AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Selasa, Januari 20, 2009

Objektif Kualiti dan Petunjuk Prestasi Jabatan Radiologi PPUKM

OBJEKTIF KUALITI

• Menetapkan masa menunggu pesakit untuk menjalani pemeriksaan x-ray biasa dalam had masa yang ditentukan.

• Mengeluarkan laporan pemeriksaan khusus dalam had masa yang ditetapkan.

PETUNJUK PRESTASI

• Masa pesakit menunggu untuk menjalani pemeriksaan x-ray biasa dalam tempoh 1 jam tidak kurang dari 85%
(Peningkatan peratusan dari 80% ke 85% berlaku mulai bulan Jun 2008)

• 90% laporan pemeriksaan khusus dikeluarkan dalam masa 3 hari bekerja bagi pesakit dalam dan 7 hari bekerja bagi pesakit luar
(Peningkatan peratusan dari 80% ke 90% berlaku mulai bulan Jun 2008)

Warga Kerja Jabatan Radiologi, PPUKM diharapkan dapat mengingati dan memahami Objektif Kualiti dan Petunjuk Prestasi yang terkini. Semoga ianya dapat membantu persediaan kita menerima kunjungan Sirim Berhad dalam pengauditan penilaian semula sijil MS ISO 9001:2000 PPUKM pada 3 hingga 4 Februari 2009.

Mohd. Hairul Faizal Hj. Ahmad

Ahad, Januari 18, 2009

Bangunlah wahai zon cosmic dan sonic

Assalamualaikum...

Borak-borak 5s kembali lagi.

Wahai ketua zon Cosmic dan Sonic... bangunlah dan ajaklah kawan-kawan anda mencontohi kawan-kawan zon lain yang begitu bersemangat untuk menjayakan program 5s ini. Ingat zon Cosmin anda adalah cermin jabatan kepada semua orang ramai. Sebabnya anda berada dibarisan hadapan... kalau cantik di barisan hadapan tu, maka cantiklah juga isi dalamnya. Tapi apa yang amat menyedihkan.... dalamannya sahaja yang kelihatan cantik dan kemas. Luarannya masih lagi tercari-cari imej apa yang perlu dipertontonkan kepada khalayak ramai. Mungkin strategi kumpulan Cosmic dan Sonic ingin mengubati penyakit dari dalaman dahulu kot, baru dapat idea macam mana nak mengkosmetikan bahagian luaran. Adakah ini dikatakan meniru? Rasanya tidak kot...mungkin cuma nak cari idea supaya hasilnya nanti lebih kreatif. Tapi persoalannya sekarang ni masa dah suntuk sebab audit dah nak datang.

Harap barisan hadapan tak patah semangat dan tak mudah mengalah.... cubalah lakukan sesuatu di saat-saat akhir ni agar barisan hadapan dapat menyelamatkan maruah jabatan dan memperkukuhkan lagi benteng yang berada di barisan belakang.

Tiada batasan atau sempadan....5s untuk semua

Assalamualaikum...

Bertemu kembali dalam borak-borak 5s... Seperti sedia maklum audit dalaman 5s akan berlangsung dari 19 -23 Januari 2009. Semua zon telah mempergiatkan usaha untuk memenangi hati para audit dengan membuat pelbagai sentuhan terakhir bagi menyerlahkan lagi zon masing-masing. Syabas diucapkan. Tapi ada juga zon yang relax .... mengambil pendekatan bersantai walaupun sudah kesuntukan masa. Mungkin mereka ada strategi sendiri... mengharapkan magic akan berlaku apabila audit datang nanti. Walau apa pun pendekatan anda, ianya pasti akan menampakkan sesuatu perubahan daripada yang jelik kepada yang cantik, daripada yang bersepah kepada yang tersusun dan daripada yang sakit mata memandang kepada sejuk dan nyaman penglihatan.

Setiap perubahan yang hendak dilakukan mesti ada rintangan. anggaplah rintangan itu sebagai satu cabaran untuk anda menuju kejayaan. Jika kita tak mulakan siapa lagi nak mulakan.... kita hanya menurut perintah dari pihak atasan dan bukannya memandai-mandai. Melakukannya mengikut garispanduan yang telah ditetapkan. 5s tiada batasan dan sempadan kerana ia mencakupi semua ruang lingkup kawasan persekitaran tempat kerja kerana kita duduk di bumbung yang sama. Sekiranya kita suka tempat kerja kita dalam keadaan yang bersih, kemas dan tersusun ianya mencerminkan keperibadian kita sewaktu di rumah. Ianya membuktikan bahawa anda suka akan kekemasan, keselesaan dan keceriaan. Mungkin kepada mereka yang tidak suka 5s ia menggambarkan sebaliknya. Islam juga menuntut umatnya mengamalkan kebersihan dan kekemasan dalam setiap segi. Cubalah kita melihat dari sudut yang positif, kerana ia akan menjadikan minda kita sentiasa berfikiran positif dan menghargai usaha yang dilakukan oleh kawan-kawan kita. Mungkin dengan melihat rakan-rakan kita bertungkus lumus melakukan aktiviti 5s ini, akan terdetik rasa di hati untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini.
Diharapkan setiap zon akan terus berusaha menceriakan zon masing-masing walaupun selepas audit dijalankan kerana 5s adalah berterusan dan bukan separuh jalan. Ingat, perjuangan anda belum selesai kerana proses pengauditan akan berterusan setiap tahun....... tanpa akhiran.

Rabu, Januari 07, 2009

Audit Penilaian 5S Jabatan Radiologi...

Program 5S yang mula diamalkan semenjak bulan Jun 2008 akan menjalani proses penilaiannya... Sejauhmana penglibatan program 5S yang dijalankan Jabatan Radiologi akan diuji dan di nilai tahap amalannya...

Hanya tinggal 1 minggu sahaja lagi untuk semua Zon bersiap sedia untuk penilaian yang akan diadakan pada 19 hingga 23 Januari ini... Audit peringkat pertama ini akan menggambarkan sejauh mana usaha yang telah Zon kumpulan 5S di Jabatan Perkhidmatan Radiologi jalankan sepanjang program 5S ini dijalankan...

Ayuh semua... Gunakan masa yang ada ini untuk meningkatkan amalan 5S di Zon anda semua... Kepada Fasilitator yang dilantik, jalankan tanggungjawab anda untuk membuat pemantauan peringkat jabatan terlebih dahulu keatas zon-zon yang terlibat sebelum penilaian rasmi yang akan dijalankan nanti...

Kepada semua ketua zon, gandakan usaha anda semua untuk menggembeling tenaga semua ahli kearah menjayakan program amalan 5S yang sedang diamalkan... Tak lama lagi semua usaha yang dijalankan selama ini oleh semua yang terlibat akan dinilai dan diperhalusi... Selamat berjaya untuk semua...

Isnin, Januari 05, 2009

Kerja naik taraf tandas kakitangan selesai...

Setelah sekian lama, semua kakitangan menantikan bilakah masanya kerja-kerja naik taraf tandas kakitangan yang dimulakan sejak 19 November 2008 akan selesai...

Berta baik untuk semua, kerja-kerja telah selesai dilakukan... Kemudahan yang dinanti-nantikan sudah dapat digunakan dengan sepenuhnya... Jagalah kebersihan dan gunakan kemudahan yang ada dengan cermat...

Khamis, Januari 01, 2009

Selamat Tahun Baru...

Selamat tahun baru kepada semua kakitangan Jabatan Radiologi... Semoga tahun baru ini akan memberikan semangat dan keazaman yang baru di dalam meningkatkan perkhidmatan di Jabatan Radiologi...

Pihak jabatan sedang merangka pelbagai agenda bagi semua kakitangan didalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan di Jabatan Radiologi... Perancangan yang dilakukan akan memberikan manfaat kepada semua...

Tanpa kerjasama dan penglibatan dari semua pihak, aktiviti yang akan dirancangkan tidak akan berjaya... Diharapkan kepada semua untuk memberikan komitment dan kerjasama didalam menjayakan aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak jabatan...

Pada tahun 2009 ini, pelbagai program telah dirangka... Diantaranya adalah Seminar KL Osirix yang akan diadakan pada 14 Febuari 2009 dan diikuti pula dengan Seminar KLINC yang akan diadakan pada 19-21 Mac 2009... Aktiviti-aktiviti lain juga sedang direncanakan... Sila kemukakan sebarang cadangan bertulis kepada pihak pengurusan atau badan kebajikan sekiranya ada mempunyai sebarang cadangan aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang tahun 2009 ini... Selamat tahun baru...