AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Khamis, Februari 05, 2009

LAPORAN PERHIMPUNAN PAGI - 30/01/09

Perhimpunan pagi dimulakan dengan bacaan doa oleh Dr. Hamzaini.. Kemudian beliau menyampaikan sebuah cerita teladan yang berkisar tentang perasaan marah..

Kisahnya bermula begini, terdapat seorang pemuda yang suka marah, sikit-sikit nak marah, dia tidak boleh mengawal perasaan marahnya sehinggakan nampak lipas melintas di hadapannya pun dia akan marah. Jika berlaku kesilapan kecil pun dia akan marah...

Sehinggalah pada suatu hari, pemuda tersebut tidak tahan lagi dengan sifat marahnya itu, lalu dia bertanya kepada ayahnya tentang bagaimana dia dapat mengawal kemarahannnya. Ayahnya menasihatkannya supaya memaku dinding setiap kali dia ingin marah. Pemuda tersebut pun memaku dinding setiap kali dia marah sehingga terlintas di fikirannya bagaimana dia boleh memaku begitu banyak paku pada dinding dalam masa yang singkat dan dia merasakan dinding tersebut tidak cantik kerana terdapat banyak paku. Lalu dia pun bertanya kepada ayahnya, ayahnya menasihatinya supaya mengawal kemarahan itu...

Lama kelamaan, bilangan paku pada dinding makin berkurangan dan dia berjaya menghilangkan perasaan marahnya itu. Dia dapat melihat perbezaan di antara dinding yang dipenuhi paku dengan dinding yang tiada paku. Dia merasakan dinding yang tiada paku nampak cantik dan dinding yang dipenuhi paku kelihatan buruk sekali.. Kemudian ayah pemuda tersebut menyuruhnya mencabut paku-paku di dinding tersebut. Lalu dia pun mencabut paku-paku tersebut. Sesetengah paku yang dicabut meninggalkan kesan yang dalam dan menyebabkan dinding tersebut rosak, pecah dan penuh dengan lubang – lubang kesan tusukan paku. Pemuda itu mendapati dinding tersebut tidak cantik disebabkan kesan paku yang dicabutnya itu. Lalu, ayahnya berkata, “Begitulah perasaan orang yang dimarahi kamu, kesan-kesan pada dinding itu samalah dengan hati mereka yang terluka dan luka itu bila kamu cabut pakunya akan masih meninggalkan kesan pada hatinya.”

Moral of the story, cuba jangan marah. Kalau rasa nak marah pergi tempat lain atau mandi ke ambil air sembahyang atau apa-apa cara yang dapat menghilangkan perasaan marah itu. Sesungguhnya marah itu tidak mendatangkan sebarang faedah kepada kita.

Tiada ulasan: