AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Khamis, Ogos 25, 2011

Amanat Ketua Jabatan mengenai penerimaan hamper di musim perayaan...

Berikut adalah maklumat yang berupa amanat Ketua Jabatan mengenai Penerimaan Hamper Di Musim Perayaan...

Adakah pemberian hamper yang kecil nilainya di anggap rasuah ?
Peneriman atau pemberian hadiah tidak kira kecil atau besar nilainya adalah menjadi satu kesalahan rasuah sekiranya pekerja yang mempunyai majikan menerima atau memberi hadiah bagi sesuatu perkhidmatan atau tugasan rasmi daripada pembekal. (Rujuk Para 12 3/1998) Nota: Keadaan ini juga merangkumi penjawat awam, swasta dan orang awam.

Bolehkan penjawat awam menerima hadiah dalam musim perayaan ?
Pegawai awam tidak boleh menerima atau menerima hadiah dalam apa bentuk sekalipun seperti hamper, Limau Mandarin, Ang Pau dan lain-lain yang ada hubungan dengan tugas rasminya. (Rujuk Para 5 PP 3/1998)

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya hadiah seperti hamper atau jambangan bunga diletakkan di atas meja pegawai atau di rumah di mana pemberinya tidak diketahui ?
Bagi keadaan sedemikian, pegawai dinasihat untuk melaporkan kepada Ketua Jabatannya untuk membuat keputusan. Tindakan sedemikian bertujuan untuk menyelamatkan pegawai daripada ditohmah oleh pihak tertentu. (Rujuk Para 6 PP 3/1998)

Seorang pegawai awam menerima jemputan bagi Majlis Berbuka Puasa dari sebuah Hotel. Bolehkah dia hadir?
Sekiranya tidak mempunyai urusan rasmi pegawai berkenaan boleh hadir. Walau bagaimanapun sekiranya pegawai atau jabatan mempunyai urusan rasmi jabatan wajar dirujuk kepada Ketua Jabatan untuk kebenaran agar tidak menimbulkan tohamahan. Dalam kes ini, ianya berbentuk keraian dan bukan hadiah. (Rujuk Para 14 PP 3/1998)

Seorang pegawai kerajaan telah menerima wang tunai bernilai RM500.00 dalam Musim Perayaan daripada individu yang sering berurusan rasmi dengan jabatan dan dalam keadaan yang sukar ditolak. Beliau kemudian melaporkan kepada Ketua Jabatannya. Apakah yang perlu dilakukan oleh Ketua Jabatannya.
Tindakan pegawai kerajaan berkenaan adalah bertepatan dengan Peruntukan PP 3/1998. Dari segi tindakan Ketua Jabatan beliau perlulah memikirnya dari segi kepentingan jabatan keseluruhannya. Memandangkan nilainya tidak sepadan dan berkaitan dengan tugas rasmi, maka Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai itu memulangkan kembali kepada pemberi.

Bolehkah seorang Pegawai Badan Berkanun menerima hadiah berbentuk hamper daripada seorang individu yang sering berurusan rasmi pejabatnya ?
Pihak Badan Berkanun juga tertakluk kepada PP 3/1998. Ianya tidak boleh diterima kerana berkaitan tugas rasmidan dalam keadaan sukar ditolak perlu melaporkan kepada Ketua Jabatannya.

Soalan2 dan jawapan di atas adalah diambil dari SPRM website dan saya harap semua dapat membaca attachment berkaitan garis panduan penerimaan hadiah oleh pegawai perkhidmatan awam untuk panduan.

Apa polisi fakulti berkaitan perkara ini? Ini jawapan saya dapat dari Prof Dato Raymond:
Polisi PPUKM mengenai penerimaan hamper dari syarikat atau individu adalah sama dengan garis panduan umum SPRM. The best thing to do, if you can't reject it, is to distribute the contents of the hamper to all your staff.

Di peringkat Jabatan saya mencadangkan:
Mulai hari ini kita menolak semua pemberian hamper dari syarikat yang mempunyai hubungan perniagaan dengan kita. Sekiranya kita tidak dapat menolak, ada 2 perkara yang kita perlu buat:

i) kita terimalah hamper itu dan menasihatkan syarikat tersebut supaya tidak lagi memberi hamper di masa-masa yang akan datang atau menghadapi risiko ditolak.

ii) memaklumkan kepada ketua jabatan

Semua hamper yang telah diterima hendaklah dikumpulkan dan akan dijamu kepada semua kakitangan semasa Jamuan Hari Raya Badan Kebajikan nanti.

Sekian terima kasih
Hamzaini

Tiada ulasan: