AKTIVITI AKAN DATANG...

...TBA...

Selasa, Disember 31, 2013

Majlis makan malam Angio Night PPUKM

Majlis makan malam Angio Night PPUKM. Anjuran Unit INTERVENSI Jabatan Radiologi telah di adakan pada:

Tarikh: 28 Disember 2013
Hari: Sabtu
Masa: 8.30-11.00 pm
Tempat: Pullman Lakeside Hotel, Putrajaya.

Majlis makan malam pada kali ini yang bertemakan arabian night telah diraikan dengan penuh meriah. Jabatan juga telah menerima tetamu dari Indonesia yang turut sama menyertai malam Angio night yang diadakan ini.




Khamis, Disember 26, 2013

Mesyuarat kakitangan Jabatan Radiologi

Mesyuarat kakitangan Jabatan Radiologi telah diadakan pada:

Tarikh: 24 Disember 2013
Hari: Selasa
Tempat: Bilik Tutorial Jabatan Radiologi.

Mesyuarat ini adalah mesyuarat kali ke 2 diadakan pada tahun ini. Tujuan mesyuarat diadakan untuk membicangkan masalah yang timbul di Jabatan Radiologi.

Rabu, Disember 18, 2013

Perhimpunan pagi 18 Disember 2013

Perhimpunan pada kali ini di kendalikan oleh En. Mohamad Norman. Perhimpunan dimulakan dengan doa pagi. Pada kali ini En Mohamad Norman telah berkongsi TIPS yang boleh kita guna pakai untuk BERJIMAT CERMAT.
TIPS yang boleh kita guna pakai untuk BERJIMAT CERMAT
1) Kurangkan kekerapan makan di kedai. Masak di rumah. Bawa bekal ke tempat kerja. Masak yang simple sahaja. Telur dan ayam goreng letak sambal atau kicap. Cukup. Dapat isteri pula yang tolong buatkan, ada perasa kasih sayang yang makcik nasi lemak tak boleh bagi. Makan di luar, air sirap ais sekarang pun dah harga RM1.30 segelas. Baik minum sahaja air kosong. 
2) Masak pula biarlah mengikut bilangan ahli keluarga yang ada, tidak terlalu sedikit atau banyak hingga terlebih-lebih pula. Rancang menu/makanan yang ingin dimasak untuk tempoh seminggu/ 2 minggu bergantung kepada stok barangan dapur yang akan anda beli. 
3) Rancang pembelian mengikut perancangan menu yang akan anda masak. Tentukan bila dan di mana hendak membeli, banyak mana barang-barang yang boleh dibeli dan anggarkan kemampuan kita berbelanja. Tentukan keutamaan pembelian. Utamakan barang yang betul-betul PERLU daripada barang yang kurang perlu.
4) Sebelum membeli, pastikan dahulu barang apakah yang telah dimiliki dan dah ada di rumah dengan barang yang betul-betul perlu beli. Digalakkan juga anda mempunyai senarai barang/inventori untuk barangan keperluan dapur dan isi rumah. Ini memudahkan anda untuk semak berapa banyak stok yang masih ada dan berapa banyak stok baru yang perlu dibeli. Bawa wang secukupnya sahaja. 
Sekarang kan dah canggih, boleh buat nota di telefon anda yang serba canggih, di iPad atau di laptop anda. Tak perlu yang gah sangat, senarai ringkas sudah cukup untuk anda dan pasangan dapat memantau perbelanjaan anda. 
Bunyinya memang agak leceh, sebab anda perlu peruntukkan sedikit masa untuk buat semua ini. Tapi, jika anda mampu lakukan, anda pasti akan lebih tenang dalam menguruskan kewangan. 
5) Bandingkan harga dan mutu barang yang hendak dibeli. Tidak salah untuk berbelanja kerana jenama, tidak salah juga berbelanja untuk kualiti walaupun jenama yang biasa-biasa. Contoh, barangan dapur sekarang ni, di hypermarket atau wholesale market, telah banyak produk yang dikeluarkan berjenama mereka seperti Tesco, Giant, Carrefour, Econsave dan sebagainya. Anda boleh dapatkan barangan dapur dengan kualiti yang baik pada harga yang lebih murah. 
Terpulang kepada anda unuk menentukan mana yang anda inginkan untuk keluarga anda. Jika anda rajin untuk menilai, anda akan tahu pilihan mana yang lebih baik. 
Untuk barangan basah pula sekarang ni, kita juga boleh membeli di pasar tani yang mana FAMA menganjurkan kempen Jimat Belanja Dapur. Jadi, anda boleh beli barangan basah yang segar dengan harga yang berpatutan. 
PILIHAN DI TANGAN ANDA!!! 
6) Tawar menawar jika barang tersebut boleh ditawar harganya. Pemilihan cara membayar. Tunai adalah lebih baik dan memudahkan anda untuk merekodkan keluar/masuk wang anda. 
7) Wang anda dibahagikan dan dikategorikan mengikut sampul. Contohnya, “ Sampul Makanan” digunakan untuk berbelanja membeli makanan sahaja. Kiranya, anda telah meletakkan bajet tertentu untuk perbelanjaan makanan anda. 
8) Kalau duduk di Kuala Lumpur, pergi ke tempat kerja naik LRT atau motor. Cepat dan murah. Naik kereta melibatkan banyak kos seperti parking, minyak dan tol. 
9) Berhenti merokok. Kaedah paling berkesan. Kesihatan pun terjaga. 
10) Semak balik bil Astro. Kadang-kadang di dalam sebulan, hanya 2-3 kali sahaja kita menonton Astro. Tapi masih perlu bayar penuh. Aduh! 
11) Tak perlu beli suratkhabar, baca sahaja di internet. Akhbar online pro kerajaan pun ada, akhbar online pro pembangkang pun ada. Percuma. 
12) Tonton wayang? Tak payahlah.  Tunggu raya, keluar lah cerita yang kita nak tengok tu di tv. 
13) Beli baju di pasar malam untuk pakaian yang digunakan sekadar untuk pergi bermain bola, sekadar untuk pakai di rumah dan sebagainya. Tidak perlu berbelanja beratus ringgit semata-mata hendak orang kata “Wow, jersi Liverpool original la”. 
14) Semak keahlian-keahlian kelab tertentu yang kita ada. Betul kah kita manfaatkannya? 
15) Basuh sendiri kereta. Tak perlu nak habiskan RM10 untuk benda yang kita sendiri boleh buat. Anak dah besar dapat bantu, boleh eratkan silaturrahim. Kalau duduk di Selangor kan ada air percuma. 
16) Buat perbandingan harga sebelum membeli produk yang bukan untuk kegunaan harian seperti perabot dan sebagainya. Semak harga di 2-3 kedai yang berlainan untuk tahu harga pasaran untuk produk tersebut. 
17) Jelaskan bil anda menggunakan kemudahan dalam Internet. 
18) Jimat air dan elektrik 
*Sumber dari artikel dari beberapa tapak web hasil carian Google. 
Di perhimpunan pagi itu juga, pengumuman tentang:
  1. Mesyuarat kakitangan Jabatan Radiologi pada 24 Disember 2013
  2. Majlis Makan Malam Arabian Night anjuran Unit INTERVENSI Jabatan Radiologi, PPUKM yang akan diadakan pada 28 Disember 2013.
Perhimpunan pagi disudahi dengan surah Al-Asr dan tasbih kaffarah.




Tentatif program anjuran Persatuan Juru X-ray Malaysia tahun 2014

Berikut adalah tentatif program yang akan dianjurkan oleh Persatuan Juru X-ray Malaysia sepanjang tahun 2014. Tentatif ini akan panduan untuk semua juru x-ray yang berminat untuk menghadiri program yang telah dirancangkan.


Majlis makan malam Radiologi.

Majlis makan malam Radiologi anjuran Unit INTERVENSI, Jabatan Radiologi akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh: 28 Disember 2013
Hari: Sabtu
Tempat: Pullman Lakeside, Putrajaya.
Tema: Arabian Night

Semua kakitangan dijemput hadir dengan memakai pakaian mengikut tema Arabian Night.


Isnin, Disember 16, 2013

Kejohanan Bowling Tertutup Jabatan Radiologi 2013

Kejohanan Bowling Tertutup Jabatan Radiologi 2013 telah diadakan pada:

Tarikh: 15 Disember 2013
Hari: Ahad
Masa: 11.00 tengahari
Tempat: ARL Bowl, Alamanda Putrajaya.

Kejohanan pada kali ini telah menarik minat sebanyak 7 pasukan yang dianggotai oleh 5 orang ahli kumpulan. Kejohanan pada kali ini telah dimenangi oleh:

Kategori Lelaki
Pertama: Mazli Mohamad Zin
Kedua: Mohd Adzha 
Ketiga: Suhaimi Mustaffa Albakri

Kategori Wanita:
Pertama: Nor Azreena Abd Ghani
Kedua: Azmira Ahmad
Ketiga: Halimah Abd Ghani

Kategori Berkumpulan:
Pertama: Team Mohd Khanif Masoud
Kedua; Team Khairul Aizat Razalee
Ketiga: Team Mohd Fadzri Sulaiman

Tahniah kepada semua pemenang. Semua peserta yang mengambil bahagian telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi semasa kejohanan diadakan. Kejohanan seumpama ini akan diadakan lagi di masa akan datang.