilakukan oleh ketua jabatan.



Para peserta yang sempat mengambil gambar sewaktu rehat sepanjang perjalanan ke Melaka.



Aktiviti pertama, aktiviti makan malam di medan ikan bakar setelah sampai ke Melaka.



Peserta bersiap sedia untuk menuju ke Pantai Puteri Melaka untuk program yang telah dirancang.



Para peserta bersarapan pagi dahulu untuk mengumpulkan tenaga semasa dalam perjalanan ke Pantai Puteri Melaka.



Program dimulakan... Tahniah kepada semua peserta yang benar-benar ikhas menyumbangkan tenaga untuk berbakti kepada masyarakat... Perasaan bangga dirasakan oleh semua peserta kerana dapat menyumbang tenaga dengan melakukan kebaikan... Amin...





Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur di atas penganjuran aktiviti yang amat berfaedah ini. Semua peserta berpuas hati dengan program yang telah dianjurkan. Di harapkan program khidmat masyarakat seumpama ini akan diadakan lagi dan akan mendapat sambutan yang lebih hebat pada masa hadapan.