AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Selasa, September 23, 2008

Kelas Angiografi


Mulai hari ini, kelas Angiografi akan diadakan pada setiap minggu... Kelas akan diadakan pada setiap hari selasa petang... Semua kakitangan di jemput hadir... Kehadiran diwajibkan bagi team EIR...

Topik perbincangan pada minggu ini adalah mengenai pengenalan jenis-jenis prosedur yang dijalankan di Unit Endovaskular dan Intervensional Radiologi, PPUKM. Kelas di kendalikan oleh En. Mazli dan En. Mohamad Norman.

Tujuan kelas diadakan adalah untuk bersama-sama berkongsi ilmu mengenai perkembangan terkini dan semua prosedur yang dijalankan. Sambutan bagi kelas pertama ini agak menggalakan... Kelas akan diadakan pada minggu hadapan dengan topik pengenalan terhadap kateter yang digunakan di Unit Endovaskular dan Intervensional Radiologi, PPUKM pula.

Rabu, September 10, 2008

Etika Perubatan Juru X-ray


Di bulan mulia ini, apa kata kalau kita bersama-sama menilai semula apa yang di katakan sebagai Etika Perubatan Juru X-ray. Mungkin ramai diantara kita yang sudah lama tidak membacanya...

ETIKA PERUBATAN JURU X-RAY.

DEFINASI.
Suatu peraturan nilai moral dan prinsip etika (perilaku) untuk para profesional iaitu Juru X-ray (JXR) yang bekerja dengan pesakit.

TANGGUNGJAWAB.
  1. JXR harus merahsiakan segala hal yang berkaitan dengan butir-butir peribadi pesakit.

  2. JXR tidak boleh memberitahu pesakit sebarang maklumat yang berkaitan dengan diagnosisnya.

  3. JXR juga harus memberikan penerangan yang ringkas dan jelas kepada pesakit sebelum melakukan sesuatu pemeriksaan bagi mendapatkan kerjasama mereka.

  4. Setiap kali pemeriksaan dilakukan, perlindungan sinaran haruslah diberikan kepada pesakit.

  5. Memberi perkhidmatan dengan bangga dan hormat tanpa mengira umur, kaum, warna kulit, agama, jantina dan juga tanpa mengira kecacatan anggota dan mental.

  6. Menggalakkan kepercayaan dan keyakinan awam melalui kecekapan, profesional, perilaku serta persembahan diri dan berpiawaian tinggi.

  7. Melakukan semua prosedur teknikal dengan mengutamakan peraturan keselamatan sinaran yang terkini.

  8. Menawarkan diri dari melakukan praktis @ prosedur yang tidak bersesuaian dengan kelayakan yang dimiliki. (dalam beberapa keadaan dimana ulasan perlu disampaikan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk membantu diagnosis @ rawatan, JXR boleh memberinya).

  9. Menyimpan atau mengawal kerahsiaan maklumat samada peribadi @ perubatan yang diperolehi (melainkan adalah perlu untuk perundangan di mahkamah).

  10. Bekerjasama dengan ahli-ahli profesional lain yang berkaitan dalam memberikan jagaan kesihatan yang berkesan.

  11. Memajukan bidang sains teknologi perubatan melalui usaha-usaha ke arah pembangunan profesional.

  12. Memberikan perkhidmatan 24 jam kepada pesakit di bahagian Jabatan Kemalangan & Kecemasan.

  13. Mengendalikan peralatan yang berteknologi tinggi dan mahal harganya.

  14. Menilai borang permohonan x-ray bagi menentukan maklumat diagnosis.

Elok untuk diingat-ingatkan dan dijadikan amalan...

Isnin, September 01, 2008

Bermulanya bulan Ramadan...


1 September bersamaan dengan 1 Ramadan... Bermulanya Bulan Ramadan hari ini... Biasanya bulan macam nie memang tak banyak aktiviti yang dijalankan...

Semua kakitangan berdebar-debar menantikan jadual tugas; siapa yang dapat bercuti raya dan siapa pula yang perlu bertugas di hari raya ini...

Kepada semua kakitangan diucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalankan tugas...