AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Khamis, Jun 30, 2011

Taklimat polisi baru cuti kakitangan Jabatan Radiologi

Taklimat polisi baru cuti kakitangan Jabatan Radiologi telah diadakan pada:

Tarikh: 30 Jun 2011
Masa: 1.00 - 2.00 petang
Tempat: Bilik Konferens Jabatan Radiologi.

Taklimat ini telah diberikan oleh En. Mazli Mohamad Zin. Antara perkara yang dimaklumkan didalam taklimat yang diberikan adalah peringatan kepada semua kakitangan supaya dapat menghantar sijil cuti sakit dalam tempoh 3 hari selepas hadir bertugas. Semoga dengan adanya polisi cuti yang baru ini, ianya akan dapat menambahkan tahap disiplin kakitangan jabatan.

Isnin, Jun 27, 2011

Majlis perkahwinan Mohd Khanif


Tahniah diucapkan kepada kakitangan Radiologi, Mohd Khanif Masoud yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangan beliau pada 26 Jun yang lalu. Semoga berbahagia selamanya...

Sabtu, Jun 25, 2011

Bengkel Perlindungan Sinaran Jabatan Radiologi


Bengkel Perlindungan Sinaran Jabatan Radiologi bagi tahun ini telah diadakan pada:

Tarikh: 25 Jun 2011
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Seminar, Jabatan Radiologi, PPUKM.

Penceramah khas dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Agensi Nuklear Malaysia telah dijemput untuk memberikan maklumat terkini mengenai perlindungan radiasi. Bengkel yang diadakan ini amat menarik dan akan diadakan pada masa akan datang. Tahniah kepada semua peserta yang menyertai bengkel ini.

Workshop on flow diverters in cerebral aneurysms

"Workshop on flow diverters in cerebral aneurysms" telah dianjurkan sekali lagi oleh Unit iMAGIC-UKM dengan jayanya. Workshop yang berlangsung selama 2 hari ini telah menarik minat peserta dari seluruh negara Asean.

Workshop seumpama ini akan diadakan dimasa akan datang. Tarikh dan waktu workshop yang telah diadakan adalah seperti berikut.

Tarikh: 23-24 Jun 2011
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Konferens Jabatan Radiologi.

Ahad, Mei 22, 2011

Majlis perkahwinan Khairul Aizat



Tahniah diucapkan kepada kakitangan Radiologi, Khairul Aizat yang telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangan beliau pada 22 Mei yang lalu. Semoga berbahagia selamanya...

Aktiviti pendakian Bukit Broga, Semenyih Selangor.


Aktiviti pendakian Bukit Broga, Semenyih Selangor yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Jabatan Radiologi telah diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh: 21 Mei 2011
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Bukit Broga, Semenyih, Selangor.

Aktiviti lasak yang julung kalinya diadakan ini telah menarik minat seramai 17 orang yang terdiri daripada kakitangan dan ahli keluarga Jabatan Radiologi. Semoga aktiviti yang menarik seumpama ini akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

Khamis, April 28, 2011

Berita kemalangan En. Mohamad Norman...

Dukacita di khabarkan, pada hari ini (28/4/2011), warga radiologi di kejutkan dengan berita kemalangan En. Norman. Beliau telah mengalami kemalangan pada jam 7.30 pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kemalangan berlaku di Jalan Utama Seri Kembangan berhampiran dengan South City Plaza. Kejadian berlaku apabila beliau gagal mengawal kenderaan yang di tunggangnya dan mengakibatkan beliau terjatuh. Kemalangan tersebut berpunca daripada keadaan jalan yang licin akibat dari tumpahan minyak enjin kenderaan yang dispekulasikan sengaja di lakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Akibat dari kemalangan berkenaan beliau telah di masukkan ke Wad Warga kerana mengalami patah 3 tulang rusuk, iaitu tulang rusuk ke-4, ke-5 dan ke-6. Bersama-samalah kita berdoa agar beliau cepat sembuh dah dapat menjalankan tugas seperti biasa. Amin.

Sesi pentauliahan Bilik dan Mesin Angiografi Hybrid...

Sesi pentauliahan Bilik dan Mesin Angiografi Hybrid telah diadakan pada 27 dan 28hb April yang lepas. Pada 27hb, sesi pentauliahan telah dijalankan merangkumi struktur binaan dah pada 28hb, sesi pentauliahan telah dijalankan merangkumi mesin angiografi.

Dengan berjayanya sesi pentauliahan ini, Jabatan Radiologi sudah boleh menggunakan sebuah lagi mesin yang canggih didalam merawat pesakit. Kini,Jabatan Radiologi sudah memiliki 2 buah mesin angiografi yang boleh digunakan bagi merawat pesakit yang semakin ramai dan merealisasikan impian menjadi peneraju utama dalam bidang intervensi radiologi di rantau ini...

Majlis sambutan hari lahir jan-apr 11

Majlis sambutan hari lahir bulan jan-apr 11 bagi warga radiologi telah diadakan pada hari ini, 28 april 2011. Majlis yang disambut buat julung kalinya pada tahun ini telah di adakan dalam keadaan sederhana. Majlis telah berlangsung sebaik sahaja selesai sesi ceramah motivasi yang telah di sampaikan oleh Dr Harlina. Kakitangan telah di sajikan dengan dua buah kek, mee dan kueh mueh. Selamat hari lahir di ucapkan kepada semua yang meraikan hari lahir pada bulan berkenaan.

Ceramah motivasi oleh Dr Halina

Pada hari ini, (28 april 11,3.30pm) seorang penceramah telah di jemput khas untuk memberikan ceramah motivasi kepada warga radiologi. Pengisian ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Dr Halina ini antara lain menceritakan mengenai kepimpinan.

Sesi pengisian minda yang di anjurkan oleh Kelab Kebajikan Jabatan Radiologi ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari semua warga radiologi. Semoga sesi pengisian seumpama ini akan dapat diadakan lagi di masa akan datang.