AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Jumaat, Julai 24, 2009

Perhimpunan pagi Jumaat 24 Julai 2009

Perhimpunan pagi Jumaat 24 Julai 2009

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan. Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. "Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk.

Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara, "Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang pekerja dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk.

Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk.

Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku. Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

Pengajaran: Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'. Jangan lupa bahawa cubaan yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan (akhirat). Wallahu a'lam.

Khamis, Julai 02, 2009

PERATURAN KEPADA PEKERJA SINARAN (IBU YANG MENGANDUNG)

PPUKM3.10.33/151/1
16 Jun 2009


Daripada maklum balas Jabatan Radiologi, PPUKM mengenai status pekerja sinaran yang mengandung, berikut adalah peraturan yang diterima-pakai hasil lanjutan kes kemalangan yang berlaku di Bilik Fluoroskopi, JPRAD.
>
"Peraturan menyebut bahawa pekerja sinaran yang mengandung diasingkan selama 4 bulan terawal dengan syarat bahawa pekerja sinaran yang berdaftar hendaklah mengemukakan salinan surat pengesahan mengandung daripada Doktor Perubatan yang bertauliah dan diserahkan kepada Ketua Jabatan dan Pegawai Perlindungan Sinaran" (Rujuk surat PPUKM3.10.33/151/1 - Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, PPUKM)
>
Berdasarkan meklumat ini, pekerja sinaran yang disahkan mengandung akan ditempatkan di Bilik Pemeriksaan X-Ray yang kurang berisiko (dos dedahan rendah dan boleh dikurangkan dengan memakai PPE). Perkara 7(3) dalam AKTA 304 ada mengatakan 'tiada seorang pun boleh membenarkan seorang pekerja perempuan bekerja dalam kawasan kawalan jika dia hamil atau disyaki hamil'.
>
Merujuk kepada peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada mengatakan bahawa ibu yang mengandungi hendaklah mempunyai had dos kurang daripada 2 mSv/bulan sepanjang tempoh kelahiran dengan mengandaikan dos yang ada pada fetus/bayi adalah 1 mSv/bulan, iaitu sama dengan dos dedahan orang awam dalam setahun. Dalam erti kata lain, bagi pekerja perempuan yang hamil, dos kepada janin yang terhimpun sepanjang tempoh di antara pengesahan kehamilan dengan tarikh kelahiran tidak boleh melebihi 10 mSv (Rujuk AKTA 304)
>
Harap Maklum.
>
>
Mohd Hairul Faizal Hj. Ahmad
Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO)
(Cert. No. : 2275)
Jabatan Radiologi
Pusat Perubatan UKM